dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, March 25, 2011
Jumpa Doktor Gigi
Semalam jumpa doktor gigi di Klinik Pergigian Nur Salam. Sebab gigi bongsu semakin mengganas. Doktor perempuan tu, lulusan UM macam aku pulak tu. OK tiada kena mengena. Sebab gigi bongsu aku tiada ruang untuk tumbuh, ia menolak gigi yang sudah tumbuh lalu mengakibatkan gigi senior tu rosak. Doktor nasihatkan aku cabut gigi yang rosak. Gigi bongsu aku dah rosak sikit tapi boleh di selamatkan lagi.
Dah lama perasaan takut cabut gigi ni tak muncul. Petang ni cabut gigi. Semoga dipermudahkan proses cabutan gigi ini. Malam tadi emak aku Puan Tomirah Bte Aripin telah memulakan perjalanan untuk menunaikan umrah. Hari ini baru naik flight di KLIA. Hujung minggu ada dua kerja kahwin. Tidak tahu nak pergi yang mana satu. Kerja kucing pun ada kat Kulai. Tapi hari Ahad kucing macam Maine Coon, Persian, Birman serta bermacam lagi baru bertarung kecantikan. Hari Sabtu kucing-kucing house-hold iaitu kucing biasa. Kalau Tehcik masuk mesti menang sebab buat muka seposen dia tu.
Pening nak rancang hujung minggu. Tapi siapa nak tukang urut perempuan terbaik dari ladang call aku. Aku Boleh rekemen seorang tukang urut perempuan yang bini aku pun thumbs-up servis dia. Tapi dia kalau urut sehari dua orang sahaja. Dia urut lama dan memang sedap bak kata bini aku.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
oh..tukang urut perempuan aku dh ada..yg best!
plz habaq..mana tahu pantang kt PG ker..tgh nk cari yg bole dtg ke uma..
yup.yg ni boleh jaga ms pantang.
PDAN MUKA...SAPE SUH RAJIN SGT GOSOK GIGI..KAT DA KENA CABUT...!!
Post a Comment