Wednesday, March 31, 2010

Egalitarianism

Perkataan untuk hari ini adalah Egalitarianism. Pernah jumpa perkataan ini?!..Apakah maksud di sebalik perkataan pelik dan jarang dijumpai ini. Mari kita kupas perkataan ini..

Ada persoalan yang cuba aku ke tengahkan di sini. Dalam masyarakat kita, siapa yang mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi?!..Cuba fikir secara mendalam(sedalam teras bumi). Apa yang selalu ditekankan adalah PERTUMBUHAN ekonomi..

Malaysia mempunyai ramai ahli-ahli bisnes berjaya di mana kekayaan mereka bernilai jutaan ringgit malah berbillion. Adakah ini boleh diukur sebagai kejayaan ekonomi sesebuah negara?!..Semestinya tidak. Kalau tidak, masakan rancangan Bersamamu boleh ke udara di TV3.

Pemusatan kekayaan dan pendapatan yang hanya dinikmati segelintir syarikat besar. Jurang pendapatan di dalam masyarakat semakin lebar disebabkan ini. Egalitarianism boleh hampir ditafsirkan sebagai kesamarataan.

Walaupun ketidaksamarataan ini semakin meningkat tetapi hanya sedikit perhatian diberikan tentang hal ini. Hanya segelintir sahaja, penggubal undang-undang, ahli politik(lebih-lebih lagi dari Barisan Nasional,mengarut dalam Parlimen, lompat parti..bla..bla..bla..), dan orang awam juga agak susah untuk memberi sedikit perhatian tentang ketidakadilan sosial ini.

Apa yang aku nak sampaikan adalah kesamarataan antara sesama kita. Semua orang mempunyai peluang masing-masing.

Bersama menuju ke arah masyarakat harmoni.


p/s: Dirk Kuyt pun seolah-olah tidak percaya keadaan dimana ketidaksamarataan ini.
semoga Din Beramboi akan kembali pulih seperti sedia kala..AMIN.

Tuesday, March 30, 2010

But Bola Idaman - Zhero Leggenda Due

Setelah sekian lama aku mencari...Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan but bola Lotto - Zhero Leggenda Due. Mana aku nak dapat kat Malaysia but bola ni...

Memang terbaik dari ladang aku tengok but ni. But Mizuno aku sudah nazak....


p/s: kalau korang nak sambut April Fool bagitau aku..aku nak kasi hadiah iaitu menyagat stud Zhero Leggenda Due kat muka korang!!!...

Monday, March 29, 2010

Mahu Tambah $50 Paypal


Aku memang suka bertanding. Kenapa?!..Sebab aku setakat ni BARU menang sekali, itu pun dapat t-shirt je. Kali ini aku nak menang yang $50 ni. Paypal aku tinggal beberapa dollar je. Mahu pasang Streamyx di rumah serta memuat turun segala macam cerita untuk isteri terchenta. Kalau korang takde Paypal, boleh guna Paypal aku & itu pun kalau korang menang...haha(ketawa mata duitan)..nanti aku bayar la jumlah Paypal tu bersamaan berapa ringgit tapi kira cincai je la..

I just enter a contest entitle “$50 cash to your paypal Account” at my friend’s blog,
RajaKamil.com. He is the owner of www.EAsqueeze.com which sell a tool to build
instant squeeze page in less than 15 minutes. If you want to join this contest, please
visit him at RajaKamil.com for more information.

Yang penting korang perlu ada akaun Paypal. Kalau takde pun korang boleh masuk & kalau menang duit $50 tu ko kasi derma sama aku.haha..Tarikh tutup 30 April 2010. Masih panas lagi ni.

Syarat-syarat pertandingan adalah:
  1. Salin quote di atas ke dalam posting blog korang
  2. Pastikan yang ketiga-tiga link dalam quote tu betul.
  3. Komen dalam post pertandingan di sini.
  4. Boleh masuk banyak-banyak-banyak kali asalkan blog yang berlainan.
  5. Pemenang dipilih secara rawak.
Tapi aku tidak pasti blog bahasa melayu layak atau tidak..lantak..kita terjah!!!..

May the best luck win!!..

Gaya Hidup Sihat

Sejak dua menjak ini kehadiran six pad sangat tidak konsisten. One pad semakin lama semakin menunjukkan kedominanan nya.WTF..

