Thursday, April 15, 2010

Servis Streamyx Macam....

Adalah sedia maklum aku adalah pelanggan Streamyx Block Buster Deal. Dapat router wireless percuma dan telefon percuma...bla..bla..bla..Aku tiada masalah internet TETAPI router wireless yang TM pemurah hati beri tidak boleh nak di configure secara web-based. Ini masalah yang aku hadapi. Nasib aku tergerak hati nak beli second hand LinkSys wireless router dari rakan sepejabat aku. Laporan telah aku buat dan telah ditabur dengan janji di mana juruteknik akan menelefon aku dalam masa terdekat.
 
Aku sudah buat laporan ini dua minggu lepas dan minggu ini baru juruteknik itu telefon. Aku geram terus pergi TM Point (aku dinasihatkan supaya tunggu juruteknik)tukar router tu dengan harapan setel masalah ini tapi masalah sama still berulang. Asal aku buka web based 192.168.1.1 je yang keluar simbol ni "<". Telnet boleh tapi aku tak berapa nak faham+malas macam mana nak configure melalui telnet tu.



Aku mahu cerita pasal juruteknik yang 'superfriendly' ni. Kelmarin mereka(berdua) datang dalam pukul 5 lebih. Tanya apa masalah. Aku pun on kan laptop cabuk bini aku.dekat sepuluh minit gak laptop cabuk ni baru nak kuar splash screen. Cis buat malu aku. Sementara itu aku on kan router Riger yang TM beri secara percuma ini. Terus semua lampu ethernet, internet & DSL nyala.

Juruteknik muka berlagak namampus. Mungkin bini die datang bulan ke atau girlfriend mintak clash ke apa. Hello engkau ni kerja berhadapan dengan pelanggan at least senyum la sikit. Mamat yang hantar+pasang katil kat rumah aku yang profession kerja dia lebih rendah dari engkau pun reti nak senyum. Bibir dah la jebir(acop aku tak kutuk ko).

Terus juruteknik muka tegang ni dengan penuh 'knowledge' terus mengeluarkan beberapa patah perkataan dengan nada tegang.

Juruteknik: Lampu semua nyala ni bang.OKAY la ni.
Aku: (OKAY kepala lutut kau)Memang la nyala, cuba kau buka internet.

Cubaan untuk buka internet gagal walaupun lampu internet sudah terang lagi bersuluh sedang menyala dengan berlagaknya. Aku malas nak tunjuk pandai sebab aku faham kerja-kerja juruteknik macam ni. Jadi aku biarkan dia lakukan kerja troubleshoot yang tidak sampai sepuluh minit tu.

Juruteknik: Kiteorang datang esok la abang, laptop kiteorang rosak
Aku: (depan mata ko tu ape? Fosil zaman dinosaur ke?Kena pakai laptop kau yang belum tentu esok boleh betul) Kalau macam tu datang pukul 5.00 lebih la.

Esoknya...memang janji melayu tipikal. Apa yang aku dapat hanya panggilan telefon dari juruteknik tu. Aku cakap datang pukul 5 dieorang cakap dieorang balik pukul 5. Pergh...Tak kan aku nak biar isteri aku sorang-sorang dengan juruteknik-know-it-all-berlagak-jebir tu. Hari ini ntah telefon atau tidak. Minggu lepas 3 4 kali TM Kuala Lumpur telefon tanya pasal masalah aku sudah setel ke belum. Aku macam nak maki pun ada. Tanya juruteknik dah set appoinment ke belum. Patut aku hentam operator tu?! Off course la tidak patut, dia just jalankan tugas dia...hmmm...

p/s: nak marah pun tidak guna..sabar adalah sebahagian dari iman.

3 comments:

shauqi said...

soul, ko suruh je star dtg..haha. tm mmg camtuh.

jiwa sifar said...

kesian lak star.keje die angkat telefon je.

Halmey @ Berg said...

aritu cerita mcm bgs sgt stremyx punyer servis..
ape da..