Monday, January 11, 2010

geng bas sekolah

sebelum aku masuk sekolah asrama, sempat aku sekolah menengah harian. kampung aku takde sekolah menengah tp yang pelik ada Maybank so aku kena pergi sekolah menengah kampung sebelah. jauh jugak dalam 20 km kot..anggaran rambang mata aku..mane yang mak bapak kasi bawa motor pergi naek moto..mane yang anak bongsu macam aku ni kena la pergi sekolah naek bas.
biase nya budak-budak lelaki kena masuk lalu pintu kecemasan sebab bahagian belakang bas akan di 'conquer' oleh lelaki. kesalahan jenayah disiplin akan berlaku di bahagian belakang bas ini. apakah kesalahan itu?!...ye menghisap rokok...aku?..owh tidak..aku tidak hisap rokok lagi pada waktu itu. kesalahan ini bergantung kepada ketegasan drebar bas..kalau drbar bas buat dono je..berkepul-kepul la asap yang akan keluar dari bahagian belakang bas tu seolah-olah ekzos bas berada dalam belakang bas.

ada tiga bas yang disediakan koperasi kampung aku & tiap-tiap satu mempunyai nama tersendiri. Bas pertama dikenali sebagai Hino. Hino ni dia punya drebar memang tegas & budak-budak bawah 18 tahun ni tidak sesekali berani untuk menghisap rokok. Hino adalah model bas ni..disebabkan masa tu ia adalah baru so tiada nama spesifik untuk bas ni.

Bas kedua adalah Kombat. spesies bas ni yang jenis kepala dia cam separa bulat. sebab bas ini diberi nama kombat adalah sebab bas masa tu ada roadblock & kebetulan bas ni roadtax mampus...so untuk mengelak ditahan polis bas ni redah jalan kebun kelapa sawit...bas ni selalu berlaku kejadian merokok sebab drebar tak tegas macam Ketua Polis Negara..opss..

bas ketiga nama dia Keramat. spesies bas ni sama seperti Kombat cuma Keramat lebih tua dari Kombat. kalo korang naek bas ni rasa macam nak kiamat..gegar sane..gegar sini..bunyi sana..bunyi sini.so kalo naek bas ni kena banyak mengucap & istifar.
tamat sudah pasal bas...nak cerita sikit pasal bapak & anak. ahad lepas aku & bini pergi usha-usha rumah untuk di sewa. sungguh banyah rumah kat pasir gudang yang terbiar+dilelong.ade rumah tu sampai pokok die dah besar bagak..ntah pokok balak..kalau aku tau pokok balak sure aku tebang jual. ada jugak side income aku...melalut sudah..

Puas cari rumah yang tidak ketemu..berhenti sebentar bini aku nak photostat ape kebende ntah tapi pasal sekolah dia la..aku park kuda puteh aku depan kedai runcit..ngam ngam sui ada kancil park depan kereta aku. drebar kancil pun keluar.. ciri-ciri drebar adalah seorang bapak siap pakai rantai..pakai short & singlet..muke toksah nak cakap la kegengsteran dia..bawa anak kecik sorang & di tinggal sorang2 dalam kereta. si bapak ni nak tukar tong gas memasak. tiba-tiba wiper kereta kancil tu bergerak..sah budak tu bawak main kereta kesayangan bapak dia. bapak dia datang balik ke kereta dia di bahagian drebar. kena tempeleng sekali anak dia.aku rasa baru dua tiga tahun budak tu..aku just perati je. lepas dah tempeleng+marah anak dia tu dia off kn wiper tu. anak dia dah tergalih kat bahagian co-drebar. si bapak menuju ke arah seat belakang di mana terletak nya tong gas yang kosong tu. sebelum si bapak ni angkat tong tu sekali lagi anak dia tu di tempeleng+marahi. adus...sadis aku tengok budak tu..besar sangat ke salah budak tu. lepas dah angkut tong gas yang baru..si bapak pun beredar..aku still perati lagi..si budak kalo duduk kat co-driver tu suka pegang dashboard sambil tengok hadapan..same goes to budak ni..sekali lagi kena dengan bapak dia.

bagi aku..tak perlu si bapak buat camtu kat anak die yang comel tu. ntah..laen orang laen hati..

8 comments:

wawa pucca said...

laen orang laen hati..

dah terjawab gak last2.
sian budak tu.
kalau anak aku,aku takkan pukul.
sepak je kadang2.haha
aku pelik kenapa org ckp aku tak suka budak2 :(
tapi sorg je kata.wtf (eh?)

eh.
kau ingat lagi cite2 kau naik bas sekolah.
comels gila.
ni mesti kes ain yg cita pasal student dia kan?
hehehe

ok.komen aku semakin hari semakin pjg.

takde hadiah ke?tet.

encik azuwan said...

aha...setiap kali bini aku cerita pasal sekolah..mesti aku akan teringat zaman aku sekolah...tu yg terus post.hehe..

semakin pjg komen..semakin pjg umur kamu:P

fajridil adha said...

blog ko ni x auto update kat blog aku la. apsal ek? aku try kat blog aku yg lain pun sama gak :? [my blog]

encik azuwan said...

cube ko remove & add balik:)

wawa pucca said...

haah la

sama lah ngn fajridil tu

peliks aku
tros hilang smgt nak komen pjg!

fajridil adha said...

aku dulu penah ada prob mcm ko ni. tp aku berjaya atasi. salah satunya sbb templates ko ni xsupport ngan blogger. yg kedua mgkn sbb ada prob ngan index. ada website nak aktifkan blk index tu. nnt aku cari katne aku simpan url website tu

encik azuwan said...

consume aku..haha..

encik azuwan said...

kne tambah feeds/posts/default atau atom.xml kat link aku tu..baru jalan..hehe..