Friday, April 29, 2011

Edisi Siasat : Tricubes dan MyEmail



Projek ini akan dilaksanakan pada Julai nanti. Caj RM0.50 dikenakan kepada pengguna agensi kerajaan. Orang ramai tidak dikenakan sebarang caj. Tetapi untuk menghantar emel dengan 'selamat' atau kemudahan encryption, caj tambahan akan dikenakan.


Orang ramai boleh mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Selain itu pengguna boleh mendaftar sendiri, cuma perlu membeli alat biometrik-USB. Jumlah kakitangan awam lebih kurang satu juta. Kalau la semua penjawat awam memiliki emel ni, lebih kurang RM500,000 keuntungan sekali hantar emel. Aku sangat yakin setiap agensi kerajaan mempunyai emel agensi tersendiri. Sasaran Tricubes 5.4 juta pengguna MyEmail. Lagi 4 juta orang terang-lagi-bersuluh mesti la rakyat.

Apakah feature yang dikatakan selamat oleh Tricubes? SSL iaitu Secure Socket Layer. Aku kasi penerangan mudah pasal SSL ni. sila lihat laman sesawang yang kebiasaan dimulakan dengan http://www.google.com.my. Kalau ada SSL 'http' akan berubah menjadi 'https'. Gmail sendiri mempunyai feature 'selamat' ini dan lebih mengejutkan ia PERCUMA. Feature Encryption pulak. Apa algorithm yang Trucubes ni guna? Mesti la rahsia sebab kalau algorithm ini diketahui, mudah la langkah untuk baca emel Rosmah kirim kepada Najib.

Senang je nak mengaburi mata masyarakat buta IT dengan bahasa canggih 5G.

p/s: Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

Thursday, April 28, 2011

Google akan hapuskan pengguna blogger hot-hot chicken shit




Berita ini ditujukan khas kepada mereka yang sudah berkurun tidak masuk ke dalam akaun Blogger. Mereka yang tidak pernah log in sejak 2007, blog mereka akan serta-merta di hapuskan selepas 25 Jun 2011. Mereka yang pernah log in walaupun sekali dalam tahun 2007 akan terlepas dari azab ini.

Selain itu pengguna Blogger yang masih menggunakan custom emel untuk log in ke Blogger di nasihatkan untuk membuat akaun Google. Sistem untuk migrate dari akaun custom ke akaun Google juga akan berhenti beroperasi selepas 25 Jun 2011.

sumber: Google

Wednesday, April 27, 2011

Lawyer Buruk



Belajar mana entah peguam sengal ni. English cam haram. Soalan yang di tanya tidak masuk akal. Aku aku tak boleh blah dia persoalkan Dr Porntip tu graduate dari Universiti Mahidol di mana Malaysia sendiri tidak iktiraf universiti tu tetapi ranking menunjukkan ia berada di atas semua universiti di Malaysia.

Nampak sangat peguam sengal ni memang sengal. Makan apa peguam ni aku tidak pasti sampai cenggini punya sengal. Buat bahan Maharaja Lawak confirm terus menang.

Tuesday, April 26, 2011

3D-less TV



Toshiba Regza 20GL1

Masa pertama kali aku tengok movie 3D memang rasa jakun serta batak. Siap pakai cermin mata bagai. Lepas tu keluar pulak TV 3D di mana siapa yang mempunyai cermin mata 3D sahaja yang dapat merasai ke'3D'an T itu.

Kenapa tidak terus buat TV yang memaparkan 3D tanpa menggunakan cermin mata. Marketing purpose dieorang ni agak melampau.haha.

Monday, April 25, 2011

Tahukah Anda - Thorium dan Rare Earth



Mari bercakap mengenai sains. Seperti yang anda sedia maklum, penduduk sekitar Kuantan pasti tidak senang duduk dengan penubuhan kilang pemproses rare earth ni. Kenapa Malaysia berbesar hati ingin mendirikan kilang memproses rare earth? Jawapannya berkait rapat dengan Thorium. Ini bukan pasal movie Thor.

Thorium adalah sejenis bahan dikatakan akan menggantikan Uranium dalam penghasilan tenaga. Thorium lebih stabil berbanding Uranium. Menghasilkan sinar alpha(sinar radioaktif) . Mempunyai nombor atom 90, dengan 90 proton dan 90 electron(seimbang). Siapa hustler subjek Fizik dan Kimia mungkin faham la. Thorium juga dikatakan tidak praktikal untuk menghasilkan senjata nuklear. Sejak kemalangan reaktor nuklear di Jepun akibat tsunami, pakar-pakar telah mengambil inisiatif untuk menggantikan Uranium dengan Thorium dalam menghasilkan tenaga.


Thorium boleh didapati melalui pemprosesan rare earth. Rare earth jika diproses dapat menghasilkan 17 bahan kimia yang ada pelbagai guna seperti membuat besi kapal terbang serta bateri. Ia dikorek dari teras bumi. Makin togel la bumi ni.

Mitsubishi Chemical di Bukit Merah dikatakan punca penyakit seperti leukimia di kawasan berdekatan. Kedudukan kilang Mitsubishi Chemical sangat la terperuk dalam hutan dikelilingi dengan bukit berbatu, pokok hutan yang tinggi serta pokok durian. Jauh dari penglihatan orang awam. Dalam masa lima tahun ada lapan kes leukimia setelah sekian lama tiada kes seumpama itu di kawasan berpopulasi 11000 orang. Ramai kenal Bukit Merah Laketown Resort tetapi tidak tahu menahu kewujudan Mitsubishi Chemical. Mitsubishi telah menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah dengan mendermakan $164000 kepada sekolah di kawasan itu dan menafikan penyebab kes leukimia.


Syarikat pemproses rare earth sekarang sedang membina stok untuk Thorium memandangkan ia akan menjadi pengganti kepada Uranium. Sebab itu kerajan beriya-iya mendirikan kilang pemproses rare earth dan mengetepikan bahaya yang diundang akibat radioaktif tersebut. Kerajaan juga sedang mengkaji untuk mendirikan reaktor nuklear di Malaysia. Dengan adanya kilang pemproses rare earth, bahan mentah untuk penghasilan tenaga iaitu Thorium didapati sendiri dalam Malaysia seterusnya mengurangkan kos dalam penghasilan tenaga.

p/s: everyday is earth day.

Saturday, April 23, 2011

Saman Ekor Di Hapus



sumber : themalaysianinsider

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Baru nak hapus lepas aku dah bayar? Refund la PDRM.

Wednesday, April 20, 2011

Soal Jawab



Pelajar: Cikgu, apa kerja sultan dan raja zaman sekarang? diorang keje apa sampai kaya raya n banyak duit.?

Cikgu: [sila jawab sendiri ye pembaca]

Tuesday, April 19, 2011

BMI dalam report kad


Aku syak ada menteri kat Malaysia ni IQ di bawah paras beku. Penjualan nasi lemak perlu dihadkan.

p/s: pagi tadi aku jumpa polis traffik ketika aku berada dalam keadaan melakukan kesalahan lalu lintas. nice.

Monday, April 18, 2011

Kung Fu Panda 2



Aku memang dari kecil suka tengok kartun. Walaupun cerita dia biasa je tapi aku suka tengok kartun. Aku suka gaya suara Joe Black. Sesuai sangat untuk watak panda gemuk yang clumsy. Target aku tahun ini nak tengok Transformer : Dark of The Moon dalam panggung. Zaheen?..hehe..Nah trailer Kung Fu Panda 2 untuk tatapan yang tidak mampu jejak kan kaki dalam panggung macam aku ni.

Friday, April 15, 2011

Smart Encryption/Decryption System



Tengah house-keeping external hard disk aku dan terjumpa gambar untuk final year project. Kenangan silam terus menggamit aku. Tapi rugi tak dapat A. Simple je tapi susah sebab belajar JAVA dari kosong.


Tapi berpuas hati dengan hasil terakhir, dapat pingat perak dalam ITEX 2008(kot) walaupun kena hentam dengan pensyarah tidak membina dari UTeM(masa tu belum ada status U lagi). Sebelum pensyarah tu datang ada je yang hentam aku tapi mostly membina. Sekali aku jengah booth pensyarah bajet-bagus-power-hebat tu, booth dia pasal 'key' untuk encryption/decryption.

Aku harap pensyarah tu dah jadi DEKAN sekarang. Entah mana program ni aku simpan, ingat nak publish dalam blog kalau jumpa.

Thursday, April 14, 2011

Adakah Allahyarham Saiful Syazani Saiful Sopfidee Benar-benar Di Dera Ustaz Sampai Mati?


Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut.Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku.

Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.


“Adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi).Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.
Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.


“Dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri. Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah.Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.


GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

kredit: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

p/s: semua perkara di politik kan. rakyat bukan bangang.

Wednesday, April 13, 2011

Opera Cina


Pernah tengok opera cina? Aku jadi 1/2 opera cina masa kahwin dulu. Malu?!..Aku perasan masa tengok gambar dalam kamera. Make-up artis ni ada nama la sebab selalu make-up orang fotografi.


Aku memang anti dengan make-up artis ni tapi why wasting time hating someone..Aku jadi anti kalau teringat la..haha.. Aku rasa tidak setimpal dengan bayaran yang di minta. Dan apa yang mampu keluar dari mulut make-up artis ni..SORRY...I thought..bla...bla...bla..some lame retorik explanation regarding make-up which i truly doesnt understand.

Aku dah lama nak cerita benda ni tapi asik tertangguh..hehe.. Semua orang nak lihat segak bergaya masa kahwin, betul tak?!..Pulak yang tengok aku lepas make-up tak beri komen yang jujur.huuuhhhh.. Terkilan pun ada sebab tak kelihatan superb masa kahwin tapi keep looking forward, never looked back.

p/s: jangan tanya nak tengok gambar tu? makan kaki cagu bangla packing tempat aku karang!!..

