Monday, January 31, 2011

Banjir Di Segamat 2011 - Jalan Temenggong - Jambatan Keretapi Segamat



Aku dapat snap gambar ini pagi tadi. Tidak dapat ke bandar sebab jalan terputus. Ini adalah pengalaman pertama terperangkap di kelilingi banjir. Aku yang terperangkap dikelilingi banjir je dah macam semut hilang antena, apetah yang mangsa-mangsa banjir tu. Nasib ada XBOX 360 adik ipar aku, layan FIFA 2011 untuk mengubat hati yang lara.

Tengok kat Facebook, ada certain kawasan di Pasir Gudang banjir. Sebelum ini, masa banjir 2006 kat Segamat, kebetulan family bini aku bercuti kat Langkawi so tidak mengalami. Sepatutnya hari ini aku dah balik Pasir Gudang tapi sebab bencana alam ini, aku cuti sampai CNY di Segamat.

ini adalah Jalan Temenggong. Ini adalah salah satu jalan keluar dari Jalan Temenggong dan lagi satu jalan keluar menerima nasib sama.






Ini dekat area Stesen Keretapi Segamat.

Mangsa tak berapa banjir.

Paras sungai sama dengan jambatan keretapi.

Air sangat deras.

Jalan ke Tangkak.

Tempat pelatih jururawat.

Taman Yayasan kat Segamat yang tidak pernah naik air pun naik air tapi paras betis je la.

Banjir


Yup..saya terperangkap dalam banjir. Jalan keluar Segamat semua sudah naik air. Air makin naik. Bekalan elektrik bila-bila masa akan terputus. Pak mertua stuck kat Labis. Muhyiddin pun stuck kat sane. BN menang so banjir naik la. Alhamdulillah rumah tidak naik air sebab atas bukit.

Air sudah terputus. Air tangki pun tengah paras-paras. Sekian laporan banjir dari Segamat.

Friday, January 28, 2011

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Memang Ca Ya Lam Alif Kaf Alif




Ini memang berlaku. Hutang PTPTipoo bini aku tinggal RM28.80. Untuk bayar habis, kita perlu isi satu borang dalam laman sesawang PTPTipoo. Borang ini akan diisi kemudian akan di fax ke PTPTipoo. Dalam masa seminggu dia akan balas dengan jumlah yang sebenar-benarnya.

Apa yang berlaku, dah seminggu lebih masih tidak dapat apa-apa respons dari PTPTipoo. Telefon PTPTipoo. Alasan diberi sebab kena setel proses Ujrah dulu. wadefak. Nak tunggu Ujrah tu setel, tak beranak pulak hutang PTPTipoo tu. Lepas telefon tu terus dapat emel jumlah yang perlu dibayar..pelik di sini.. Selesai bayar, telefon lagi PTPTipoo. Jawapan paling barua telah diterima. Kena tunggu sebulan, kalau ada yang tertunggak kena bayar lagi. Ini adalah prosedur. Sungguh Ca Ya Lam Alif Kaf Alif PTPTipoo. Habis tu kalau terlebih bayar, kau bank in dalam akaun bank bini aku?

Prosedur melampau ini la yang menyebabkan surat pelepasan hutang ntah bila sampai. Nak pinjam susah, apetah lagi nak bayar atau selesaikan pinjaman ini. Ini jasa BN memerintah? Semua sekadar retorik. Sekarang berita banyak bantuan ke atas rakyat pedalaman Sabah & Sarawak. Ini tanda PRU semakin dekat. Taktik biasa BN untuk 'ambil hati'.

Akhir sekali, mangkuk-mangkuk hayun kat bawah ni buat kerja apa je kat PTPTipoo? Speak like our language. Cuba la korang berada dalam kedudukan kami ni. Tak kan nak aku cium dari hujung rambut ke hujung kaki korang?! harkkkkk ptiuhHhhhh..Selama ini aku tak berapa langsung nampak usaha untuk membantu peminjam dari si mulut manis bicara di bawah ini.
Y.B. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pengerusi
Ahli Parlimen Kuala Krau
* baik kau tak payah jadi pengerusi la bangkoi.
Y.Bhg. Datuk Idrus bin Harun
 Peguam Cara Negara
 Jabatan Peguam Negara
* muka mintak lempang laju-laju.
Tuan Haji Nik Hassan Shah bin Nik Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Kementerian Kewangan Malaysia

