dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Sunday, April 25, 2010
Value Added Tax
Aku tak berapa nak faham pasal benda ni. Bab-bab ekonomi ni aku lemah banyak. Walaupun SPM aku ambil Pronsip Akaun tapi yang aku tau buat kunci kira-kira dan debit kredit seimbang saja.
Kalau ada ahli ekonomi yang baca blog aku ni diharap dapat membantu sebab aku nak beli but bola online. Kat Malaysia susah gila nak jumpa but bola Reebok. Nike dan Adidas memang berlambak lagi-lagi kat Al-Ikhsan tu.
Aku sudah buat keputusan untuk beli but bola Reebok Valde Pro kerana ke'rare'an but bola ni kat Malaysia..hehe..semalam friendly aku nampak dua tiga orang pemain lawan pakai Lotto Zhero Leggenda.
Berbalik kepada persoalan yang aku cuba bangkitkan. But yang aku beli ni dari UK. Adik ipar aku ada kat Bristol tapi dia balik bulan 7 dan but bola Mizuno aku makin besar "gelak" dia. Harga dia tulis excluding value added tax(VAT). Sudah Google tapi still tak boleh masuk ayat-ayat penerangan formal.
Ok..nak sambung cari ma maknahu VAT ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment