dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Wednesday, June 22, 2011
Perbezaan Windows 7 : Home Premium x Professional x Ultimate.
Windows 7 mempunyai lima keluaran iaitu Starter, Home Basic, Home Premium, Professional dan Enterprise/Ultimate. Kebanyakkan pejabat hari ini akan guna Windows 7 Professional untuk menggantikan Windows XP. Windows 95?!..Hilang akal apa tanya pasal OS tu..haha..
Sekarang DELL, HP dan pengeluar komputer lain sudah tidak menawarkan OS Windows XP lagi sebaliknya hanya Windows 7. Kalau nak down-grade ke Windows XP kena ubah sendiri dan perlu liaise sendiri dengan Microsoft.
Mari kita lihat perbezaan keluaran Windows 7 ni. Siapa yang MUET band 4 boleh baca jadual di bawah OK. MUET aku?..Tidak perlu korang tahu sebab itu bukan urusan kau. Ada faham?!..Bagus. Sekarang mari sambung.
Faham tak penerangan jadual di atas? Aero tu mesti ada yang tidak faham. Fungsi Aero ni, contoh kita buka tiga empat MS Excel serentak. Bila kita letak tetikus pada icon Excel akan muncul preview kecil MS Excel tu. Home Premium ke atas sahaja yang offer fungsi ini.
p/s: tahukah anda kesibukan isteri berkadar terus dengan kesibukan suami. Tetapi kesibukan suami berkadar sonsang dengan kesibukan isteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku pakai Windows 7 Ultimate.. baik punye!!
dah update SP1?mesti ko dpt msg not genuine kan.haha..
Post a Comment