Tuesday, October 30, 2012

Surat Hitam dan Malang Tiada Bau

Apakah perasaan anda bila cuba di ugut oleh seseorang yang makan garam dulu dari kita serta mempunyai kuasa pentadbiran? Agak-agak kalau aku 'gegar' kawasan tu apa akan terjadi? Orang macam ini seharusnya di ajar supaya beliau ingat langit tinggi atau rendah. Sebagai seorang suami mesti kita protective terhadap isteri dan keluarga.

Kalau diikutkan safety boot aku ni memang nak 'gegar' tapi baik aku serahkan pada-Nya untuk membalas 'jasa' beliau.


Gambar di atas menunjukkan kereta aku yang hilang 'dara'. Ini macam petunjuk untuk angkat kereta baru. haha. Syukur Zaheen, mak buyung dan kandungan selamat. Kereta yang hentam tu pakai brek basikal, itu pasal tak berapa nak cengkam lantas menyondol kereta aku. Zaheen pulak memang diajar kalau dalam kereta dengan isteri aku mesti masuk baby car seat. Berdasarkan keadaan kereta selepas accident, body kereta mesti lari sikit seterusnya boleh menjejaskan pemanduan. Kesimpulan kena beli kereta baru....*pengsan.

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

p/s: apa kejadah Johor FA main kat Stadium Pasir Gudang dan Johor FC main kat Stadium Tan Seri Hassan Yunos? Tak perlu beli pemain mahal-mahal. Cari pemain dari akar umbi. Jangan bazir sangat duit tu. Membazir kan amalan _______.

Monday, October 29, 2012

Tempurung Kepala dan Tesco

Raya korban aritu sempat ziarah member aku, Kadon. Dulu lepas SPM selalu lepak depan rumah Kadon. Sepatutnya kahwin raya korban ni tapi tangguh. Aku baru tahu yang Kadon ni kemalangan. Bahagian depan tempurung kepala dah tiada. Luluh la siot hati aku tengok keadaan die. Bukan salah die pun masa kemalangan. Kereta himpit motor dia dan dia langgar tembok dekat flyover Pelangi Indah.

Ada darah beku dalam otak. Tempurung(depan) kepala kena buka. Lepas dah buang darah beku, doktor check tempurung lama tak boleh guna sebab dah retak. Tengah tunggu claim socso untuk dapatkan tempurung artificial. Kadon cakap kejap je tapi berdasarkan kerenah birokrasi, konfem lambat lagi.

Nasib pakai helmet, kalau tak mesti dah pecah kepala hentam tembok. Tapi helmet hanya mengurangkan risiko kemalangan OK. Semoga Kadon tabah menghadapi dugaan ni.

Lepas tu aku nak kompelin TESCO Seri Alam ni. Macam tahi. Aku dah banyak kali terkena. Harga barang bila scan kat cashier lain dari harga yang dia pamerkan. Beza seposen dua ok lagi ini 3 4 ringgit tu. So kalau korang nak beli barang kat TESCO Seri Alam, bawa pen marker. Mark harga based yang kau ambil dari rak barang tu. Sistem salah ke, salah susun barang ke. Customer Always Right.

p/s: BPL season ni musuh Liverpool adalah referee. sekian.

Thursday, October 25, 2012

Bila Hati Sudah Terbakar

Lagu ini untuk korang di luar sana yang hati sedang terbakar.

Hammerfall - Hearts on Fire.

Wednesday, October 24, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #24

Tuesday, October 23, 2012

Kompelin

Aku baru perasan makcik-makcik kilang ni memang banyak kompelin. Owh ya. Kilang aku memang ramai makcik dan tiada gadis untuk mengindahkan pandangan dalam kilang..

Masa mula-mula masuk dulu soalan cepu emas perlu dijawab. Tahu apa soalan cepu emas tersebut? Sudah kahwin belum. Jawapan aku mesti la jujur. haha. OK berbalik kepada kompelin makciks dalam kilang ni. Cuba kau bayangkan telefon yang selalu dieorang guna pun jadi mangsa. Menyemak la. Sempit la. Itu baru barang depan mata belum lagi sistem SAP tu.

Sistem bangang la. Menyusahkan orang lah. haha. Nasib aku bukan software punya orang. haha. Kadang-kadang kelakar dan menyakitkan hati. Ada satu department ni aku memang dah aim. Dua orang je yang macam cilake perangai tapi yang makcik tu cilake kuasa dua.

Sikit-sikit terus email HOD aku. Aku dengan department lain ok je. Takde sampai CC emel ke HOD aku bagai. Macam aku ni tak buat kerja(sekarang memang tak buat kerja sebab tengah tunggu lori clear nak tukar PC) langsung. Aku dah lama aim makcik ni sejak aku pernah bawa kek kasi finance department. Dia sound aku tak kasi dieorang pun. Aku kasi finance department sebab suka hati aku la nak kasi sesiapa kek tu.haha. Lepas tu makcik ni terus tunjuk kek die buat dalam phone die. Die cakap die pun pandai buat kek. Apakah? Aku rasa sekian kompelin untuk minggu ni.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Friday, October 19, 2012

Siri Bercakap Dengan Zaheen - Siri 2

Sejak Zaheen pandai bercakap, kalau tengok TV mesti ada 'nape?' menjadi perkataan pilihan. Kalau watak kartun tu berubah expresi terus Zaheen pandang aku dan 'Nape?'. So aku pun goreng je la.Goreng bukan sebarang goreng tau tapi goreng yang ada input.
Ini baru dua tahun bhaiii. Kalau aku dah hantar pi sekolah. Mau balik sekolah kena tembak berdas-das soalan yang kita orang dewasa tidak pernah terfikir. Aku dah dapat bayangkan. Smartphone di sini memainkan peranan penting.