Antara penyebab utama ketidakhadiran six pad ini adalah makan sampai kenyang. Sabtu lepas abang aku payung besar makan di Senibong. Memang ingat akhirat(tidak ingat dunia) je masa makan ni. Patut la seluar kerja aku rasa sendat semacam je masa merempit naik motor. Ada ketumbuhan lemak rupa-rupanya.
Selain itu isteri masak sedap juga antara elemen yang membantu one pad. Tidak sampai hati untuk tidak menghabiskan lauk yang sedap. Membazir itu amalan SYAITON!!..Lagi satu..Kedudukan aku sebagai striker bola kilang mungkin akan terjejas akibat masalah one pad ni...Owh..tidak sanggup aku.

Aku nekad untuk mengembalikan six pad yang selalu tidak hadir ni. Semoga berjaya untuk aku!!..

Friday, March 26, 2010

Berita Untuk Baik Cikgu?!

Pagi tadi aku terdengar yang Muhyiddin Yasin aka TPM aka Menteri Pelajaran BARU sedar akan keadaan kerja warga pendidik sekarang..Muhyiddin mahu menyelesaikan masalah berbangkit & bebanan kerja warga pendidik yang bukan hanya merangkumi mendidik murid.

Aku percaya ramai kat luar sana yang masuk GSTT atau KPLi. Adakah sebab tidak dapat kerja atau sebab nawaitu hanya untuk mencari duit?!..Bukan nak kondem guru-guru keluaran GSTT atau KPLi. Pokoknya adakah niat mereka untuk menjadi guru adalah untuk betul-betul mahu mendidik atau sebaliknya?!..Itu diluar kemampuan aku untuk menilai.

Mahu aku terangkan pengalaman aku sebagai seorang suami seorang guru NOWADAYS?!..Disebabkan sekarang adalah zaman IT, sistem permarkahan, maklumat murid & segala apa-apa maklumat akan disimpan menggunakan sistem..yang BERBEZA-BEZA..Guru kelas perlu mengisi semua maklumat murid kelas dalam sistem apa kebenda ntah. Aku tidak berapa nak berkenan sebab sistem ini tidak di'centralize'kan. Setiap kali murid masuk sesi persekolahan baru guru perlu mengisi maklumat murid walaupun maklumat murid itu sudah dimasukkan kedalam sistem.


Paling kurang pun setiap sekolah perlu ada pangkalan data mereka tersendiri. Kena faham tidak semua guru boleh terus memahami penggunaan sistem-sistem sedemikian rupa terutamanya guru-guru yang sudah lama berkhidmat. Manual yang disediakan juga tidak banyak membantu. Sistem tidak user-friendly. Kebanyakkan sistem yang digunakan adalah berbentuk Microsoft Office Access. Just my cents...

Aku hanya mahu improvement dalam sistem ini. Bukan habiskan duit hanya untuk perkara-perkara tiada faedah & pulangan besar kepada rakyat...Alamak sudah waktu BRUNCH. daa..

Thursday, March 25, 2010

Kad Merah

Kali ni bukan pasal bola OK(paham Real Girls Kick Ball). hehe..Semalam bini aku aka Cikgu Ain telah dilayangkan kad merah. Memang la Cikgu Ain ni kaki bangku & kerusi tetapi tetap dilayangkan kad merah oleh pengadil. Memang pengadil ni Manchester United tak silap aku. Tapi baju langsung tiada lambang setan atau berwarna merah. Warna putih..Real Madrid ke?!..Mungkin bengang pasal season lepas kena titik kat Anfield masa UCL.

Bacaan perenggan kedua adalah berunsur 18sx.18 tahun ke bawah dinasihatkan untuk skip perenggan ketiga. Sila lampirkan IC anda untuk meneruskan bacaan ini demi memastikan anda adalah 18 ke atas. Terima Kasih.

Pengadil yang disebutkan itu adalah nurse Klinik Kesihatan Desa Cahaya Baru. Untuk isteri yang baru mengandung sila pastikan tiada love-bite ketika ingin mendaftar kad merah ni sebab nurse bukan doktor akan periksa perut & breast. Ini adalah untuk mengelakkan anda malu ketika nurse melakukan pemeriksaan payudara. Tapi...lantak laa..HALALAN TOIYIBA..haha..

Macam-macam kerenah budak dalam Klinik Kesihatan Desa ni. Mak yang rugged ala-ala tomboy pun ada..Aku ulang Mak beranak dua lagi tu..Masa aku OTW balik dari Klinik Desa tu terserempak dengan dia tengah bawa motor ala-ala sikit-sikit Remp-IT V3..Bimbo?!..off course tiada..

Tiba-tiba aku teringat masa buat passport dengan bini aku ni. Kan kena tunggu lama untuk giliran.

Cikgu Ain: Tak penat ke dia rakam suara untuk nombor sebut angka giliran tu?

