Semalam pergi
Kipmart ternampak
flyers Celcom pasal
iPhone 4. Agak menarik la sebab aku ada memasang cita-cita nak pakai
iPhone 4. Tapi
by the time aku dah beli
iPhone 4 mungkin dah keluar
iPhone X.haha..
Mari kita bincang pasal pakej
iPhone 4 yang ditawarkan oleh
Celcom. Semalam aku sempat tanya macam mana nak tukar
Celcom Exec 50 kepada pelan
iPhone 4. Aku kena pergi
Celcom Center dulu, lepas itu baru boleh buat langkah seterusnya.
Upfront payment tu macam deposit. Dalam jangka masa 5 bulan kita tidak perlu bayar penuh RM98 sebab sudah bayar
upfront payment tu. Ada faham? Mari mengira, kalau aku ambil pakej paling murah iaitu Celcom Exec i98 kontrak 24 bulan. RM1438 (
iPhone 4 16GB) + 24xRM98 =
RM3500.
Cerita pasal
DiGi. Sebenarnya ada dua cara iaitu secara
installment atau
cash/kredit kad. Aku nak
review cash sebab aku suka bawa
cash ramai-ramai.haha.
Jumlah untuk
DiGi RM2090 (
iPhone 4 16GB) + 24xRM58 =
RM3482.
Celcom mahal RM18 berbanding
DiGi.
Celcom lebih 1GB data manakala
DiGi lebih 100 minit masa berbual. Pendapat aku la, better lebih data dari masa berbual sebab tujuan utama
iPhone 4 dicipta bukan untuk berbual. Sila setuju. Apa?!..
Maxis?..Tunggu-tunggu..Tapi yang cilake, untuk
Celcom pengguna
MNP macam aku layak untuk 12 bulan sahaja. Macam barua sangat je aku ni mentang-mentang nombor mula dengan 012.
MNP pun tak tahu? Ala nombor 012 tapi guna
line Celcom vice versa.
Maxis pula aku memang tak rekemen walaupun aku ex-
Maxis. jangan leceh mari kira. RM1590 (
iPhone 4 16GB) + 24xRM100 =
RM3990. Beza dengan
DiGi RM508. Banyak tu!!...Dah la MMS mahal 5 sen berbanding
Celcom dan
DiGi.
Like i said, masa berbual tu aku tolak tepi..Aku rasa lebih ramai orang suka explore
iPhone 4 ni dari poyo-poyo borak guna
iPhone 4. Sekali tanya pasal
application iPhone 4 ZERO. Malu je.haha..Kalau macam tu baik pakai
Nokia RH-112 macam aku ni.
Nama manja
phone aku
BlackBerry. So better angkat
DiGi atau
Celcom.
p/s: gaya aku macam nak beli iPhone 4 tak?