Wednesday, October 20, 2010

Teman Isteri Bersalin..ada beran?

Memang pengalaman yang....priceless. Bukan semua orang senang nak bersalin. Aku pun geram tengok orang yang buang anak tu rileks buang anak sepah-sepah. Tau 'sedap' je. Hasil 'kesedapan' tu dibuang macam sampah. Lain orang lain fesyen bersalin dia.kihkihkih..Isteri aku perlu 9 jam 17 minit untuk selesai bersalin. Lama?!..Owh ada lagi lama dari aku ok.<- ayat tak nak kalah..

Aku nak cerita kronologi aku teman isteri aku bersalin di HSI. Aku ringkaskan sebab aku tau lepas isteri aku lepas pantang mesti update pasal perkara ini. Doktor kat wad bersalin HSI tu salah seorang adalah kawan satu dorm aku di SMKA. Aku katil bawah dia katil atas, nama doktor tu Nadz. Kebetulan dia minggu itu ditugaskan di wad bersalin. Sila jangan get the wrong idea ok..Terus aku kenen-kenen minta doktor perempuan sambut bayi aku dan aku berjaya..hee.

8.00 malam, admit ke wad bersalin..yup terus ke wad bersalin ok. Bukaan 3cm. Masa aku beberapa minit teman bini aku dalam bilik bersalin tu.....Terus dengar orang bersalin menjerit..OK seriau sekarang!!!...Tapi aku rileks(padahal jantung dah nak gugur, nak teman isteri punya pasal). Nurse inject ubat tahan sakit yang tidak berapa boleh tahan sakit pada isteri aku. Lepas tu nurse masukkan ubat apa kejadah ntah untuk membantu membuka laluan melalui tangan kanan.

Beberapa jam selepas itu, sakit contraction sudah mula memberi kesan terhadap isteri aku dan ini berlarutan selama beberapa jam sebelum bersalin. Tapi masa anak aku keluar je dia tidak terus menangis sebab tertelan banyak air ketuban. Lepas nurse keluarkan air ketuban melalui tiub baru dia menangis. Pertama kali aku menangis kegembiraan...Cis ego jantan ku tercalar..haha..Pukul 5 laluan sudah terbuka sepenuhnya dan tepat 5.17 pagi, aku secara rasmi adalah seorang ABAH.

Tapi masa anak aku keluar dari rahim tu, nurse terus letak atas perut isteri aku. Aku memang terkejut. Nasib tak terlompat atas katil. Kebanyakkan tenaga isteri aku hilang semasa menahan sakit contraction tu. Tapi alhamdulillah semua selamat. Apa lagi nak cerita ek?!...

Nama anak aku Nurul Zaheen = cahaya intelligent. Nak juga speaking London. Berat masa keluar 3.81kg dan sepatutnya isteri aku kena operate tetapi berjaya bersalin normal.

p/s: melepas tarikh 10/10/2010.haha..lepas ini target 11/11/2011.haha..

16 comments:

shauqi said...

9 jam? lamenye! penat la ain. papepun syukur Alhamdulillah.. semua dah selamat.. Tahniah lg skali abah soul!

encik azuwan said...

jenuh siot.aku pun tak tau cmne aku boleh tahan 9 jam dalam wad bersalin tu dgn ditemani jeritan orang bersalin.

MAMA AIZARA said...

salam..
my husband tak berani, my mother in law yang temankan saat bersalin..

Ieja said...

terharu pulak rasa..tabik spring la kat kau coz brani tunggu ain

aii baby belom sebulan dah ada tarikh baru..dan dan la..haha :P

encik azuwan said...

mama aizara: salam.aku maen redah je.kalo d pikir balik cm tak caye ade kekuatan tu.

ieja: time2 muda la nak jd 'kilang'..kih3.

the bert said...

congrats bro..

encik azuwan said...

tq bert.

Mummy_nad said...

bagusla lu soul... bleyla setaun sekali.. hahaha
aku sakit 12 jam..teran 5 kali baru kuar..ain brapa kali??? kim slm ar kat dia..tahniah jaga anak jagan diri... ade rezeki leh dtg ziarah...kat mane???

siti shauqi said...

11/11 tarikh lahir ct tuh.. bagus2 teman isteri masa bersalin. memang amat2 diperlukan pon supaya ada semangat nak teran. bukan senang.. anak tekak rasa mcm nak tercabut.heheh.. ain kira ok lagi coz dpt ubt tahan sakit. ct langsung hospital x bagi. so, kene la tahan sakit selama 5 jam sampai mengigil kaki. amat trauma masa tuh.. ain kuar tanda apa masa gi hospital?

Umi said...

tahniah, jadi suami yg sabar meneman isteri dlm labour room... dan2 la ko, leh lak minta doktor pompuan.. jeles aku... eh, Nurul Zaheen? awat sama nama ngan anak aku no 2? tp beza, anak aku Ahmad Zahin.. huhu... kim salam Ain... tahniah sekali lagi..

laila sanuri said...

bagus2...mmg leh mintak dr pempuan la..time aku tu..siap tukar last minit..abis,org dok nk teran..dr laki masuk..terus aku jerit tanak...hahahaah..pastu nurse suruh dr laki tu kuar..ganti ng dr pempuan..alhamdulillah..

fadhlina said...

memang priceless... :)

Syima Emi said...

tahniah.. pengalaman yg berharga kan..kan.. semoga nurul zaheen akan menjadi anak yg solehah.. amin :)

Melissa Mazlan said...

Seriauuuuu nye dengar:( ain tu bg aku kuat! Aku x tau la. Harap2 aku diberi kekuatan macam ain:) ameen!

wawa pucca said...

pergh kau tgk ain bersalin ke?
dasat dasat!!!!!

mmg itu yg perlu utk isteri. hehe

suka nama tu simple and unique!

apple dilla said...

soul menangis!
itu sweet :)

sedap sgt nama zaheen :)