Mewakili:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
* muka kesian mintak lagu "Tapak kaki ku dibibir mu"
Tuan Haji Ab. Rahim bin Md. Noor
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
* senyum-senyum kambing. kena kekah baru tau.
Y. Bhg Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
* ini lagi sekor senyum 'udang di sebalik batu'
Y. Bhg. Dato’ Dr.  Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
* yang sekor ni akan pastikan yang peminjam tidak akan terlepas walaupun sembunyi dalam lubang cacing.

Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang - PAS vs UMNO



Sabtu ni aku akan lalu kawasan ini. Calon UMNO, Tok Ai sudah terang lagi bersuluh didapati bersalah dalam kes jualan tanah tanpa pengetahuan tuan punya tanah semasa menjadi Assistant District Officer di Segamat. Pak mertua aku mesti tahu pasal kes ini. Malam tadi keluar berita yang cakap Tok Ai aka gendut hanya sebagai seorang saksi la, hanya menjalankan tugas la serta tanah dilelong sebab tuan tanah tidak bayar kepada bank dan Gendut hanya menjalankan tugas sebagai ADO. Jari tengah la weyh..


Banjir kilat telah berlaku di kawasan sekitar Labis. Tok Ai meredah banjir?..Jadi pelampung la kalau Tok Ai ni redah banjir. Keluar berita tanpa gambar je pasal Tok Ai sanggup basah kuyup redah banjir serta tidak mempedulikan keselamatan diri untuk melawat mangsa banjir.



Memang aku respect kat Cikgu Mala ni. Suami dia pun cool je sokong isteri. Blogger Pro-UMNO seperti biasa menabur fitnah tentang Cikgu Mala patah balik tidak mahu redah banjir.

Tengok muka Gendut ni. Senyum pun macam tak larat. Vote for fitness NOT fatness!!!...Penyokong BN suka cakap Guan Eng kafir, tapi beruk-beruk ni tidak label Chua Soi Lek tu kafir pulak atau pornstar.haha.


Ramai orang especially di Johor tidak sedar apa yang BN sekarang makin terdesak. Johor adalah kubu kuat BN sebab banyak FELDA. Sekarang yang ramai adalah generasi kedua macam aku ni yang pernah hidup di ibukota dan nampak kebaruaan BN. Sebab itu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sebab mereka sedar BN ni adalah puak yang mengamalkan kronism.


p/s: aku harap lepas ini ada calon PAS di parlimen Pengerang. Dapat aku pangkah Bulan. ALL THE BEST CIKGU MALA.

Wednesday, January 26, 2011

Hanis Zalikha + Fasha Sandha



Pelik la mimpi aku sekarang ni. Mimpi nak dengan selebriti je. kahkahkah...


Lepas dengar Fasha Sandha sudah putus dengan Jejai. Terus aku mimpi Fasha Sandha. Jangan fikir yang bukan-bukan pasal gambar di atas. Ini mimpi semalam. Pagi tadi aku mimpi dengan..jeng..jeng..jeng..

 
curi dari blog Hanis.

Bukan setakat dengan Hanis Zalikha je. Dengan pakcik Zainal aka bapak Hanis Zalikha sekali aku angkut dalam mimpi aku tu.haha... Siap borak dengan pakcik Zainal lagi.

Pakcik Zainal: Reti betulkan motor x?
Aku: Reti hantar pergi bengkel motor boleh la..Tapi rumah saya dekat dengan Teluk Sengat.


Pakcik Zainal: Owh..
Aku: Situ barang-barang motor murah, kalau nak boleh pesan dengan saya.(ayat nak ambil hati..hahaha..)

Bunyi alarm Blackberry aku tiba-tiba berbunyi lalu memusnahkan mimpi cubaan aku nak tekel bapak si Hanis Zalikha. Tengok jam pukul 5.30 pagi. Mimpi je pun tapi bini aku masam muka jugak.haha.. Cemburu itu tanda sayang. Dah la hujung minggu ni nak balik Segamat, mana tau terserempak Hanis Zalikha tunggu bas tepi jalan. haha..

Mimpi je pun. ppffttttttt...

p/s: jangan marah ye isteri ku terchenta. mmuuaahhhHHhh. tak tau nak post psl ape.haha..

Monday, January 24, 2011

Al- Fatihah



Al-Fatihah ke atas kawan aku Zainuddin Elias yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Hari ini cuti sebab pergi melawat kat Pontian. Agak terkejut dengan pemergian beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

p/s: yang hidup pasti akan mati.

Friday, January 21, 2011

Jiran Tiada Kereta Honda Civic serta Sivik



Petang tadi balik kerja aku rasa macam pedih mata serta tekak tak sedap. Aku rasa ada orang bakar sampah, tengok jiran sebelah..bukan..jiran depan..bukan..jiran belakang..ya betul!!..Terus aku lincah pergi rumah jiran belakang. Aku cakap kat dia asap masuk rumah, kalau boleh jangan bakar la sampah tu. Bodoh piang la orang macam ni. Ini taman bukan kampung OK. Kalau asap sampah yang kau bakar masuk rumah sendiri takpe la, ini masuk rumah aku, aku ada anak kecil. Alangkan aku yang dah tua bangke ni rasa tak selesa apa lagi anak aku yang baru 3 bulan lebih. Dan hasil pembakaran tadi aku dah dapat selsema, thanks jiran belakang rumah.

Baru kejap tadi jiran yang buat kenduri kahwin buka karaoke open. Kalau siang tu aku boleh terima, ini sudah malam. Nak sound kang macam aku ni perosak majlis tapi ini basics maa. Malam orang nak tidur. Esok pun sekolah ganti untuk cuti raya cina. Dan esok aku kena jaga anak aku sebab bini aku ada road run kat sekolah. Dan ketika waktu aku sedang menaip, masih lagi dengar lagu rock kapak yang di karaoke kan. Doa aku esok .hujan siap ada petir, petir sambar sound sistem tu. Pastu hujan berhenti.

sekian.

Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) - Kebaikan atau Keburukan




Kalau perasan, setiap klinik kerajaan pasti ada poster mengenai vaksinasi HPV yang dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser pangkal rahim. Adakah ini benar?!..Ada satu kes di Britain, selepas mendapat suntikan ini mengalami kerosakan pada otak kiri. Adakah kerajaan benar-benar mengkaji secara mendalam kesan sampingan suntikan ini?[sumber]. Kes ini berlaku pada Oktober 2009.

Kes ini membuktikan ia tidak 100% selamat. Aku tak menghalang usaha murni kerajaan tetapi sejauh manakah ia berkesan? Ada pakar berpendapat suntikan ini jauh lebih berisiko dan berbahaya dari kanser yang cuba dicegah. Antara kesan sampingan adalah strok, pening, perubahan kitar haid, rambut gugur, sakit dada, hilang selera makan, gatal-gatal serta banyak lagi.

Fikir dahulu sebelum suntik. sekian.

Thursday, January 20, 2011

Aku dan Saman


Aku telah mendapat saman pertama aku. Tahniah kepada aku dan juga PDRM. Aku dapat tahu pun sebab mak aku call cakap ada surat saman sampai. Aku check dalam MyEG memang sah saman itu.cett..Kena jadi ah long minta duit pada orang yang ada hutang dengan aku.haha..


Mungkin masa tu aku perasan diri aku Sebastien Vettel. Padahal Saga je pun, 1.3 AUTO pulak tu. Lain la manual, baru la pergi. RM300 dan diskaun dapat RM150. Koyak juga poket aku ni. Masa ni mungkin OTW balik Segamat untuk jenguk anak terchenta. Nasib Gelombang X aku tak kena speed trap juga. Macam laju sangat je Gelombang X aku tu.haha. Kompaun tu aku boleh tahan lagi tak bayar. Ini saman OK.


Tapi aku dengar saman ekor ni nak dimansuhkan...... Jalan clear mesti la bawa laju, masa itu emas walaupun di kedai emas tidak ada masa untuk di jual. Ada faham?!..Saman ekor ni macam jalan pendek untuk PDRM dapatkan wang express. Ececece..Dah aku salah bawa laju lagi nak salahkan PDRM. Habis tu jalan clear tak kan nak bawa 80 km/j. Demi masa, manusia itu dalam kerugian. Ada faham?!..Kalau tidak faham buang la tulisan Allah & Muhammad dalam logo PDRM which is sangat tidak relevan.

sekian bebelan untuk hari ini.

p/s: the fish will bite when you least expect it.

Wednesday, January 19, 2011

Zaheen sudah pandai meniarap



Anak aku sudah pandai meniarap..Sangat excited dan tidak sabar untuk balik rumah. Patut la ibu Zana(pengasuh) cakap Zaheen asik meragam sepanjang minggu ni.


Sekian.

Tuesday, January 18, 2011

Surat untuk Najib Razak


Aku sangat tersentuh dengan surat ini yang rata-rata yang diperkatakan adalah benar. Lagi-lagi pasal anak bersekolah. Bini aku cikgu, aku ada tolong masukkan rekod pelajar ke dalam komputer. Gaji bapa tak sampai 2k tapi tanggungan 5 6 orang. Isteri tidak bekerja. Terfikir aku, cukup ke dengan gaji tidak seberapa dengan jumlah tanggungan serta barang keperluan yang semakin memuncak.sigh..Aku yang anak baru seorang ni dah rasa macam poket aku selalu koyak je.hehe..

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?


PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

Monday, January 17, 2011

Burung lawan Ular



Ini burung memang berani. Mungkin dalam tu ada anak atau telur burung tu. Binatang pun sayang anak, kat Malaysia orang ramai buang anak.

p/s: Growing old beats the alternative..dying young.

Friday, January 14, 2011

Teka-teki #1



FLOM singkatan untuk apa?

Pembayang:
Salah satu divisyen dalam Prime Minister's Office(PMO).


p/s: wannabe sungguh perempuan ini. Permaisuri Agong nak letak mane nenek oi.

Thursday, January 13, 2011

IOI




Kamu tunggu aku.sekian.

p/s: tapi ada orang cakap perkara tidak baik tentang aku selepas hantar resign letter...lantak p la. career-wise aku memang nantikan kerja di IOI ni.

Wednesday, January 12, 2011

FELDA rugi..FELCRA bangkrap?


Ekoran gagal membayar ganti rugi RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10 Januari lalu, pejabat Felcra Berhad wilayah Johor yang terletak di Bandar Baru Uda, disita.


Notis penyitaan telah diserahkan kepada wakil kakitangan jabatan berkenaan di pejabat Felcra negeri semalam.

Peguam yang mewakili 38 penduduk, K. Sasidran berkata, penyitaan terpaksa dilakukan berikutan kegagalan membayar nilai ganti rugi sehingga sekarang meningkat RM11 juta.

“Mahkamah telah mengarahkan Felcra Berhad membayar ganti rugi sejak bulan Mei lalu, namun pihak Felcra gagal membuat bayaran terhadap 38 penduduk yang terlibat.

“Semua barang di bangunan berkenaan tidak boleh dikeluarkan dan kita juga telah menyediakan dua orang pegawai keselamatan untuk mengawal di sekitar pejabat berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Felcra negeri.

Sasindran berkata, pihaknya memberi tempoh selama 14 hari dari tarikh penyitaan untuk Felcra Berhad menjelaskan bayaran ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, sekira pihak Felcra Berhad gagal membayar ganti rugi berkenaan tindakan lanjut akan diambil.

“Tindakan lanjut akan diambil ke atas Felcra Berhad sekiranya pihaknya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi, termasuklah melelong bangunan dan mengisytiharkan bankrap.

“Kita telah memberi tempoh 48 jam kepada Felcra Berhad untuk memberi penjelasan kepada kami namun gagal.” katanya.

Tambahnya, ketika ingin menyerahkan notis penyitaan, pihaknya turut sukar untuk membuat perundingan berikutan ketiadaan pengarah agensi terbabit.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Felcra Berhad membayar RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi sebagai ganti rugi bagi pengambilan tanah mereka di Gelang Patah untuk tujuan pembangunan pada tahun 1999.

Sementara itu, wakil penduduk berkenaan, Madon Johan, 55, berkata, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan kedegilan pihak terbabit membayar ganti rugi berkenaan.

“Penduduk terpaksa menunggu lama dan setelah dibicarakan, kita menang kes ini tetapi pihak berkenaan gagal membayar dalam tempoh yang diberikan maka tindakan telah diambil,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk hanya menunggu keputusan dari peguam sekiranya pihak Felcra gagal membuat bayaran dalam tempoh 14 hari pada tarikh penyitaan bangunan.

Perdana Menteri Najib di dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia menggambarkan bahawa Felcra tidak akan bankrap memandangkan organisasi itu memiliki keuntungan yang konsisten setiap tahun sebanyak RM 1.1 Billion. [Sumber]

Namun laporan oleh akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang sebaliknya dan jelas sekali bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri Najib yang mengatakan Felcra tidak akan bankrap. [Sumber]

kredit:  Sinar Harian & milosuam.blogspot.com

Tuesday, January 11, 2011

Facebook Tidak Akan Di Tutup 15 Mac 2011




Ini semua adalah rumors. Berita ini ditumbulkan oleh Weeksly World News yang sebelum ini banyak menimbulkan berita-berita palsu seperti "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" dan "Megan Fox Is a Man."

Friday, January 7, 2011

Pengarah Pendidikan Johor Berkempen Di Tenang?



Lu fikir la sendiri..

Thursday, January 6, 2011

Kos Sekolah


Oleh NASRUDDIN HASSAN TANTAWI

1) Isu persekolahan di Malaysia banyak membebankan ibu bapa sedangkan sebagai sebuah negara membangun perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana dengan tanggung jawab sebenar kerajaan dalam memberi kemudahan persekolahan. Adakah hanya sekadar menyediakan sekolah?

Ia bukan isu persekolahan tetapi ia adalah mengenai kos. Kos yang perlu dibayar oleh ibubapa atau penjaga untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya diberikan secara percuma dan dipermudahkan. Bulan lepas, isu yang hangat berlaku di Britain apabila ribuan mahasiswa membantah tindakan kerajaan menaikkan kos yuran pengajian. Mengapa ia berlaku? Sebab, pendidikan adalah keperluan setiap rakyat, tetapi pihak kerajaan telah menyekat peluang dan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

Kos ini ditentukan oleh pihak kerajaan. Secara mudahnya, kenapa kos untuk mendapatkan pendidikan ini tidak diminimakan sebaik mungkin, tapi dalam masa yang sama kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membuat pelbagai projek yang tidak perlu. Ini adalah masalah dalam menentukan prioriti perbelanjaan.

Saya berpendapat, pihak kerajaan hari ini tidak dapat melihat kesan gandaan sebenar terhadap peruntukan atau pelaburan yang diberikan untuk sektor pendidikan kerana mereka lebih berminat untuk memikirkan soal keuntungan daripada projek-projek fizikal yang dijalankan.

Walaupun begitu, lebih menyedihkan walaupun lebih 50 tahun kita merdeka masih lagi terdapat sekolah-sekolah khususnya di pinggir bandar, Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masalah kekurangan kemudahan asas, bahan bacaan di perpustakaan tidak mencukupi, dan alat bantu mengajar masih jauh ketinggalan. Tambahan lagi, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2008 dan 2009 pula telah mendedahkan bagaimana pembelian aset pendidikan jauh lebih tinggi daripada harga pasaran, penggunaan bahan-bahan yang tidak mengikut spesifikasi sehingga berlakunya kerosakan dan keretakan bangunan dan sebagainya.

Akhirnya, peruntukan tersebut tidak memberikan maslahah kepada rakyat sebaliknya hanya menguntungkan para kontraktor, ahli perniagaan dan sebagainya. Maka, kita melihat terdapat unsur-unsur cuba untuk memperdagangkan sektor pendidikan di negara kita.


2) Nampaknya slogan ‘rakyat didahulukan’ hanya sekadar slogan kerana dalam isu pendidikan anak-anak, ibubapa makin terbeban dengan masalah perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak. Respons ustaz?

