Friday, April 2, 2010

Melayu Merempat Di Bumi Sendiri

Langsung tidak keluar di mana-mana stesen televisyen. Kg Buah Pala bukan main liputan dibuat tetapi Kampung Denai Pinggiran yang terletak di Johor sebaliknya..

Orang kampong telah menduduki Kg ini hampir 30 tahun lamanya bagi mengimbangi sosio ekonomi dan tenaga kerja di bandar Johor Bahru.Mereka merupakan peneroka bandar yang ada sumbangannya ke atas negara walaupun sanggup hidup susah.


Selama 30 tahun itu jugalah mereka dijanjikan itu dan ini demi mendapatkan undi mereka untuk sang pemerintah mengekalkan kuasa.Sudah tiba masanya, sekarang ini mereka dihalau seperti sampah tanpa tempat yang sempurna,tanpa pampasan walau sesen pun dan tanpa bantuan sewajarnya.

Hinggakan semalam sebahagian besar rumah2 mereka telah dirobohkan, ada di antaranya masih berpenghuni dan ada barang2 yang belum dikeluarkan.Kalaulah di negeri2 Pakatan Rakyat mungkin setengah tahun isu ni di mainkan di TV3 suku dan yang sepusat dan sepusing dengannya.

Orang kampong bukan tak mahu pindah atau tolak pembangunan, tetapi mereka mahukan sedikit saguhati untuk mereka mulakan hidup baru.Kalau Kg Buah Pala di Penang boleh dapat RM250,000 dan lot rumah, apa bezanya Kg Denai Pinggiran ini?

Inilah dia gaya YB Osman Sapian ADUN Kempas yang hanya datang untuk menghina orang Kg Denai Pinggiran yang dikatakan sudah dihasut PAS.  Beliau hanya mengherdik orang kampong dengan mengatakan "mintalah tolong dengan PAS".  Dan yang paling menjatuhkan maruah dia sendiri apabila mencabar penduduk kampong yang marah supaya memukulnya jika berani dan berhajat masuk lokap.  Inikah perangai wakil rakyat UMNO?  Jawapannya YA!.... inilah sebahagian perangai wakil rakyat UMNO.


kredit & banyak lagi gambar di sharpshooter.

1 comment:

#cdmHA said...

tumpang simpati dengan nasib penduduk kampung nie...