Tuesday, May 3, 2011

Rumah Terperuk



Aku sekarang tengah usha rumah lelong. Murah, besar dan yang paling penting corner lot. Tapi kawasan rumah ini adalah sangat rural. Rata-rata rumah baru di Pasir Gudang ni kalau tak mahal mesti crowded..eh sangat crowded. Aku kalau boleh nak kawasan rumah just nice la kalau petang-petang lepak minum teh dalam halaman rumah dengan bini sambil menikmati kicauan burung serta suara kanak-kanak..ehh..cucu. haha..

Kawasan rumah lelong tu berdekatan dengan rumah sewa aku cuma belakang sikit. Desperate housewife sangat untuk mendapatkan rumah sebab...Adalah membazir untuk menyewa lebih-lebih lagi aku ada kemampuan untuk beli rumah lelong tu. Kemampuan aku adalah rumah bawah RM150k. Aku tak nak asik 'bertapa' bila sudah ada rumah. Kita perlu pamper diri kita juga. Takkan kerja keras-keras hanya untuk bayar rumah?!..Tak sanggup aku.

Aku sudah terlepas rumah Scientex Impiana lelong harga RM210k(reserved price) di mana harga market adalah RM270k. Bukan rezeki aku barangkali. Bini aku dah mula berangan nak hias dapur..kabinet la..oven la..Berangan free so apa ada hal. haha.. Walaupun rural tapi ada pondok polis dalam taman tu. Simpanan memang cukup untuk bayar 10% dari jumlah harga reserved rumah lelong tu cuma takut ada orang up bid tu.haha..melopong la aku. Rumah angan ku musnah.

Semoga ada petunjuk lepas ni.

3 comments:

fajridil adha said...

member aku ada company bab2 lelong umah ni. kalau ko nak, aku leh tlg kenalkan kat ko.apa2hal, call aku 0127241824

Umi said...

wah.... selamat membeli rumah idaman.. klu rumah idaman aku, lot tanah kosong, wat rumah sendiri, xde jiran kongsi dinding ngan kita... :)

ketawariang said...

rumah kat scientex? mmg best dan cantik dan murah...
cuba la lagi nnt...

btw saya pn duduk scientex dah setahun lebih dah... wlpn br pindah ke rumah baru,scientex ttap jd pilihan.. :)

nak inform yang order untuk BW dah dibuka... boleh la order ya... :D

http://blackwoodstore.blogspot.com/2011/05/may-order-is-now-open.html