Ya. Ia hanya slogan. Bukan hanya dalam isu pendidikan malah dalam isu-isu sosio-ekonomi yang lain pun begitu juga. Apabila kerajaan mengambil sikap mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang, jumlah pendapatan boleh guna isi rumah semakin berkurangan. Saya sedih apabila ramai ibubapa terpaksa berhutang dengan pihak bank dan koperasi untuk membeli barangan keperluan pendidikan anak-anak setiap hujung tahun.

Kerajaan masih lagi belum membuat perubahan yang drastik untuk mengurangkan kos pendidikan rakyat di negara ini samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan tertiari. Oleh sebab itu, dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada minggu yang lalu, kita komited untuk mengurangkan kos pendidikan pada tahap yang paling maksima dan tidak mustahil kita boleh memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia daripada peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat sarjana muda.

Kerajaan hanya sibuk untuk mengklasifikasikan lebih banyak jenis sekolah dan membuat polisi yang tidak betul sehinggakan mereka sendiri pun terkeliru. Lihat sahaja dasar PPSMI, dasar Bahasa Melayu dan yang terbaru mengenai pendidikan seksulaiti. Semuanya telah dan akan menemui kegagalan.

3) Kerajaan memperuntukkan lebih 100 juta untuk Permata yang kononnya untuk memantapkan pendidikan awal kanak-kanak. Apakah sebenarnya dengan jumlah tersebut kerajaan dpt memanfaatkan untuk tujuan persekolahan dan pembelajaran yang dapat meringankan beban pelajar?

Saya tidak mahu menyebut ia adalah amalan kronisme dan nepotisme. Tapi, saya ingin tegaskan disini ia adalah amalan tidak bijak dan menunjukkan kebodohan sendiri. Rakyat hari ini sudah celik untuk menilai dan menghukum. Tindakan sebegini akan lebih menjarakkan tahap pencapaian akademik anak-anak terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar.

Saya ulanginya sekali lagi bahawa ia adalah kesilapan dalam menentukan prioriti dalam perbelanjaan. Kerajaan tidak menyelesaikan masalah asas sebaliknya mencipta masalah baru. Ia sama seperti isu pendidikan seksual untuk pelajar. Kerajaan fikir untuk mengurangkan masalah penzinaan dan buang anak dikalangan pelajar adalah dengan cara memberikan pendedahan kepada mereka mengenai perkara seks.

Mari kita buat perbandingan antara pelajar yang belajar di sekolah kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Begitu juga pelajar yang belajar di sekolah kerajaan dan pelajar yang belajar di sekolah rakyat hasil daripada usaha-usaha waqaf orang ramai. Adakah kerajaan mengamalkan sikap diskriminatif? Tidakkan ia menunjukkan perbezaan yang ketara? Saya cabar pihak kerajaan supaya selalulah meninggalkan kerusi empuk dan turunlah bertemu dengan rakyat diseluruh pelusuk negara kita supaya mereka dapat memahami penderitaan dan kesusahan rakyat. Jangan hanya berbincang di bilik berhawa dingin, sebaliknya keraplah menyantuni rakyat barulah kita akan merasai denyut nadi mereka.

4) Bagaimana dengan nasib ibubapa yang bekerja sendiri serta berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan bekerja kampung untuk menyara persekolahan anak-anak sedangkan kedudukan ekonomi hari ini menyebabkan haraga barangan keperluan naik dan bagi yang bekerja gaji masih ditakuk lama. pandangan ustaz?

Subsidi sebenarnya telah pun diberikan kepada golongan miskin dan mudah terjejas di negara kita. Tetapi, persoalannya sampai bila kerajaan boleh memberikan jaminan bahawa subsidi akan sentiasa berterusan? Sama juga seperti kenaikan harga petrol. Pertengahan tahun lalu, kerajaan ikrar tidak akan menaikkan harga petrol pada tahun 2010 tetapi hakikatnya tetap dinaikkan juga. Dimana kepercayaan rakyat kepada kerajaan?

Oleh sebab itu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi terhadap kos pendidikan. Janji kami adalah kos pendidikan akan dikurangkan semaksima mungkin dan jauh lebih rendah daripada kadar hari ini. Pada masa yang sama, masalah kritikalnya adalah kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Ini kerana asas ekonomi itu adalah bagaimana kita menguruskan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah rakyat.

5) Saranan ustaz kepada pihak kerajaan agar pihak ibubapa tidak terbeban dengan permasalahan yuran persekolah serta kos pendidikan anak-anak yang sering meningkat saban tahun?

Pertama, kita perlu jelas bahawa akses pendidikan adalah wajib kepada seluruh rakyat dan kita sentiasa galakkan supaya rakyat mendapat pendidikan yang berterusan. Bukan hanya sekadar wajib, malah kerajaan mesti menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti pada kadar yang paling minima.

Kedua, peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan mestilah diagihkan dengan adil dan telus. Aspek pembinaan infrastruktur mestilah tepat kepada sasaran supaya ia lebih banyak dapat disalurkan bagi meringankan beban ibubapa yang menanggung beban persekolahan. Saya juga meminta supaya kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membuka skim insurans pendidikan kepada ibubapa. Ia bukan kaedah solusi jangka panjang yang bijak kerana seolah-olah kerajaan hanya ingin lepas tangan mengenai perkara ini.

Ketiga, pihak kerajaan dan pihak-pihak yang berkuasa mestilah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan beretika tinggi. Dikesempatan ini, saya juga mendesak agar pihak-pihak tertentu yang menyelewengkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera. Ini satu penyelewengan yang besar dan zalim.

Keempat, menggalakkan lebih ramai golongan-golongan dermawan (philantrophists) untuk memberikan sumbangan waqaf bagi tujuan pendidikan. Kaedah Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah diamalkan oleh sektor korporat mestilah lebih diperluaskan agar mereka dapat membantu mengurangkan kos pendidikan.

Sekian, terima kasih.

kredit: kalamperantau.wordpress.com

Wednesday, January 5, 2011

Skuad Johor FC 2011


sumber dari di johorFC.com

Barisan Belakang dari kiri : Hamzani Omar, Suhardy Alby, Badrul Khalid, Mohd Radzi Jasman, Fazli Paat, unknown, Mat Saufi Ibrahim, Khairul Ismail, Azizan baba, Shahrizal Saad, unknown

Barisan Tengah Dari kiri : Eddy helmi, Khairi Kiman, Mohd Hafiz, Syafwan Ridwan, Rashid Aya, Ridwan Maon, Ipin, Kapten presiden tahun lepas, Rahman zabul, Irfan Ghani, Ezaidy Khadar, Rizal Roslan

Duduk Dari Kiri : No 2 Rezal Zambery Yahya, No 5 Azuan zain, No 8 Anis Faron


Gambar tidak rasmi pasukan Johor FC 2011 yang berlatar belakang kan khemah.haha..baru lepas buat komuniti servis ni kot.


* = Skuad Piala Presiden

Cantik juga jersi baru skuad Lebah ni. Wajib beli memandangkan tahun ini Liverpool macam haram je tahun ini. Salah satu petanda nak kirim jersi kat Berg tapi stok habis..Mungkin tahun ini nak cuci dosa Carlsberg..wakakaka..tapi aku masih lagi YNWA.

Tuesday, January 4, 2011

Samy Vellu



Pagi tadi aku dengar berita Samy Vellu jadi duta khas Malaysia ke Asia Selatan dan India..Apakah?!...Bersara la sangat. Kalau sudah gila kuasa,gila kuasa la juga.



1. Samy Velu dan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Ekspresi memalukan:
"Ini prekara sangat memalukan
saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy dalam ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dan Samy menjawab dengan bangga, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy dan tol:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya
punyer bapah punya kah!”

5. Masalah air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Kempen derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Kata-kata pendahuluan:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Samy dan Arqam:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Pelancaran bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan yang paling gampang:

"Kita akan bina roket pigi matahari." seorang wartawan membalas, "Tapi
Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade
masalah. Kita hantar waktu malam"

Monday, January 3, 2011

Kerja keras



Hari persekolahan sudah bermula untuk tahun 2011. Pagi tadi bangun 5.44 pagi dan terasa macam sudah lewat. Rasa macam...haha..Baru terfikir, aku ni sudah mereng ke pukul 5.44 pagi tu rasa lewat? 


Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang membuatkan kita termangu seketika.