Wednesday, March 30, 2011

Acer TravelMate 3210



Laptop ini yang telah dibelikan oleh pak mertua aku untuk bini aku masa belajar. Tahun kedua tidak silap aku. Masih bertahan sampai sekarang. Aku nak upgrade RAM serta hard disk laptop ini. RAM maximum adalah 2GB dan hard disk 80GB sahaja. Tapi memang bertahan lama laptop ACER jenis ni. Made to last.

Banyak kali juga jatuh laptop ni. Memang aku repair sehabis baik laptop ni. OS kasi bersih dari anasir-anasir makhluk perosak. CDROM je la rosak.

Tuesday, March 29, 2011

Resepi Coca-Cola Terbongkar?





Resepi Coca-Cola ni bini aku tidak cuba lagi sebab...OK baca dulu sampai bawah. Ada yang mengaku telah menjumpai resepi Coca-Cola. Dalam resepi itu, Coca-Cola ada mencampurkan alkohol dalam Coca-Cola.Wootttttt..Rancangan This American Life mendakwa mereka telah menjumpai resepi ini di dalam buku nota kepunyaan kawan kepada John Pemberton(tuan punya resepi coke untuk Coca-Cola).


Resepi ini mungkin dijumpai sebelum atau selepas Coca-Cola berada di pasaran sekitar tahun 1886. Ini bukan resepi Coca-Cola yang berada di pasaran sekarang tetapi mungkin bahan-bahan asas untuk Coca-Cola. Sebenarnya ada cara lain untun tahu bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu makanan atau minuman. Guna chromatograph gas pun boleh walaupun tidak 100% tepat tetapi close enough that you're in the ballpark.

Pernah dengar Coca-Cola ni boleh diguna untuk cuci mangkuk tandas sebab ia mempunyai sifat menghakis. Pernah jugak aku cuba simbah Coca-Cola 1.5 liter dalam mangkuk tandas rumah sewa dan biar selama beberapa minit. Lepas tu flush, sama je tak bersih juga. Ke hasil kumuhan budak rumah sewa aku masa tu sangat kental?haha..bangang.

Resepi dalam bahasa penjajah:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color


The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops


p/s: sudah lama tidak merasa sakit cabut gigi sejak darjah satu.

Monday, March 28, 2011

Edisi Siasat : Cool Blog



Semalam pergi KIPMART dan lepak sebelah kedai Cool Blog. Sebenarnya dah lama aku cari 'pearl' yang dimasukkan dalam air Cool Blog ni. Aku cuba guna sagu tapi tidak sekenyal Cool Blog punya. Masa tengah lepak tu nampak bungkusan 'pearl' yang belum dimasak. Baru aku tahu rupa 'pearl' sebelum dimasak.

Balik dari KIPMART terus Google dan menemui sesuatu yang baru. Kalau di Malaysia popular dengan teh tarik, di Taiwan popular dengan bubble tea atau teh buih yang mengandungi 'pearl'. 'Pearl' bukan diperbuat dari sagu tetapi dari tepung ubi kayu disalut dengan tepung melur. Patut la wangi semacam. Resepi membuat bubble tea ni ada bermacam cara bergantung kepada kreativiti.

'Pearl' diimport dari Taiwan memandangkan di Malaysia tiada pembekal dan ia dijamin halal(tertera perkataan halal pada plastik 'pearl'). Aku sudah emel JAKIM untuk memastikan ia betul-betul halal. Nanti sambung pasal Cool Blog lagi.

Friday, March 25, 2011

Jumpa Doktor Gigi


Semalam jumpa doktor gigi di Klinik Pergigian Nur Salam. Sebab gigi bongsu semakin mengganas. Doktor perempuan tu, lulusan UM macam aku pulak tu. OK tiada kena mengena. Sebab gigi bongsu aku tiada ruang untuk tumbuh, ia menolak gigi yang sudah tumbuh lalu mengakibatkan gigi senior tu rosak. Doktor nasihatkan aku cabut gigi yang rosak. Gigi bongsu aku dah rosak sikit tapi boleh di selamatkan lagi.


Dah lama perasaan takut cabut gigi ni tak muncul. Petang ni cabut gigi. Semoga dipermudahkan proses cabutan gigi ini. Malam tadi emak aku Puan Tomirah Bte Aripin telah memulakan perjalanan untuk menunaikan umrah. Hari ini baru naik flight di KLIA. Hujung minggu ada dua kerja kahwin. Tidak tahu nak pergi yang mana satu. Kerja kucing pun ada kat Kulai. Tapi hari Ahad kucing macam Maine Coon, Persian, Birman serta bermacam lagi baru bertarung kecantikan. Hari Sabtu kucing-kucing house-hold iaitu kucing biasa. Kalau Tehcik masuk mesti menang sebab buat muka seposen dia tu.

Pening nak rancang hujung minggu. Tapi siapa nak tukang urut perempuan terbaik dari ladang call aku. Aku Boleh rekemen seorang tukang urut perempuan yang bini aku pun thumbs-up servis dia. Tapi dia kalau urut sehari dua orang sahaja. Dia urut lama dan memang sedap bak kata bini aku.

Thursday, March 24, 2011

IOI Mall - CFA 4th International Cat Show 2011




Macam nak pergi macam tak nak pergi. Haha...Harga seekor kucing Birman adalah RM1500 termasuk dengan berdaftar dengan Cat Fanciers' Association (CFA), dikembirikan dan sangkar sekali. Sekian

p/s: punah harapan aku untuk mendapatkan seekor Birman......

Wednesday, March 23, 2011

Give Away


Aku bukan nak buat Give Away tapi nak cerita aku dapat Give Away tapi tidak perasan sehingga la si LailaSanuri SMS aku.haha..Aku ingat entry dia pasal Give Away tu pasal dia masuk Give Away jadi aku abaikan entry tu.hee.


Tapi yang Give Away ini menguntungkan bini aku serta anak muridnya. Dalam sampul tu pelekat dinding. Sebab aku ni menyewa, so aku tidak boleh gatal nak tepek pelekat dinding sesuka hati aku. Kelas bini aku menjadi tempat untuk menepek pelekat itu. Hasil dia..marvelous.



Kalau berminat boleh beli di Kedai Kami. Murah-murah belaka.

CONTEST KUCING PALING COMEL


Terjumpa contest ni ketika Google pasal Birman(kalau ada sesiapa bermurah hati nak kasi aku Birman seekor?!) which is baka kucing idaman aku. Kucing yang aku ini bernama Tehcik. Ada sorang member sekolah aku, Aisyah Amir cakap nama ini classical.haha..Berasal dari nama Puteh dan Kecik. Sebenarnya ada seekor lagi kucing baka Maine Coon bernama Puteh (jantan) yang sangat bini aku manjakan sampaikan kalau sakit makan kena suap.


Sebab nama Puteh unavailable, ahli jawatan kuasa kucing Basiran memutuskan memberi nama Tehcik. Hasil gabungan Puteh dan Kecik. Tehcik ini kacukan Suri (Maine Coon betina..sekarang sudah mandul) dan Teleng (kucing kampung tidak sedar diri..haha..). Teleng ni bapa tidak bertanggungjawab.. seriously!!!..Tahu sedap je..Yang tolong jaga anak Suri adalah Puteh (telah mandul). Puteh punya stress handle anak Suri sampai mata hitam jadi sebelah kecil dan sebelah besar. Ini adalah kisah benar belaka. Hasil ketidak-tanggungjawaban Teleng, jumlah ada SEMBILAN. ppfffttttt..

Panjang sangat dah ni aku kasi intro. Aku letak gambar Tehcik yang.....


Amacam?!..Boleh menang tak? RM50 tu kalau menang, boleh beli BlackWood dan Royal Canin 33 repack. Tengok ekor Tehcik ni macam pemegang payung aku tengok. Pantulan lampu pulak macam ekor Tehcik tengah pegang light-saber Jedi..haha..

Aku nak tag:

1- Isteri aku
2- Ekin
3- Aboo

p/s: ini kucing bini aku..haha..kalau bini aku nak masuk kena letak kucing lain..CT atau Puteh=p ::evil mode::

Tuesday, March 22, 2011

Super GT 2011 Malaysia


Pernah pergi Sepang International Circuit (SIC)? Aku pernah....lalu sebelah litar SIC. OK la dapat lalu, nak masuk...Ada duit tapi baik aku spend ke lain duit tu.


Aku bukan kaki motor tegar. Sedang-sedang elok je. Tapi kalau kereta laju mesti berkadang langsung dengan gadis-gadis litar. Memang cuci mata kalau pergi event permotoran ni. Aku pun tidak berapa faham fungsi gadis litar yang pegang payung ni. Mesti pegang payung baru la auwww..seksi..


Ini baru gambar panas badan. haha..Nak lagi, pergi beli tiket untuk menyaksikan gadis litar Jepun...eh silap..Perlumbaan Super GT Series di SIC. Berlangsung dari 17 hingga 19 Jun 2011.

Monday, March 21, 2011

Anjing Setia - Tsunami Jepun


Walaupun aku tidak suka anjing liar tapi tidak bermakna aku tidak suka anjing..eh..haha..Aku sekarang dalam misi menangkap kucing hitam gampang yang makan makanan kucing aku serta selalu serang kucing aku. Siapa yang dapat tangkap kucing hitam tu akan aku beri ganjaran.

Berbalik kepada cerita anjing. Ada dua ekor anjing terselamat dari tsunami yang menghentam Jepun. Seekor cedera dan seekor lagi setia menenemani anjing yang cedera itu. Anjing yang menemani anjing yang cedera mungkin mempunyai tuan berdasarkan kolar pada lehernya.

Gostan


Nak tahu kenapa kita tidak boleh berpatah balik ke masa lalu? Setiap tindakan kita ibarat paku yang terbenam dalam kayu dan dicabut balik. Walaupun paku sudah dicabut tetapi kesan paku masih ada.


Kadang-kadang kita selalu bercakap kepada diri sendiri, kalau la aku tidak buat mende ni mesti tak jadi macam ni. Sebab itu setiap tindakan yang kita buat mesti difikirkan baik atau buruk serta kesannya di masa hadapan.

Aku? hehe..kerat jari la kalau semua tindakan aku semua goes as planned. Kiita hanya mampu merancang, DIA yang menentukannya. Kalau lah...

Friday, March 18, 2011

Liverpool Kalah


Hampagas. Memang spoil mood hujung minggu aku.

Patut la kalah..Tengok Carroll cuba menjuburi Kuyt.

Wednesday, March 16, 2011

...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah-dah..Kerja..

Tuesday, March 15, 2011

Gambar Selepas Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun



Ada kemungkinan berlaku gempa bumi sekali lagi berukuran 8!!..Semoga rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan ini. Lebih kurang 2000 mayat terdampar di tepi pantai di timur laut Jepun. Anggaran kematian melebihi 10000 orang. Subhanallah..

Terasing sebab terkena radiasi.
Gambar selepas bom atom jatuh di Hiroshima 1945.


Bayi 4 bulan(sebaya dengan Zaheen) ini terselamat setelah tiga hari terperangkap dalam runtuhan.

Bangang



Hanya nak cakap...

Jari tengah untuk pembantu makmal dan pentadbiran sekolah kesayangan isteri aku.

Monday, March 14, 2011

Kartunis Berita Harian Mempermain Musibah Menimpa Jepun



Kalau dah nama Berita Harian, memang aku banned. Dulu masa kecil-kecil aku selalu tunggu arwah abah aku balik dari ngeteh pagi untuk suratkhabar Berita Harian. Kartunis ni bernama Bengkung Pelangi. Mentaliti di paras 'gagal'. Editor Berita Harian memang ba nga alif nga.


