Friday, June 3, 2011

Video Muzik 5 Bintang


Masa penghujung tahun 1990-an, CD porno memang banyak diedar secara terbuka. Ada grade filem porno ni. satu sampai lima bintang. Tapi yang biasa digunakan adalah tiga dan lima bintang. Tiga bintang nampak sebahagian tubuh badan manakal lima bintang nampak seluruh tubuh badan. Tamat perenggan pengenalan.


Kerajaan menganggap Malaysia adalah negara Islam walhal aku hanya nampak Islam sebagai agama rasmi dalam PERLEMBAGAAN yang dibuat penjajah. Tidak lebih dari itu. Provokasi demi provokasi untuk mencetuskan ketegangan agama serta kaum. Baca sahaja Utusan, tajuk utama 'Kristian agama rasmi'. Lancar jihad la kalau Kristian agama rasmi. Pergi jihad di Palestine la dulu.


Ada artis Malaysia semakin galak mempromosikan maksiat. Lagu memang sampah, kosong serta tiada mesej. Memang mendukacitakan si Asmara ni. Tolong la jangan rosakkan akhlak serta moral remaja sekarang yang kebanyakkannya sudah rosak. Amerika sangat video tu. Pengarah video muzik ini pun guna nama watak X-Men, memang padan la berpemikiran Amerika.

Aku tak nak letak klip video tu di sini. Rosak blog aku. Dulu masa zaman sekolah, ramai kawan-kawan aku cakap aku perangai macam setan which is not true yang part setan. Bila keputusan PMR keluar ramai kawan-kawan seangkatan aku tidak percaya tengok keputusan aku yang agak flying colors memandangkan aku di kelas hujung-tidak belajar-main2-foya2. Pengalaman aku belajar nanti aku sambung dalam post lain.

p/s: ada makcik tak nak kalah dalam kilang aku ni. yela, makcik memang lebih terer buat kek dari bini saya.

No comments: