Monday, June 27, 2011

Cisco Catalyst 2960


Kali terakhir aku configure switch Cisco masa belajar di UM. Lepas kerja hanya dapat configure switch 3COM yang guna terma tag menggantikan vlan yang diguna pakai Cisco. Company baru beli switch Cisco Catalyst 2960 48-port dan aku kena configure sebab aku ada Cert CCNA yang sudah expired. Kalau nak supplier configure confirm kena cas lebih so aku kena configure switch ni.


Sekarang tengah fahamkan configuration semua switch dalam kilang ni. kena set VLAN, IP interface setiap VLAN serta bermacam lagi. Sangat suka sebab sudah lama tidak asah ilmu configure Cisco switch. Boleh buat video streaming guna switch ni.haha..Video streaming ni CCNP punya lab tapi lecturer aku ni 'ayahanda' dalam komuniti Cisco di Malaysia so Dr Ling(nama lecturer aku) ajar based on pengalaman.

Memang best belajar dengan dia walaupun strict+garang. Aku pernah kena halau dengan Dr Ling ni sebab tidak bawa network cable masuk lab.haha. Tapi aku tidak berdendam dengan dia sebab apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan aku. Sepanjang belajar di UM aku kena halau dua kali. Dengan Dr Ling tu yang kedua, pertama dengan Encik Bad. Masa lepas kena halau tu macam down nak tukar course terus tapi lepas difikirkan balik. Mereka hanya nak aku jadi orang berguna.

Gambar di atas ni 24-port je. Yang aku configure 48-port. Semakin banyak port semakin banyak kerja-kerja configurasi perlu dilakukan..ok ini tipu.haha..

No comments: