Wednesday, March 31, 2010

Egalitarianism

Perkataan untuk hari ini adalah Egalitarianism. Pernah jumpa perkataan ini?!..Apakah maksud di sebalik perkataan pelik dan jarang dijumpai ini. Mari kita kupas perkataan ini..

Ada persoalan yang cuba aku ke tengahkan di sini. Dalam masyarakat kita, siapa yang mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi?!..Cuba fikir secara mendalam(sedalam teras bumi). Apa yang selalu ditekankan adalah PERTUMBUHAN ekonomi..

Malaysia mempunyai ramai ahli-ahli bisnes berjaya di mana kekayaan mereka bernilai jutaan ringgit malah berbillion. Adakah ini boleh diukur sebagai kejayaan ekonomi sesebuah negara?!..Semestinya tidak. Kalau tidak, masakan rancangan Bersamamu boleh ke udara di TV3.

Pemusatan kekayaan dan pendapatan yang hanya dinikmati segelintir syarikat besar. Jurang pendapatan di dalam masyarakat semakin lebar disebabkan ini. Egalitarianism boleh hampir ditafsirkan sebagai kesamarataan.

Walaupun ketidaksamarataan ini semakin meningkat tetapi hanya sedikit perhatian diberikan tentang hal ini. Hanya segelintir sahaja, penggubal undang-undang, ahli politik(lebih-lebih lagi dari Barisan Nasional,mengarut dalam Parlimen, lompat parti..bla..bla..bla..), dan orang awam juga agak susah untuk memberi sedikit perhatian tentang ketidakadilan sosial ini.

Apa yang aku nak sampaikan adalah kesamarataan antara sesama kita. Semua orang mempunyai peluang masing-masing.

Bersama menuju ke arah masyarakat harmoni.


p/s: Dirk Kuyt pun seolah-olah tidak percaya keadaan dimana ketidaksamarataan ini.
semoga Din Beramboi akan kembali pulih seperti sedia kala..AMIN.

No comments: