Tuesday, November 16, 2010

Intel Core i3 lawan i5 lawan i7


Mari kita bercakap bahan ilmiah. Asik merapu pasal politik, anak serta sukan. Mari kita mengisi ilmu IT agar kita tidak ketinggalan zaman. Kepada mereka yang nak beli komputer di luar sana, sila baca spesifikasi komputer yang anda bakal beli. Jangan beli spec yang melampau macam RAM sampai 6GB, hardisk sampai 1TB dan processor laju macam kereta Sebastian Vettel tapi guna untuk buka Microsoft Office serta Firefox atau Internet Explorer.

Kalau duit bukan masalah anda, lantak korang tetapi untuk golongan pendapatan pertengahan yang cukup-cukup makan untuk hidup macam aku, Value Buy adalah sangat perlu. Contoh aku beli kereta yang boleh memecut sampai menyamai kelajuan cahaya tetapi limit kelajuan paling maksimum kat Malaysia 110 km/j. Dapat grab tak apa yang aku cuba sampaikan?.......Bagus. Mari kita mulakan.

Spesifikasi Teknikal
Kita mulakan dengan pemproses i3. Dilancarkan pada Januari 2010 dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu i3-530, i3-540 dan i3-550. Kelajuan di antara 2933 MHz ke 3200 MHz. Ketiga-tiga pemproses ini mempunyai 2x256 KB L2 cache, 4MB L3 smart cache dengan DMI (direct media interface) bus dan sesuai dengan LGA 1156 socket. Ketiga-tiga processor mempunyai dua teras(core) dan integrated GPU (Graphic Processing Unit) dan berteraskan 32 nm architecture yang membolehkan lebih banyak transistor dimuatkan dalam cip berbanding 45 nm architecture.

Kesemua pemproses i3 mempunyai dua teras dan 4 threads serta disokong dengan Intel's hyperthreading dan teknologi virtualization yang menambahbaik kebolehan multitasking cip ini. Apa itu threads? Aku ambil contoh mudah iaitu mesin. Aku ada empat mesin pemasangan kereta. Proses yang aku buat adalah buat kereta dan sub-proses adalah mesin-mesin. Mesin A buat badan kereta, mesin B masuk enjin kereta, mesin C buat elektronik kereta dan mesin D pasang tayar,suspension dan brek. Bila kesemua mesin ini berjalan serentak ini dikira multithreading, proses adalah pemasangan kereta dan thread adalah kerja yang dilakukan mesin. Hyperthreading?!..Cuba tambah proses, contoh pemasangan van. Bila proses pemasangan van dan kereta jalan serentak ini dinamakan hyperthreading. Dapat grab tak?..Bagus.

Seterusnya, pemproses i5 mempunyai tiga model utama iaitu i5-7xx, i5-7xxS dan i5-6xx series. kelajuan di antara 2.4 GHz ke 3.33 GHz dan ditambahbaik dengan teknologi baru Intel's Turbo Boost. Ada di antara processor ini mempunyai 4 teras dengan 4 threads (i5-7xx dan i5-7xxS) dan ada juga mempunyai 2 teras dan 4 threads (core i5-6xx hyperthreading disabled). Kebanyakkan mempunyai 8MB L3 cache, dengan LGA 1156 socket, direct media interface dan integrated GPU. Kesemua dicapai dengan teknologi Intel Turbo Boost , Intel HD graphics dan teknologi Intel Smart Cache.

Akhir sekali, keluarga i7 yang direka khas untuk outperform abang-abangnya(i3 dan i5). Digelar Intel sebagai Pemproses Terbaik di planet. Terbahagi kepada 8 jenis. Mempunyai 4(quad) teras serta 8 thread dengan kelajuan di antara 3.06 GHz sehingga 3.33 GHz jika menggunakan teknologi Intel's Turbo Boost dan Hyperthreading. 8MB smart cache yang mampu mencapai sehingga 12MB, pemproses ini memang luar biasa. Memori DDR3 1066 MHz 3 channel yang disokong dengan integrated memory controller dan teknologi Intel's QuickPath Interconnect (membolehkan sehingga 25.6 GB/Sec kelajuan pemindahan data).

Prestasi
Dari segi perbandingan prestasi antara i3 - i5 - i7, graf akan menunjukkan peningkatan dari i3 ke i7. Jadi mana satu yang patut anda pilih?!. Pemproses i3 sesuai untuk penggunaan di rumah di mana ia menawarkan grafik berdefinisi tinggi dan kebolehan 3D serta memastikan multitasking tidak mengganggu kelajuan pemproses.

Pemproses i5 menawarkan semua yang ada pada pemproses i3 malah lebih dari itu. Teknologi Turbo Boost dan hyperthreading membolehkan dua tugas dikendalikan oleh dua pemproses berbeza yang meningkatkan kelajuan proses. Pemproses i5 lebih sesuai untuk komputer riba yang memerlukan multitasking yang banyak.

Pemproses i7 sangat jauh meninggalkan pemproses i3 dan i5. Dengan quad core(4 teras) yang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dual core(dua teras). Pemproses i7 sesuai untuk server serta untuk menggunakan program-program development.

3 comments:

shauqi said...

soul, post yg best. buat la pasal amd plak.. aku nak beli amd. Murah skek

encik azuwan said...

ko ni main order je eh.tgg aku betul2 xde keje.kang bos aku bising.haha.

::akooazmie:: said...

::nice entry bro::