Aku rasa mereka ini tiada kerja. Macam mana nak melepasi sekatan ni. Pergi blog Zaini. Aku memang download guna laman yang disekat oleh SKMM. Pelik aku sebab laman perkongsian fail ini juga mengamalkan Copyright. Mana fail yang didapati melanggar Copyright akan di hapus dari sistem berdasarkan aduan.
Yang SKMM macam suka jaga tepi kain orang. SKMM menyatakan yang mereka mengikut undang-undang Malaysia. Tapi si Datuk T penyebar video lucah tu ikut undang-undang mana tidak kena tangkap? Lama tidak dengar Three Stooges tu. Dengan keislaman salah seorang Three Stooges tu pun diragui.
SKMM kalau nak sekat, sila sekat laman porno yang lebih tinggi priority serta lagi banyak berbanding laman file sharing ni. Rapidshare dan Mediafire tidak disekat pulak. Pilih bulu ke atau Rais Yatim ada akaun Rapidshare atau Mediafire?..haha..
“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:
- ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
No comments:
Post a Comment