Tuesday, November 23, 2010

YES : Internet Bergerak Berkelajuan 4G

Seperti yang telah dijanjikan aku akan cerita pasal Yes ni. Seperti gambar di atas, itu adalah bayaran yang dikenakan. Harga pengaktifan adalah RM50 dan minimum kredit adalah RM10. Nampak macam murah?

Seperti awal-awal keluaran broadband Celcom, Maxis atau DiGi alatan penerimaan signal memerlukan device. Ada dua jenis alat penerimaan signal 4G oleh Yes iaitu Huddle dan Go. Huddle yang bermula dengan harga RM399 manakala Go pada harga RM99. Mungkin tidak lama lagi akan dapat free ketika baru mendaftar. Kita tunggu dan lihat.
Spesifikasi Go
- USB yang fleksibel boleh dilipat sehingga 270°
- 2 penunjuk LED

Spesifikasi Huddle
- saiz sebesar tapak tangan
- bateri lebih tahan lebih 25% berbanding portable router lain. Di caj ketika bersambung dengan komputer
- plug & play
- boleh berkongsi sehingga empat orang dalam sesuatu masa.

Kredit Yes boleh di 'topup' secara online so tidak perlu bersusah payah mencari ejen 'topup'. Promosi sekarang adalah RM99 (Go percuma + RM100 Yes kredit (RM10 x 10 months) + YESLife percuma + YESMail percuma). RM1199 (Huddle percuma + RM1199 YES kredit, jimat RM400 YESLife percuma + YESMail percuma). Semakin banyak bandwidth diguna, semakin kurang anda bayar. Jangan sesekali terfikir sampai boleh jadi percuma. Ada faham?!.

Percuma semua?!..Percuma tu nak sedapkan promosi. Tandas pun bayar tau 20sen. Sekarang trafik dalam sesawang Yes ni sangat la jem jadi anda dinasihatkan  supaya tengok di Facebook je. Sebelum daftar pastikan kawasan anda ada coverage. Kawasan aku sudah pasti tiada sebab aku duduk kat bandar dinosaur. Mana tidaknya, masuk je perumahan aku korang akan disambut replika dinosaur.

Aku rasa ini sahaja. Chief programmer ada kerja mahu buat. kahkahkah..

No comments: