Sunday, October 10, 2010

La Bohème


Jusco Permas
La Bohème

Selesai membeli tiga macam pastry , aku terus pergi bayar di kaunter. Kelihatan seorang cikaro agak cun sedang menjaga kaunter. Selesai membungkus pastry yang aku pilih tiba-tiba....


Cikaro La Bohème: Mintak maaf..sakit perut..
Aku: ??????(senyum)
Mak super buyung: (adakah ini taktik untuk usha laki aku?)

Cikaro La Bohème: Kau tolong kirakan(bercakap kepada kawan beliau sambil terkipas-kipas diri beliau dan berlalu dari situ)
Cikaro La Bohème 2: (terpinga-pinga tidak mengerti nak scan yang mana) Wei ini nak scan yang mana, aku tak tahu la. Mari la sini ajar aku.(Cikaro La Bohème datang tersipu-sipu menunjuk ajar Cikaro La Bohème 2)

Aku: (masih terpinga-pinga)
Cikaro La Bohème 2: RM6.10

Aku: Terima kasih (sambil berlalu meninggalkan La Bohème)
Mak super buyung: Kenapa tidak ambil plastik?(terus ke kaunter mintak plastik)

Aku tengok dari jauh. Rupa-rupanya hari ini adalah hari TANPA plastik. Semua orang yang beli barang kat Jusco hanya dilekatkan sticker sold pada barang. Dah macam pencuri pun ada bak kata mak super buyung sebab kita pegang barang tu tanpa plastik.

Kembali kepada misteri Cikaro La Bohème yang tiba-tiba cakap "Maaf, sakit perut" terus menghantui aku ketika menikmati pastry dari La Bohème. Adakah Cikaro La Bohème terkentut lalu mengeluarkan bunyi 90dB? Sebab itu beliau minta maaf. Adakah Cikaro La Bohème terkentut lalu mengeluarkan bauan kurang enak yang secara tidak langsung mematikan nafsu makan pastry aku? Yang pasti aku tidak dengar bunyian 90dB atau terhidu bauan kurang enak.

Mungkin Cikaro La Bohème ingat aku dengar bunyi yang keluar dari anus atau terhidu bauan yang keluar dari anus beliau. Jangan biarkan anda diselubungi misteri.

2 comments:

Syima Emi said...

aku rasa dia mintak maaf sebab nak mintak izin nga ko nak toilet kott..hahaha.. xpon, mmg sah dia kentutttt..

encik azuwan said...

kalo die nak g toilet..straight je terus g.ini siap kipas2 diri sendiri bagai.maybe dgn mengipas diri beliau,dpt melambatkan proses perkumuhan beliau.hehe.