Aku: Huh?!..Aah ek..(layankan enjin belum panas bini aku di pagi hari)..Berapa agaknya gaji dia rakam suara ni.kalau 4 digit dia dah kena sebut 9999 kali..WOW..

Cikgu Ain: Ntah..

Aku: Wahai isteri kesayanganku..dia hanya rakam nombor 0 sampai 9.(sambil gelak)

Cikgu Ain: Aah ek..(sambil mencubit ganas lengan aku seolah-olah aku seorang anak murid tidak siap kerja sekolah)
p/s: siapa kata profession guru sekarang mudah angkat tangan!!..Kira nombor 0 sampai 9999 & rakam..

Tuesday, March 23, 2010

Ceritera Pasal Agama

Tiba-tiba nak ceritera pasal agama. Perasan atau tidak kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Tak silap aku bulan musim mengawan adalah bulan Disember sebab musim hujan masa tu. Juga musim mengawan yang baru lepas adalah cuti sekolah yang lepas. Aku bukan nak cerita pasal buang bayi yang sudah lapuk ni.

Malam tadi tertengok program Soal Jawab kat TV3..Siapa yang dijemput?!..Si-rambut-pintu-gerbang-UM-wannabe aka Datuk Shahrizat. Masa awal rancangan ni tiba-tiba nak ucapkan takziah bagi pihak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Datuk Manja Ismail yang baru kehilangan anak bongsu beliau. Motif?!..alamak tersimpang jauh.

Aku nak cerita Sister in Islam. Setahu aku istilah sister dalam agama ni Roman Katolik sama macam paderi perempuan.

Sisters in Islam (SIS) adalah satu organisasi bukan kerajaan yang bebas,ditubuhkan pada tahun 1988, percaya bahawa Islam mempertahankan prinsip-prinsip kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan.

Pada hemat saya, masalah yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut:

1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama, dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar)

2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama ( ancaman dalaman)

Memang kerja golongan kafir harbi memusuhi Islam secara sistematik melalui pelbagai cara yang sulit. Kantung kewangan yang banyak memudahkan lagi gerak kerja mereka di merata dunia Islam. Ini memang sudah jadi sunnatullah. Yang haq (kebenaran) pasti ditentang batil. Kalau tidak masakan akan berma’na haq itu.

Tetapi yang sulit dan rencamnya sebenarnya adalah KITA sendiri yang menjadi pemegang saham dalam isu ini. Kelemahan komuniti Muslim dalam negara kita telah membuka ruang dan peluang untuk para kafir harbi ini untuk menjustifikasikan agenda mereka untuk “reform” kerana BUKTI KEGAGALAN kita sebagai komuniti Muslim jelas terpampang dalam realiti kehidupan sehari-harian.

Kes tertunggak di makhamah, penceraian yang meningkat secara exponentially, tekanan kekeluargaan akibat desakan kehidupan etc.

Siapa yang memperjuangkan nasib kaum Hawa yang tertindas ini? Siapa yang membantu mereka secara konsisten? Siapa yang mendidik mereka?

Ternyata bukan kita para pendakwah tetapi mereka golongan feminis liberalis! Mereka komited membela mangsa-mangsa ini secara konsisten dan inilah hasilnya!

Semua ini menyumbang kepada kanser masalah institusi kekeluargaan Muslim. Penindasan yang dicanang oleh golongan ini memang benar berlaku cuma kadang kala diputar belitkan faktanya untuk memperlihatkan kelemahan kita secara lebih berkesan.

Sama macam cerita di Darfur-lah. Gembar-gembur je lebih tetapi benar-benar bermasalah.

Masalah ini sebenarnya adalah masalah dalaman umat Islam di Malaysia. Tetapi dalam era globalisasi maklumat yang pantas, rupa cita masalah itu telah diangkat ke malakut yang lebih tinggi-dengan saduran sandiwara dan rambu permasalah yang diperhias dengan cantik oleh golongan feminis liberalis ini. Maka jadilah ianya satu fenonema sosial yang mana Islam dikambing hitamkan secara efektif. Orang biasa yang tidak faham Islam, baik Muslim mahupun bukan Muslim terperdaya secara halus maka bersimpatilah mereka kepada perjuangan golongan feminis liberalis.

Ya, tidak semua yang menyokong dan mendokong isu ini sebenarnya “jahat”. Banyak yang keliru kerana KITA yang mendabik dada sebagai pejuang Islam TIDAK “ENGAGE” secara efektif dan berhikmah. Ini untuk yang tidak faham-lah - jahil murakkab – jahil2 (kuasa dua)

Golongan ini perlu dididik dengan berhikmah oleh umat Islam yang faham agar tidak terjerat dalam jaringan liberalis yang suka memutar belitkan fakta dan kefahaman berkenaan hukum hakam Islam. Ramai wanita muda, mahupun yang sudah berumur terperangkap dalam jaringan ini. Mugkin kerana kecetekkan ilmu agama Islam, maka mereka menjadi keliru dengan realiti tersebut.

