Monday, June 14, 2010

Rejab Sudah..


Sedar atau tidak lagi lebih kurang lagi dua bulan Ramadan akam menjelma. Mungkin ramai tidak sedar ketibaan Rejab lagi-lagi dengan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Mak aku cakap, "Rejab ni bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan umat Islam".


Antara kelebihan bulan Rejab:

Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan …Lailatul-Qadarnya

- Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. …( Al-Hadis)

- Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

- Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

- Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

- Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

- Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga

- Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

- - Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu

- - Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga

- - Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

- - Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

- - Rejab ertinya ta’zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan)………dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

kredit : sueabubakar.wordpress.com

4 comments:

Umi said...

bro, ada kesilapan, "Syaaban ni bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan umat Islam".

Rejab ni bulan Allah..... =)

encik azuwan said...

owh..sory..typos error..hehe..sudah betul kan.TQ.

fajridil adha said...

datang bulan untuk kaum hawa. ^_*

Umi said...

JOM SERTAI PERADUAN REKRUT BLOGGER