Tuesday, March 23, 2010

Ceritera Pasal Agama

Tiba-tiba nak ceritera pasal agama. Perasan atau tidak kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Tak silap aku bulan musim mengawan adalah bulan Disember sebab musim hujan masa tu. Juga musim mengawan yang baru lepas adalah cuti sekolah yang lepas. Aku bukan nak cerita pasal buang bayi yang sudah lapuk ni.

Malam tadi tertengok program Soal Jawab kat TV3..Siapa yang dijemput?!..Si-rambut-pintu-gerbang-UM-wannabe aka Datuk Shahrizat. Masa awal rancangan ni tiba-tiba nak ucapkan takziah bagi pihak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Datuk Manja Ismail yang baru kehilangan anak bongsu beliau. Motif?!..alamak tersimpang jauh.

Aku nak cerita Sister in Islam. Setahu aku istilah sister dalam agama ni Roman Katolik sama macam paderi perempuan.

Sisters in Islam (SIS) adalah satu organisasi bukan kerajaan yang bebas,ditubuhkan pada tahun 1988, percaya bahawa Islam mempertahankan prinsip-prinsip kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan.

Pada hemat saya, masalah yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut:

1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama, dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar)

2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama ( ancaman dalaman)

Memang kerja golongan kafir harbi memusuhi Islam secara sistematik melalui pelbagai cara yang sulit. Kantung kewangan yang banyak memudahkan lagi gerak kerja mereka di merata dunia Islam. Ini memang sudah jadi sunnatullah. Yang haq (kebenaran) pasti ditentang batil. Kalau tidak masakan akan berma’na haq itu.

Tetapi yang sulit dan rencamnya sebenarnya adalah KITA sendiri yang menjadi pemegang saham dalam isu ini. Kelemahan komuniti Muslim dalam negara kita telah membuka ruang dan peluang untuk para kafir harbi ini untuk menjustifikasikan agenda mereka untuk “reform” kerana BUKTI KEGAGALAN kita sebagai komuniti Muslim jelas terpampang dalam realiti kehidupan sehari-harian.

Kes tertunggak di makhamah, penceraian yang meningkat secara exponentially, tekanan kekeluargaan akibat desakan kehidupan etc.

Siapa yang memperjuangkan nasib kaum Hawa yang tertindas ini? Siapa yang membantu mereka secara konsisten? Siapa yang mendidik mereka?

Ternyata bukan kita para pendakwah tetapi mereka golongan feminis liberalis! Mereka komited membela mangsa-mangsa ini secara konsisten dan inilah hasilnya!

Semua ini menyumbang kepada kanser masalah institusi kekeluargaan Muslim. Penindasan yang dicanang oleh golongan ini memang benar berlaku cuma kadang kala diputar belitkan faktanya untuk memperlihatkan kelemahan kita secara lebih berkesan.

Sama macam cerita di Darfur-lah. Gembar-gembur je lebih tetapi benar-benar bermasalah.

Masalah ini sebenarnya adalah masalah dalaman umat Islam di Malaysia. Tetapi dalam era globalisasi maklumat yang pantas, rupa cita masalah itu telah diangkat ke malakut yang lebih tinggi-dengan saduran sandiwara dan rambu permasalah yang diperhias dengan cantik oleh golongan feminis liberalis ini. Maka jadilah ianya satu fenonema sosial yang mana Islam dikambing hitamkan secara efektif. Orang biasa yang tidak faham Islam, baik Muslim mahupun bukan Muslim terperdaya secara halus maka bersimpatilah mereka kepada perjuangan golongan feminis liberalis.

Ya, tidak semua yang menyokong dan mendokong isu ini sebenarnya “jahat”. Banyak yang keliru kerana KITA yang mendabik dada sebagai pejuang Islam TIDAK “ENGAGE” secara efektif dan berhikmah. Ini untuk yang tidak faham-lah - jahil murakkab – jahil2 (kuasa dua)

Golongan ini perlu dididik dengan berhikmah oleh umat Islam yang faham agar tidak terjerat dalam jaringan liberalis yang suka memutar belitkan fakta dan kefahaman berkenaan hukum hakam Islam. Ramai wanita muda, mahupun yang sudah berumur terperangkap dalam jaringan ini. Mugkin kerana kecetekkan ilmu agama Islam, maka mereka menjadi keliru dengan realiti tersebut.

Golongan ini masih boleh diselematkan jikalau kita benar-benar mengambil kisah akan masalah ini. Tetapi tertnyata perjuangan akar umbi sebegini kurang menarik perhatian para amilin amal Islami kerana politik kepartian yang sempit, parochial lebih digemari mereka.

Benar inilah realiti. Saya lihat, golongan yang terbaik untuk melakukan kerja-kerja de-feminisasi, dan de-liberalisasi ini adalah mahasiswa terutamanya golongan Muslimat. Dengan ilmu yang cukup, kita mampu berdialog, menerangkan kepada golongan ini baik Muslim dan bukan Muslim akan perihal sebenar isu ini.

Sekarang ini, imej political Islam itu lebih tebal berbanding kelembutan Islam itu sendiri. Masakan tidak, ramai orang sudah muak dengan pendokong Islam yang pandai beretorik tetapi masalah komuniti sendiri tidak selesai-selesai juga. Kita gagal mendidik ahli masyarakat kita dengan berkesan kerana kita sendiri yang meletakkan benteng pemisahan tersebut! Pemburuan kuasa secara melampau dan memabukkan telah menghakis kredibiliti kita sebagai pendakwah dan agen Islamisasi!

Pergilah ke kampus-kampus dan lihat apakah golongan Islamis ini berkawan dengan budak-budak yang kontemporari? Sangat minimum sekali. Bagaimana nak memerintah negara kalau satu tahap daripada prinsip sulbah –ya’ni masyarakat Islam pun tak settle lagi.

Melihat Musawah ini begitu rancak diusahakan, saya rasa inilah peluang gerakan Islam untuk bermuhasabah kembali manhaj dakwah kita. Benda ini tidak perlu dipolitikkan. Bodoh kalau kita politikkan perkara yang memerlukan kesatuan ummah. Ini masalah yang perlu diambil peduli oleh semua orang tetapi disebabkan golongan Islamis yang lebih bersedia maka amanah itu lebih berat di pundak mereka berbanding orang awam.

Nasihat saya, mahasiswa muslimat, persiapkanlah diri anda dengan kefahaman yang tajam. Janga asyik buat program “syok sendiri” sahaja. Event tak selesaikan masalah sebab antuna tak campur dengan yang free hair, dan macam-macam lagi!

Nasihat saya kepada gerakan Islam pula, kendurkanlah tali politik kepartian yang sempit. Tak ada ma’na menang pilihan raya kalau masyarakat tidak ditarbiyah dengan baik. Sunnatullah bukan tertegak atas prinsip revolusi tetapi evolusi. Sikit-sikit mengikut kemampuan masing-masing. Kalau terus langkah prinsip sulbah tu maka memanglah kelam kabut semuanya.

Masih belum terlambat.

kredit: rausyanfikir.com

2 comments:

cindir-rela said...

i dah vote for u kat contest cornetto tuw..u vote for me back k!!

my vid title " bo0bo0, yogurt amp honey"

jiwa sifar said...

thanks.