dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Monday, April 25, 2011
Tahukah Anda - Thorium dan Rare Earth
Mari bercakap mengenai sains. Seperti yang anda sedia maklum, penduduk sekitar Kuantan pasti tidak senang duduk dengan penubuhan kilang pemproses rare earth ni. Kenapa Malaysia berbesar hati ingin mendirikan kilang memproses rare earth? Jawapannya berkait rapat dengan Thorium. Ini bukan pasal movie Thor.
Thorium adalah sejenis bahan dikatakan akan menggantikan Uranium dalam penghasilan tenaga. Thorium lebih stabil berbanding Uranium. Menghasilkan sinar alpha(sinar radioaktif) . Mempunyai nombor atom 90, dengan 90 proton dan 90 electron(seimbang). Siapa hustler subjek Fizik dan Kimia mungkin faham la. Thorium juga dikatakan tidak praktikal untuk menghasilkan senjata nuklear. Sejak kemalangan reaktor nuklear di Jepun akibat tsunami, pakar-pakar telah mengambil inisiatif untuk menggantikan Uranium dengan Thorium dalam menghasilkan tenaga.
Thorium boleh didapati melalui pemprosesan rare earth. Rare earth jika diproses dapat menghasilkan 17 bahan kimia yang ada pelbagai guna seperti membuat besi kapal terbang serta bateri. Ia dikorek dari teras bumi. Makin togel la bumi ni.
Mitsubishi Chemical di Bukit Merah dikatakan punca penyakit seperti leukimia di kawasan berdekatan. Kedudukan kilang Mitsubishi Chemical sangat la terperuk dalam hutan dikelilingi dengan bukit berbatu, pokok hutan yang tinggi serta pokok durian. Jauh dari penglihatan orang awam. Dalam masa lima tahun ada lapan kes leukimia setelah sekian lama tiada kes seumpama itu di kawasan berpopulasi 11000 orang. Ramai kenal Bukit Merah Laketown Resort tetapi tidak tahu menahu kewujudan Mitsubishi Chemical. Mitsubishi telah menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah dengan mendermakan $164000 kepada sekolah di kawasan itu dan menafikan penyebab kes leukimia.
Syarikat pemproses rare earth sekarang sedang membina stok untuk Thorium memandangkan ia akan menjadi pengganti kepada Uranium. Sebab itu kerajan beriya-iya mendirikan kilang pemproses rare earth dan mengetepikan bahaya yang diundang akibat radioaktif tersebut. Kerajaan juga sedang mengkaji untuk mendirikan reaktor nuklear di Malaysia. Dengan adanya kilang pemproses rare earth, bahan mentah untuk penghasilan tenaga iaitu Thorium didapati sendiri dalam Malaysia seterusnya mengurangkan kos dalam penghasilan tenaga.
p/s: everyday is earth day.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment