Thursday, March 4, 2010

Malam Tadi

Ada sesuatu yang mengejutkan telah berlaku malam tadi di rumah sewa aku. Sangat tidak dijangkakan benda-benda macam ni boleh berlaku. Mula-mula seperti tidak percaya tapi kita kena redha takdir yang menentukan.

Seperti biasa lepas Isyak je aku akan kunci pintu pagar aku, kunci motor & kereta bagai. Tengah-tengah syok cucuk-cucuk kunci masuk dalam fork-lock aku tu aku terdengar....
Kayuhan basikal tua..kryeekkk..kryekkk..kryekkk..ahh sudah...ni bukan malam keliwon pun..dah la aku pakai short & singlet je masa tu...memang senang la pontianak naik basikal nak rogol aku. sekali....Assalamualaikum...assalamualaikum..aduhai..siapa pulak beri salam malam-malam ni.

Muncul makcik berbasikal Rally depan pagar aku yang berkunci. Ntah-ntah bunyi tadi datang dari basikal makcik ni. Aku pun jawab salam makcik tu sambil menuju ke arah pintu pagar. Jangan tiba-tiba makcik ni bertukar jadi pontianak sudah. Tak pasal-pasal satu taman dengar jeritan ketakutan aku sambil terkencing-kencing dalam seluar.

Makcik tu terus tanya orang rumah ada?..Nak jumpa orang rumah sekejap..FuhhHh..selamat aku..At least orang rumah aku yang jadi mangsa bahaman pontianak kalau makcik ni betul pontianak..ahaha..anak aku sekali dalam perut orang rumah aku dia ngap..Makan satu percuma satu..okay sambung balik. Aku masuk dalam panggil orang rumah kesayangan aku yang tengah gosok baju. Lama juga masa untuk aku keluarkan orang rumah aku ni...haha..

Aku pun terus bagi perintah berkurung kepada diri aku. Tidak lama kemudian orang rumah aku masuk..Alhamdulillah..selamat orang rumah aku. Aku pun tanya apa hal makcik tu?..Rupa-rupanya makcik tu nak mintak tolong ajar subjek sains kat anak-anak dia yang bakal menghadapi UPSR..rezeki tu..Tuisyen la ni...haha..rezeki di taman baru....tapi masih tidak pasti samada mahu atau tidak..ni boleh menjana ekonomi keluarga aku.

p/s: persoalan di sini kenapa orang rumah aku keluar lambat?

5 comments:

ainazliena said...

suspen jek citer..

jiwa sifar said...

cerita mesti kena disulami suspen..haha..malam ni malam jumaat.no motif.

#cdmHA said...

lambat sebab org rumah tu nak pakai tudung, siapkan diri, menutup aurat sblm kluar rumah.. :)

tahniah, bakal jadi ayah...

farah fadhil said...

kau ni kn..
bukan nk teman ain kt luar tu.
kalau tibe2 mak cik tu btol2 jd ponti cmne?

alhamdulillah. rezeki anak tu.
tp ain larat tak?

jiwa sifar said...

umi..salah tekaan anda.

dilla..pandai la dia bc ayat kursi..huhu..ain cm xnk sbb cm tak berapa nak larat.huhu...