Nak humor pun agak-agak la. Tidak pernah rasa ditimpa bencana alam, aku yang kena tempias bencana alam ni pun rasa how devastated it is.

Friday, March 11, 2011

Lirik That Okay Song



Verse 1
Going downtown going underground
"What’s the best place to get good DVD9′s lah macha?"
Well I kinda know a guy in Chinatown
"Petaling Street? Aisey-man situ selalu kena raid lah beb."
But my taukay always brings all the prices down
"Okay-lah, but that one if kena saman cannot get diskaun wan."
It’s all settled coz the guy is from my hometown
"Wah. Eh can help settle mine ah? Dah bertimbun-lah bro."

Verse 2
Stuck in a car on a highway
"Look at this fella here. Bawa kereta macam jalan bapak dia. Hoi."
Everyone’s driving like it’s Sunday
"Yang ‘ni pulak sure lesen kopi punya, 100 percent!"
But for real it happens every damn day
"Kesian cik adik ‘ni pulak kena accident. Faster take the nombor."
Coz we blame it on the floods, the trucks, the traffic lights, and the rempits cutting in lanes left to right

Pre-Chorus 1
Myl. You should grow a misai. Then you’d be a micho.
What the hell is a micho-lah?
"Misai Macho"
Fulamak. Goes well with my kopi jantan-lah.

{Chorus}
Hey, it’s okay.
We gotta live for a better day. (Hey!)
Now we give a little a love and we’re on our way
Kita kaotim everything, parava-illay
You say, don’t play play
Kita mudah lupa but we say "nay". (Nay!)
Now we got a little love, keep it on replay
You say semua tak boleh, tapi we all okay aje!

Verse 3
"Why the all tak habis-habis reminding us to be grateful. What’s up man?"
Why does it feel like its just a game?
"The same familiar fat faces on billboards, tv, paper, blah, blah, blah"
Same faces, catchphrases and bad cliches
"Check out this lame rhyming rhetorics, man… Hit me Ezra"
Things like… bersabar, jangan cabar, bersyukur, jangan lupa, muda lupa, cemerlang gemilang terbilang.

Pre-chorus 2
How long you going to be away again? Visa dah settle dah?
Dah. My visa can tahan three months.
You going to some tropical paradise getaway kan?
Yeah some damn nice gila exotic place called Kuching and KK

Chorus

Instrumental

Chorus

p/s: aku menang give away tapi aku tidak perasan.haha..

Thursday, March 10, 2011

Ceriakan Hari Anda Dengan Video Ini


Aku selalu tengok video ni berkumandang kat MHI. Sempoi habis. Yang pakai topi tu nama dia Azmyl Yunor dan yang putih macam aku tu Ezra Zaid. Tahniah kepada mereka dan kawan-kawan mereka yang terlibat dalam video ni.


Ada jugak video pasal si Jho. Ala yang party dengan Paris Hilton tu. Memang gampang lawak especially part dieorang curah-curah Kickapoo macam kat F1 lepas menang lumba.haha.


p/s: boleh masuk Juara Lagu ni.

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku



Ini bukan pasal isu Muhyiddin nak tukar Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kembali. Ini adalah skim untuk mereka yang ingin membeli rumah baru. Ia telah dibentangkan dalam Bajet 2011.

Laman sesawang SRP ni ni macam tak stabil lagi aku tengok sebab selalu dapat ralat "Service Unavailable". hampir semua bank dalam Malaysia ini terlibat dalam skim ini. Maksimum pinjaman adalah RM220000 tidak silap aku la malam tadi aku baca. Pendapatan isi rumah tidak kurang RM3000 tidak silap aku. Sila ke http://www.srp.com.my/ untuk maklumat lanjut. Untuk sektor swasta sahaja.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat KERAjaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. <-- ini aku copy paste dari laman SRP ni.

p/s: melepaskan batuk di tangga.

Tuesday, March 8, 2011

Saman Ekor



Sejak orang berebut-rebut bayar saman, adakah anda tahu?

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b)Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50.

Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan.

Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010. JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman.

Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Tahukah anda hanya 700000 saman dibayar pada tempoh lanjutan pembayaran saman?

Monday, March 7, 2011

Anjing Liar - Bahagian II




Aku mulakan post hari ini dengan gambar di atas. Si Gigi Suarez. Mesti penyokong Man United sedapkan hati dengan alasan seperti berikut:-
- masih di tangga teratas liga
- Liverpool main kotor..tiada maruah diri.
- Vidic dan Ferdinand tiada.
- Main di tempat sendiri.
-dan bermacam lagi..

Malam tadi dalam pukul tiga ada sekumpulan anjing buat onar di kawasan perumahan aku. Ada lima enam ekor anjing. Apa yang aku risau anjing ni kejar seekor kucing hitam. Masa tu tidur terus tak lena kenangkan si Tehcik dan CT. Bukan main bising anjing tu menyalak-nyalak.

Dulu, masalah anjing liar mendapat reaksi dari media arus perdana. Nak kena tunggu kes anjing liar serang kanak-kanak baru nak bertindak kot. MPPG lebih lena tidur di menara Aqabah mereka.

Sekian.

Thursday, March 3, 2011

Soalan



Sejak kerja tempat baru, soalan wajib di tanya. Siapa nama? Ini soalan wajib sebab kena tahu nama. Dan soalan kedua yang akan di tanya adalah..Dah kahwin ke belum?!..Yang aku tak boleh belah semalam, lepas aku jawab dah kahwin terus dieorang cakap, "Baru nak rekemen anak dara kat department ni". Baik hati betul dieorang ni nak rekemen. Semua cakap, muda nya dah kahwin. Ada yang cakap bagus la kahwin muda.

Owh..Malam tadi tengok 360, budak sekolah bangga pergi clubbing. Masuk kelab mesti minum air kencing setan..blah..blah..blah...Wahai kerajaan, sila haramkan premis hiburan seperti itu. Tempoh pembayaran saman pulak dilanjutkan sampai 10 Mac ini. Tegas la sangat kerajaan ni. Ke rambang mata duit masuk macam air sejak dua tiga hari ni?! Cash injection untuk pilihan-raya.

Malam tadi juga aku didatangi tukang urut Pak Ya yang agak famous di Pasir Gudang dan area Johor Bahru. Setelah setahun lebih tak urut, malam tadi..prak..pruk..prak..pruk..Caj yang dikenakan RM30 which sangat la murah siap kasi pil...eh bukan pil kuda ok tapi pil pecah angin yang diperbuat dari herba.

p/s: perlu bersenang untuk susah, perlu bersusah untuk senang.

Tuesday, March 1, 2011

Hulk




Baru-baru ini hero dalam komik Marvel telah mendaftarkan diri dengan keluarga aku. Aku ingat nak namakan PAS sebab PAS warna hijau juga. haha..Kalau aku kasi nama PAS, balik Segamat duduk luar la si PAS ni. Jadi aku putuskan untuk menamakan ia Hulk.

Siapakah Hulk? Hulk adalah sebuah kamera Nikon Coolpix S3000. Tidak sehebat DSLR semestinya tetapi lebih hebat dari saudara-mara seangkatan dengannya. Dah setahun kahwin baru ada kamera. Penting untuk merakam tumbesaran Zaheen serta mempromosi kek dari dapur Bistari Perdana.haha.


Memang berbaloi kamera ini sebab aku dah cuba hampir semua digital kamera dalam kedai tu dan ini yang terbaik dalam kategorinya. Yang aku cuba tu mesti la dalam bajet..haha...

Hasil kerja Hulk akan di upload esok lusa.