Thursday, April 1, 2010

Seksa Jadi Guru

Baru sekarang pihak ATASAN terpanggil untuk mengkaji beban guru-guru sekarang. Better late than never my ass!!. Tidak sama sekali. Sebelum ni aku pernah cerita serba serbi tentang guru memandangkan isteri aku pun seorang guru dan secara tidak langsung aku tahu apa "seksaan" guru-guru sekarang. Lebih-lebih lagi kalau Pengetua+GPK+HEM sekolah jenis yang suka multi-task.

Apa yang aku maksudkan multi-task di sini adalah mengarahkan banyak kerja(bukan kerja mendidik) dan akhirnya si pengetua yang sememangnya sudah tua sendiri lupa tugas-tugas yang diberikannya kepada guru. Lebih produktif jika sesuatu itu dilakukan satu persatu memandangkan guru ada tugas yang lebih penting iaitu mendidik. Yang paling aku geram adalah pernah sekali isteri aku dipanggil Guru Penolong Kanan. GPK ini cakap kepada isteri aku yang isteri aku lebih mementingkan keluarga dari sekolah. Rasa macam nak terus pergi jumpa GPK tu dan sagat Zhero Leggenda Due kat muka dia. Hanya sebab isteri aku hanya tidak hadir dalam aktiviti entah-apa-apa-entah pada hari Sabtu.

Memang pekeliling ada menyatakan guru dibenarkan pada hari sabtu dua kali sebulan. Isteri aku memang tidak sihat sebab preggy, nak buat macam mana. Memang bodoh piang GPK tu. Yang tidak boleh belah masa  aku tengah tidur di malam hari, tiba-tiba isteri aku menangis. Esok pagi aku tanya kenapa menangis?!Isteri aku jawab dia mimpi guru GPK tu..sampai teruk sekali penangan GPK ni terhadap isteri aku.Nak gelak pun ada, kasihan pun ada.

Kewangan sekolah sekarang juga tidak begitu memuaskan sebab?!..Kerajaan tidak beri peruntukan ke?Mesti la bagi, kan keluar dalam berita...Sampaikan ada satu sekolah ni nak anjurkan sambutan Maulidur Rasul, setiap murid wajib bayar walaupun pelajar India dan Cina. Sila take note Muhyiddin ye. Kalau setakat bincang dengan NUTP tu buang masa. Cuba pergi sekolah sendiri menyamar jadi murid. Ala-ala Khalifah Umar yang suka menyamar sewaktu pentadbirannya sebagai khalifah. Ada berani ke Muhyiddin?!..

Kalau politik tu tidak payah nak cerita la. Semua tempat kerja ada politik tersendiri. Aku terpanggil untuk bercakap tentang guru sebab aku kasihan melihat orang yang aku sayang dibebani oleh kerja yang bukan-bukan.

enough said...

6 comments:

shauqi said...

bangsat punye GPK sekolah bini ko tu. laki ke perempuan? suh die mengandung pastu duduk kat tgh2 padang 9 jam tgk die bole tahan x.

jiwa sifar said...

haha...memang gampang..pompuan.

Anonymous said...

Salam, apa2 pun yg diceriktakan itu memang betul dan benar. Tetapi bila mengutk memaki itu - rasanya tak pernah ada di dalam dunia ini guru yang mendidik saudara2 supaya berkata begitu. Untuk cikgu isteri, sabarlah dan tekunlah serta ikhlaslah dalam mendidik anak2 murid. Semoga berjaya, kerja yg lain daripada mendidik, sempat buat tak sempat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Cuma jgn kita simpan cita2 utk pangkat atau penghargaan, sbb kalau tak buat yg sedemikian lambat baru nak merasa. Tapi ingat apa yg penting, core business kita dgn anak2 didik. I'allah ganjaran daripada Allah tetap ada. Selamat menjadi pendidik. Sbg guru saya pernah di bawah, naik atas sbg gur kanan, kerana masalah peribadi dan tak mahu ambil kesempatan, saya mohon turun bwah semula. Saya faham benar senario yg dihadapi oleh cikgu. Bersabarlah dan mohon kpd Allah semoga kita terus diberi kekuatan iman dan tenaga utk menjadi pendidik yg dapat mendidik anak2 didik dgn sempurna. Cikgu Yati - 5 tahun lagi saya pencen wajib 56. I'Allah.

jiwa sifar said...

isteri aku mmg ikhlas sbb ini sekolah kedua isteri aku ajar & utk pertama kali di sekolah baru ni baru ada kepuasan mengajar cume p'tadbiran je yg tutTTtt..thanks cikgu yati.

#cdmHA said...

huhu... aku pun pernah dgr keluhan 2 org guru.. tp2 2-2 tu dah pencen... hihiihi...

jiwa sifar said...

guru dulu totally tak sama cam guru skrg.