Friday, March 26, 2010

Berita Untuk Baik Cikgu?!

Pagi tadi aku terdengar yang Muhyiddin Yasin aka TPM aka Menteri Pelajaran BARU sedar akan keadaan kerja warga pendidik sekarang..Muhyiddin mahu menyelesaikan masalah berbangkit & bebanan kerja warga pendidik yang bukan hanya merangkumi mendidik murid.

Aku percaya ramai kat luar sana yang masuk GSTT atau KPLi. Adakah sebab tidak dapat kerja atau sebab nawaitu hanya untuk mencari duit?!..Bukan nak kondem guru-guru keluaran GSTT atau KPLi. Pokoknya adakah niat mereka untuk menjadi guru adalah untuk betul-betul mahu mendidik atau sebaliknya?!..Itu diluar kemampuan aku untuk menilai.

Mahu aku terangkan pengalaman aku sebagai seorang suami seorang guru NOWADAYS?!..Disebabkan sekarang adalah zaman IT, sistem permarkahan, maklumat murid & segala apa-apa maklumat akan disimpan menggunakan sistem..yang BERBEZA-BEZA..Guru kelas perlu mengisi semua maklumat murid kelas dalam sistem apa kebenda ntah. Aku tidak berapa nak berkenan sebab sistem ini tidak di'centralize'kan. Setiap kali murid masuk sesi persekolahan baru guru perlu mengisi maklumat murid walaupun maklumat murid itu sudah dimasukkan kedalam sistem.


Paling kurang pun setiap sekolah perlu ada pangkalan data mereka tersendiri. Kena faham tidak semua guru boleh terus memahami penggunaan sistem-sistem sedemikian rupa terutamanya guru-guru yang sudah lama berkhidmat. Manual yang disediakan juga tidak banyak membantu. Sistem tidak user-friendly. Kebanyakkan sistem yang digunakan adalah berbentuk Microsoft Office Access. Just my cents...

Aku hanya mahu improvement dalam sistem ini. Bukan habiskan duit hanya untuk perkara-perkara tiada faedah & pulangan besar kepada rakyat...Alamak sudah waktu BRUNCH. daa..

No comments: