dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label MPPG. Show all posts
Showing posts with label MPPG. Show all posts
Monday, March 7, 2011
Anjing Liar - Bahagian II
Aku mulakan post hari ini dengan gambar di atas. Si Gigi Suarez. Mesti penyokong Man United sedapkan hati dengan alasan seperti berikut:-
- masih di tangga teratas liga
- Liverpool main kotor..tiada maruah diri.
- Vidic dan Ferdinand tiada.
- Main di tempat sendiri.
-dan bermacam lagi..
Malam tadi dalam pukul tiga ada sekumpulan anjing buat onar di kawasan perumahan aku. Ada lima enam ekor anjing. Apa yang aku risau anjing ni kejar seekor kucing hitam. Masa tu tidur terus tak lena kenangkan si Tehcik dan CT. Bukan main bising anjing tu menyalak-nyalak.
Dulu, masalah anjing liar mendapat reaksi dari media arus perdana. Nak kena tunggu kes anjing liar serang kanak-kanak baru nak bertindak kot. MPPG lebih lena tidur di menara Aqabah mereka.
Sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:52 AM
kategori
aduan,
Liverpool FC,
MPPG
Friday, February 25, 2011
Anjing Liar
Aku nak sentuh topik ini sebab baru tadi aku lihat after scene terlanggar anjing. Aku pula dilanggar anjing aka Johnny tapi aku bernasib baik Gelombang X aku tidak cedera. Anjing liar di kawasan perindustrian di Pasir Gudang aku tengok macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Kembali kepada kemalangan pagi tadi. Ia membabitkan sebuah motor yang dinaiki sepasang suami isteri dan seekor anjing. Pasangan suami isteri itu telah tiada di tempat kejadian atau telah di papah ke dalam kereta manakal seekor anjing kelihatan terbaring di seberang jalan. Tiada siapa yang tolong anjing itu manakala geng anjing yang cedera itu menyalak macam bulan tengah mengambang.
Apa aku nak tekan kan di sini adalah MPPG seharusnya mengambil berat perkara ini sebab ia membabitkan nyawa mereka yang bekerja di kawasan perindustrian especially yang menaiki motor. Sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:24 AM
kategori
famili,
kekemaskinian,
kekerjaan,
kemalangan,
MPPG
Subscribe to:
Posts (Atom)
