Monday, April 11, 2011

Acalypha Indica aka pokok kucing



Aku nak kongsi sedikit pasal peminat, pembela serta pemilik kucing. Mungkin sudah ramai tahu pasal pokok ini. Kucing sangat la suka pokok ini. Kalau tidak iya-iya sekali imbas macam adik-beradik semak-samuk. Aku ada tanam tiga pokok ni belakang rumah. Pokok ini aku import dari Segamat sebab pokok ni bersepah tumbuh kat sana. Ilmu pokok ini diturunkan Tok Mak(nenek bini aku) kepada bini aku dan kemudian bini aku turunkan ilmu pokok ni kepada aku.

Mula-mula susah nak bezakan tapi once aku dah dapat tahu keunikan pada pokok ini as easy as ABC aku dapat cari pokok ni. Sejak mula bekerja, aku cuba dapatkan sesuatu yang dapat kurangkan pressure kerja seperti bela kucing. Sekarang aku nak bercucuk tanam pulak. Sekarang aku ada pokok kucing, pokok pandan dan serai. Eh lagi satu rumput karpet aku..haha.. Serai mak aku yang tanam.

Aku nak terangkan serba sedikit pasal pokok kucing ni. Kucing suka jilat-jilat akar pokok kucing ni. Buah serta daun juga mampu mengembalikan serta menambah tenaga kucing lebih-lebih lagi bagi kucing betina yang dalam pantang.

2 comments:

Northernsabre said...

bang mcm mane nak dapat pokok ni...pening cari da..takot2 bagi kiok kucing saye

encik azuwan said...

tak sure la sbb ni pokok liar.tapi aku usha area pasir gudang mmg takde.aku ambil dr segamat(rumah mertua aku) tanam dlm pasu rumah aku kt pasir gudang.tgh dlm proses utk biakkan pokok ni.