Tuesday, October 26, 2010

lebih dari perkataan

owh..ayat di atas dalam bahasa omputeh "More than words". memang gagal Google Translate ni.haha.

Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.
Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.
Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Ini semua dugaan Nya

Kebanyakkan lagu kumpulan Hujan membawa aku memori kerja dan tinggal di Nilai. sebak la pulak rasa.(sejak dapat anak aku macam gembeng la pulak..haha..). Aku ada certain lagu yang akan membawa aku ke zaman silam. Lagu Wali Band - Cari Jodoh selalu aku pasang volume penuh lepas balik kerja masa kat Nilai.

Lagu ini juga secara rasmi menjadi lagu tema rumah sewa aku dan rakan serumah aku. Owh..memori di Nilai aku meliputi kucing, KLIA, nasi ayam bakar, cewek-cewek Indonesia. Kalau aku ada rezeki aku macam nak beli rumah kat Bandar Baru Nilai tu. Tapi semasa awal-awal aku pindah Nilai....Aku ingat lagi masa tu hari pertama aku kerja kat Nilai..petang pulak dapat panggilan dari abang aku abah aku masuk hospital sejak pagi...dan maghrib tu dapat lagi panggilan abah aku sudah pergi tidak akan kembali........

Astaghfirullah....baru aku teringat tarikh abah aku kembali ke rahmatullah(12 Zulkaedah 1429) hampir dengan tarikh lahir Nurul Zaheen(8 Zulkaedah 1431).............................................................Al-Fatihah kepada Allahyarham Raspani bin Dar..sudah dua tahun...

2 comments:

Madi @ Aed said...

alfatihah

apple dilla said...

alFatihah

yeay! bday zaheen dkat2 dgn arwah atok :)