Golongan ini masih boleh diselematkan jikalau kita benar-benar mengambil kisah akan masalah ini. Tetapi tertnyata perjuangan akar umbi sebegini kurang menarik perhatian para amilin amal Islami kerana politik kepartian yang sempit, parochial lebih digemari mereka.

Benar inilah realiti. Saya lihat, golongan yang terbaik untuk melakukan kerja-kerja de-feminisasi, dan de-liberalisasi ini adalah mahasiswa terutamanya golongan Muslimat. Dengan ilmu yang cukup, kita mampu berdialog, menerangkan kepada golongan ini baik Muslim dan bukan Muslim akan perihal sebenar isu ini.

Sekarang ini, imej political Islam itu lebih tebal berbanding kelembutan Islam itu sendiri. Masakan tidak, ramai orang sudah muak dengan pendokong Islam yang pandai beretorik tetapi masalah komuniti sendiri tidak selesai-selesai juga. Kita gagal mendidik ahli masyarakat kita dengan berkesan kerana kita sendiri yang meletakkan benteng pemisahan tersebut! Pemburuan kuasa secara melampau dan memabukkan telah menghakis kredibiliti kita sebagai pendakwah dan agen Islamisasi!

Pergilah ke kampus-kampus dan lihat apakah golongan Islamis ini berkawan dengan budak-budak yang kontemporari? Sangat minimum sekali. Bagaimana nak memerintah negara kalau satu tahap daripada prinsip sulbah –ya’ni masyarakat Islam pun tak settle lagi.

Melihat Musawah ini begitu rancak diusahakan, saya rasa inilah peluang gerakan Islam untuk bermuhasabah kembali manhaj dakwah kita. Benda ini tidak perlu dipolitikkan. Bodoh kalau kita politikkan perkara yang memerlukan kesatuan ummah. Ini masalah yang perlu diambil peduli oleh semua orang tetapi disebabkan golongan Islamis yang lebih bersedia maka amanah itu lebih berat di pundak mereka berbanding orang awam.

Nasihat saya, mahasiswa muslimat, persiapkanlah diri anda dengan kefahaman yang tajam. Janga asyik buat program “syok sendiri” sahaja. Event tak selesaikan masalah sebab antuna tak campur dengan yang free hair, dan macam-macam lagi!

Nasihat saya kepada gerakan Islam pula, kendurkanlah tali politik kepartian yang sempit. Tak ada ma’na menang pilihan raya kalau masyarakat tidak ditarbiyah dengan baik. Sunnatullah bukan tertegak atas prinsip revolusi tetapi evolusi. Sikit-sikit mengikut kemampuan masing-masing. Kalau terus langkah prinsip sulbah tu maka memanglah kelam kabut semuanya.

Masih belum terlambat.

kredit: rausyanfikir.com

Monday, March 22, 2010

Malaysia Soccer Kids 11-0 Junior Soccer Singapore

Memang terbaik la budak-budak ni. Tahniah kepada jurulatih. Persetan kepada mereka yang mengambil kesempatan atas program ini. Permainan Soccer Kids ni memang santek masa lawan Junior Singapore ni. Bukan sebab Junior Singapore tidak terer tapi permainan santek Soccer Kids ni yang membolehkan Junior Singapore di hambat 11 berbalas kosong. Lepas ni apa masa depan budak-budak cilik ni?!..Nak adu kepada Aduan Rakyat TV3 ke?!..atau Jabatan Kebajikan Masyarakat?!..apa?adu kepada FAM?!..mana boleh, itu tempat untuk politician sahaja OK.

Nak harap FAM memang ibarat menunggu bulan jatuh ke riba la. Kes Liga Slovakia atau lebih manis lagi pasal perlawanan persahabatan dengan kelab Slovakia yang ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia.
Sebelum sepak bola tu kena sepak politician merepek-meraban-cakaptidakserupabikin-besarkanpoketsendiri. Apa hasil pertemuan General Secretary dengan President?!..Goyang ke?Sulit sangat ke hasil pertemuan kedua-dua Executive Commitee ni?!..Dato' ada..Haji ada..YB ada..Sultan pun ada...Macam-macam ada..

Cuti sekolah

Sudah tamat.

Traffik kembali sesak seperti biasa.

Setiap hari menunggu kedatangan hujung minggu.

Owh dunia.