Contoh la tiba-tiba Zaheen tanya kenapa air liur kita tidak pernah kering(soalan dipetik dari anak makcik aku). Dengan selamba aku akan jawab, "Jap eh, abah kena telefon kilang ada perkara urgent". Sambil buat gaya cari nombor telefon kilang dalam smartphone. Terus Google. Pap dapat jawapan terus terangkan pada Zaheen.

Jauh bebeno aku berimaginasi tapi keadaan ini akan berlaku..Percayalah.

Wednesday, October 10, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #23




Tuesday, October 9, 2012

Adam Syukri

Sebenarnya aku tau pasal baby ni melalui mak buyung. Semoga ibu beliau tabah. Tapi pagi tadi tengah siap-siap untuk pergi kilang keluar review MHI pasal Adam syukri. Aku rilek je la sekali lepas babak mak si adam tu cakap lebih kurang macam ni "Adam budak baik, adam bukan dugaan..bla..bla..ibu akan jaga adam sampai bila-bila..". Agak-agak berkaca tak mata aku pagi-pagi ni?

Memang hujan la pagi-pagi macam ni walaupun kat luar matahari kemain terik lagi. Aku ada tengok muka buku pasal adam ni. Tabah mak adam ni, semoga adam sembuh seperti baby normal yang lain.

Last but not least.


NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
Untuk sumbangan ke Adam:
Noraisah Binti Mohamed Malena 
02040007292201 (CIMB) 
161136331818 (Maybank)

Saturday, October 6, 2012

Sport Rim Saga BLM SE ORIGINAL Untuk di Jual

Lepas satu hilang aku terpaksa beli rim sukan lain. Beli second hand je. Ingat nak sarung baru gak tapi tak penting.



Untuk pemilik SAGA BLM SE macam aku boleh buat untuk spare tayar. Kalau satu tayar pancit boleh terus sarung sport rim original BLM SE. So tiada nampak cacat cela..cewahh..kemain ayat manis. Mesti la. Dah tak tahu nak letak mana sport rim ni. Kedai pun tak nak. puii. Berlagak.

- kawasan Pasir Gudang
- Ada tiga buah. Kalau empat tiada makna nak jual.

Aku pinjam bilik Zaheen untuk stor.haha. Tak tahu nak tulis apa. lagi. Eh. Pasni ada lagi satu post untuk jual rim..rim besi siap tayar.

p/s: tolong beli!!!..haha.

Thursday, October 4, 2012

Cara Untuk Mendapatkan Perhatian Kanak-kanak Untuk Kadar Masa yang Lama

Isomaltulose, a carbohydrate enzymatically. Aku pun tidak tahu apa kejadah bahan ini tapi yang aku tahu ia bagus untuk mengekalkan tahap perhatian kanak-kanak.

In its natural form, this five-syllable component can be found in natural foods like honey and sugar cane, in fruits like bananas, and grains like whole bran.

Baru faham bukan makna disebalik bahan kimia yang aku maksudkan itu? Tahu glukos? Ala yang dalam tin tu ada perisa anggur, oren serta original makan masa nak bersukan masa sekolah rendah. Glukos adalah satu-satu makanan yang otak kita makan.LOL. Otak pun ada makanan ke? Mesti la, kalau tidak macam mana nak berfungsi dengan baik.

isomaltulose is a slowrelease carbohydrate that enables glucose to be delivered to the brain over a period of three hours.

Dengan menyajikan sarapan seperti pisang,oat atau madu, ia secara tidak langsung membantu anak-anak anda fokus

p/s: apa yang aku merepek ni? jom makan kerepek.

Monday, October 1, 2012

Siri Bercakap Dengan Zaheen

Kadang-kadang kita ambil mudah apa yang budak-budak cakap lebih-lebih lagi budak baru pandai bercakap. Harap anda tidak sebegitu. Aku selalu je borak dengan Zaheen walaupun tidak faham sepatah haram keluar dari mulut dia tapi aku layan je.


Yang pelik, bila aku suruh tutup pintu atau bagi arahan mudah. Boleh je ikut. Zaheen faham aku tapi aku tak faham Zaheen. Macam semalam, tengah tengok Timmy Time. Aku check siaran 611 ada Ultraman. Aku pun tukar tengok Ultraman sebab Zaheen suka Ultraman. Eh bukan suka tapi sangat suka. Sebabnya, bulan ada pergi Tesco dan ada mainan Ultraman tapi aku tak belikan sebab nak beli mainan yang education konon nya sekali dah beli di Tesco. Sampai rumah rosak. Selang beberapa hari mak buyung pergi tukar mainan yang educational tu.

Masuk je dalam Tesco terus Zaheen cakap Ultraman. Last-last tukar educational toys tu dengan Ultraman. OK kembali kepada cerita asal. Lepas je aku tukar jadi Ultraman..ehe..maksud aku cerita Ultraman, Zaheen ngendeng dekat aku..lalu berkata," Ekkkk..mimi..". Aku macam buat dono je. Zaheen ulang lagi ayat sama. Mak buyung yang sedar yang Zaheen suruh tukar cerita Timmy Time.

Cerita Timmy Time ini watak utama dia kambing. Bunyi kambing beekkkkkk tapi Zaheen pronouce eekkkkk..Baru aku dapat tangkap. Asik tergelak sorang-sorang bila ingat balik. Dah besar anak aku ni.