dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Thursday, June 16, 2011
Pakej iPhone 4 : Celcom - DiGi - Maxis
Semalam pergi Kipmart ternampak flyers Celcom pasal iPhone 4. Agak menarik la sebab aku ada memasang cita-cita nak pakai iPhone 4. Tapi by the time aku dah beli iPhone 4 mungkin dah keluar iPhone X.haha..
Mari kita bincang pasal pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Celcom. Semalam aku sempat tanya macam mana nak tukar Celcom Exec 50 kepada pelan iPhone 4. Aku kena pergi Celcom Center dulu, lepas itu baru boleh buat langkah seterusnya.
Upfront payment tu macam deposit. Dalam jangka masa 5 bulan kita tidak perlu bayar penuh RM98 sebab sudah bayar upfront payment tu. Ada faham? Mari mengira, kalau aku ambil pakej paling murah iaitu Celcom Exec i98 kontrak 24 bulan. RM1438 (iPhone 4 16GB) + 24xRM98 = RM3500.
Cerita pasal DiGi. Sebenarnya ada dua cara iaitu secara installment atau cash/kredit kad. Aku nak review cash sebab aku suka bawa cash ramai-ramai.haha.
Jumlah untuk DiGi RM2090 (iPhone 4 16GB) + 24xRM58 = RM3482. Celcom mahal RM18 berbanding DiGi. Celcom lebih 1GB data manakala DiGi lebih 100 minit masa berbual. Pendapat aku la, better lebih data dari masa berbual sebab tujuan utama iPhone 4 dicipta bukan untuk berbual. Sila setuju. Apa?!..Maxis?..Tunggu-tunggu..Tapi yang cilake, untuk Celcom pengguna MNP macam aku layak untuk 12 bulan sahaja. Macam barua sangat je aku ni mentang-mentang nombor mula dengan 012. MNP pun tak tahu? Ala nombor 012 tapi guna line Celcom vice versa.
Maxis pula aku memang tak rekemen walaupun aku ex-Maxis. jangan leceh mari kira. RM1590 (iPhone 4 16GB) + 24xRM100 = RM3990. Beza dengan DiGi RM508. Banyak tu!!...Dah la MMS mahal 5 sen berbanding Celcom dan DiGi. Like i said, masa berbual tu aku tolak tepi..Aku rasa lebih ramai orang suka explore iPhone 4 ni dari poyo-poyo borak guna iPhone 4. Sekali tanya pasal application iPhone 4 ZERO. Malu je.haha..Kalau macam tu baik pakai Nokia RH-112 macam aku ni.
Nama manja phone aku BlackBerry. So better angkat DiGi atau Celcom.
p/s: gaya aku macam nak beli iPhone 4 tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
::nice info bro::
Bijak. Maklumat yg berguna utk beli pakej!
Post a Comment