Thursday, November 17, 2011

Bubur Nasi Untuk Bayi..Terbaikkkk

Setelah setahun dua bulan satu hari bergelar abah. Aku nak share tentang resepi aku buat bubur untuk anak aku. Tiada yang special pun. haha..Mungkin ada sedikit. Tips yang aku nak share adalah untuk memastikan bubur nasi yang di buat itu macam cair di mulut ketika makan. chewaahh..


Rahsianya adalah...biarkan beras di rendam untuk 15-20 minit selepas di basuh. Actually banyak try and error aku buat untuk bubur zaheen. Kadang-kadang bubur terjadi nasi. Tapi setelah 3-4 kali percubaan, berjaya menghasilkan bubur yang lembut. Api juga kena kecil ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan lupa tambah sayur-mayur serta ayam/ikan bilis.

Aku nak cerita pasal rumah pulak. Semalam pertama kali masuk rumah baru untuk check defect. Rasa macam tidak puas hati sebab hasil kerja tidak kemas. Plaster main calit-calit. Tingkap ada yang susah nak ditutup. Ya manusia memang tidak pernah puas tetapi ini hak pengguna. Hasil kerja tidak memuaskan. Nama pemaju bukan main gah, QA/QC tidak buat kerja ke?. Hari ini nak sambung check defect siap bawa camera. Nampak gaya tahun depan baru pindah rumah baru. Aduan ke pemaju akan dibuat. Ingat nak check syiling tapi tangga pulak takde.

p/s: altenatif selain bubur nasi adalah Hulled millet atau lebih dikenali sebagai sekoi. aku ingat sekoi ni makanan burung je.haha..

5 comments:

Melissa Mazlan said...

laa...xde resepi penuh ke?

complain..jgn x complain..beli rumah kot bukan beli baju:)

jiwa sifar said...

bawang kecil & putih di potong halus.ini based bubur.hehe..

kadang-kadang letak ikan.tp make sure ikan tak bau sgt takut baby tak suka.biase letak ikan bilis tumbuk halus.nak kasi naik bau letak daun sup sehelai..marvelous.haha..

IEJA said...

perghhh dah jadi chef dah sekarang..
chef wan pon boleh kalah ni..haha

NURUL AIN said...

haha. alamak kantoi...soul yang buat bubur zaheen :P

Melissa Mazlan said...

hahahaha..terima kasih..
ala ainnn..soul buat bubur, ain buat cake marvelous! :)