Tuesday, April 12, 2011

Pilihanraya Sarawak 2011



Hari mengundi Pilihanraya Sarawak 2011 genap anak aku 6 bulan. Semoga Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak. Taib Mahmud dah 30 tahun mentadbir Sarawak tapi apa yang kaum peribumi Sarawak dapat? Jangankan air bersih, jalan pun macam tanah merah lagi. Abang aku kerja audit, kroni Taib Mahmub marah Audit Negara sebab salah audit hutan Sarawak. Mempertahankan hutan Sarawak adalah terbaik.


Kepala hangguk dieorang. Tengok GoogleMaps je cukup untuk menyaksikan kegondolan hutan Sarawak. Najib dan Muhyiddin pun turun berkempen. Sarawak yang selama ini menjadi 'fix deposit' BN berada dalam keadaan bahaya. Tengok keratan akhbar di atas bertarikh 7 November 1995. Memang dasar lidah bercabang orang tua tidak sedar diri ni. Taste yang minah arab je.

Monday, April 11, 2011

Acalypha Indica aka pokok kucing



Aku nak kongsi sedikit pasal peminat, pembela serta pemilik kucing. Mungkin sudah ramai tahu pasal pokok ini. Kucing sangat la suka pokok ini. Kalau tidak iya-iya sekali imbas macam adik-beradik semak-samuk. Aku ada tanam tiga pokok ni belakang rumah. Pokok ini aku import dari Segamat sebab pokok ni bersepah tumbuh kat sana. Ilmu pokok ini diturunkan Tok Mak(nenek bini aku) kepada bini aku dan kemudian bini aku turunkan ilmu pokok ni kepada aku.

Mula-mula susah nak bezakan tapi once aku dah dapat tahu keunikan pada pokok ini as easy as ABC aku dapat cari pokok ni. Sejak mula bekerja, aku cuba dapatkan sesuatu yang dapat kurangkan pressure kerja seperti bela kucing. Sekarang aku nak bercucuk tanam pulak. Sekarang aku ada pokok kucing, pokok pandan dan serai. Eh lagi satu rumput karpet aku..haha.. Serai mak aku yang tanam.

Aku nak terangkan serba sedikit pasal pokok kucing ni. Kucing suka jilat-jilat akar pokok kucing ni. Buah serta daun juga mampu mengembalikan serta menambah tenaga kucing lebih-lebih lagi bagi kucing betina yang dalam pantang.

Friday, April 8, 2011

Cuti Sekolah Yang Mampat



Pasir Gudang - Mersing - Kuantan. 334 KM.


View Shikeen Kahwin in a larger map

Memang berlambak la gambar akan di snap sepanjang perjalanan nanti. Itu pun kalau co-driver tidak membuta.haha..Sepupu bini aku, Shikeen kahwin.


View Abangku yang sulong in a larger map

Kemungkinan akan ke KL bawa bonda ke Kampung Sungai Penchala jumpa abang aku yang sulong. Jumpa member seperjuangan ketika di UM.

p/s: jauh perjalanan..luas pemandangan. semoga Kuda Putih aku sihat walhafiat sokmo.

Wednesday, April 6, 2011

Gambaran Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, April 4, 2011

Drama Melayu


Memang betul apa yang berlaku dalam TV tu berlaku dalam masyarakat Meleis seperti yang dilakonkan Meleis. Adakah mungkin Meleis terpengaruh dengan drama sebegini?

Aku harap TV di Malaysia menghentikan drama-drama yang negatif, tiada mesej serta tiada nilai-nilai murni. Aku ingat nak sambung balik newsletter SPIKE aku yang officially launch masa aku tingkatan dua. Master copy ada pada aku..rasanya.

p/s: Travelmate 3210 aku tidak mampu tampung 2GB RAM, aku ada RAM laptop 1GB dan 256MB PC4200S untuk di let go.sekian.

Saturday, April 2, 2011

Menaik-Taraf Laptop Travelmate 3210



Melayang RM200 aku. Kita tengok pergi dia macam mana lepas upgrade. Pergi mana? Ntah..

Friday, April 1, 2011

Senior vs Junior


Ingat lagi masa zaman asrama, asal senior lalu sebelah kena beri salam "Assalamualaikum abang". Kalau tak beri salam meeting malam minggu siap la kena starlight. Define starlight...meletak tapak tangan pada muka mangsa, tarik jari tengah dan lepas. Mangsa akan nampak cahaya bintang atau starlight selepas itu. Faham?!..

Tempat kerja aku tiada masalah ini tapi tempat kerja bini aku ada masalah ini. Sungguh kuno pemikiran mak-mak orang tidak sedar diri ini. Sebab apa aku cakap mak orang bukan bapak orang? Sebab ini melibatkan perempuan sahaja. Pressure 90% datang dari pihak pentadbir dan 10% dari pelajar. Hanya kepuasan mengajar dapat mengurangkan pressure ni.


Dari awal lagi aku memang anti dengan pihak pentadbir yang berpemikiran sempit walaupun umur dah nak pencen. Aku selalu berangan dapat sembur pihak pentadbir tersebut. Ntah sampai bila azab pentadbiran pemikiran sempit ini akan berakhir.

p/s: kalau nak rasa pelempang, sambut la April Fool.