Thursday, March 18, 2010

Tunjukkan Cinta Kamu

Minggu lepas bini aku kemaruk makan Cornetto. Tengah syok buka aiskrim tu aku terperasan ada satu kod pada penutup aiskrim tu. Masa kat ofis terus Google & jumpa Show Your Love Contest. So jangan leceh. Terus lincah daftar walaupun sedang bekerja. Punya la kerja yang kurang kerja..hehe..ada faham?!..

Sila klik sini untuk melihat hasil nukilan aku. Sila vote paksa rela.

p/s: Encik Emran aka lecturer aku pun ada masuk..bini dia kot yang masukkan..klik ini.

Monday, March 15, 2010

Brader Terer Bola & Aku


Pagi tadi lepas Brunch aku lepak-lepak dengan budak-budak production. Sekali ada brader sorang datang duduk sebelah aku.

Brader: Gua dengar lu striker baru kilang ni?
Aku: Aah..Striker biasa-biase je(dalam hati biasa score gol..haha.).

Brader: Kalau tahun ni gua jadi coach masak la lu..
Aku: ....(so what?)

Brader: Gua kalau jadi coach gua akan tanya..bla..bla..bla..Masa gua jadi coach masuk suku akhir..bla..bla..
Aku: Hehe..(senyum-senyum kambing)
Aku pun tidak faham brader sorang ni. Mungkin dia tengok keputusan perlawanan persahabatan dengan ex-UTM FC(nama pasukan main hentam je sebab ni ex-UTM punya pemain) di papan kenyataan dekat kantin. Tertulis kat situ Wan(3 gol). Aku pun tak sangka dapat jaringkan 3 gol aka hatrik tu..hehe(gelak jahat). Mungkin dia tidak percaya tengok aku muka macam budak-budak. Apakah? Awet muda kah aku?!..har..har..harta karun..

Tapi sampai sekarang aku tidak berapa nak pasti motif brader tu. Office-mate aku, Zety pun siap Sametime dengan aku tanya aku ke yang jaringkan tiga gol tu. haha..Nape?! Zaman sekarang mungkin tak ramai yang ada ijazah IT yang aktif bersukan..haha..Aku dapat jaringkan gol tu pun sebab winger aku power+right.place.at.the.right.time.

Aku secara paksa telah dilantik menjadi AJK KSRK(kelab sukan & rekreasi) kilang aku tapi belum official..Ni semua sebab Kak Ina. Kakak ni la yang selalu panggil aku Black sebab aku ada iras-iras Black Mentor..haha..abaikan.

p/s: super penat.

Wednesday, March 10, 2010

Tiada Tajuk


Walaupun kau adalah Pengetua tidak bermakna kau boleh panjangkan masa perhimpunan pagi sampai waktu ketiga dengan alasan untuk mendisiplinkan pelajar.._________.

Walaupun kau adalah Guru Sukan tidak bermakna kau boleh libatkan Guru Pendidikan Jasmani untuk iringi pelajar ke MSSD.Guru Pendidikan Jasmani hanya terlibat sukan dalam sekolah _____________.

Walaupun kau adalah Guru Penolong Kanan Ko-K ini tidak bermakna kau boleh suka-suka hati mengarahkan guru bawahan kau. Pangkat kau tertera terang lagi jelas P E N O L O N G bukan P E N G A R A H _____.

Walaupun kau Guru Penolong Kanan Pentadbiran tidak bermakna kau boleh buat sesuka hati _______.

Isi tempat kosong dengan perkataan sesuai.
  1. mak bapak kau
  2. cik intan payung
  3. mangkuk-tandas-berhayun
  4. sesedap rasa
  5. lampi
  6. harrrKkkk ptuih
  7. sang Baik Hati
  8. sahaja
Rumah terbakar boleh panggil bomba, hati terbakar?!..

Tuesday, March 9, 2010

Saga BLM lawan Subaru

Ehem...ehem. Disebabkan ketepuan akibat Excel Macro Programming ni. Terus Google pasal Saga BLM ni..Tup tap terjumpa kemalangan antara Saga BLM dan Subaru.

Agak mengejutkan sebab Subaru terbakar. Kejadian berlaku berdekatan dengan sekolah antarabangsa di Taman Melawati. Ada yang mengatakan yang pemandu Saga BLM ni seorang yang alim & pemandu Subaru ni selalu buat maksiat..haha..yang ini tipu OK.



Aku rasa kalau Subaru tu tidak terbakar, keremukan Subaru alami adalah lebih kurang berbanding Saga BLM tu.

Kesimpulannya kalau bawa kereta hati-hati. Baca doa naik kenderaan atau paling kurang pun baca bismillah.