Thursday, February 10, 2011

Tiada Tajuk


Dunia ini memang tidak adil, cuma aku baru perasan sekarang lagi-lagi setelah berkeluarga. Malam tadi tengok 360 memang menusuk jauh ke dalam hati. Aku ingat dulu masa datang Kuala Lumpur naik bas, sebelum ni datang Kuala Lumpur dengan kereta. Sampai kat Hentian Puduraya awal pagi, aku nampak orang tidur atas lantai. Berjemaah pulak tu dan setelah berpuluh tahun masih ramai yang tidur bersepah di kaki lima.

Selepas mendengar banyak cerita yang bini aku bawa dari sekolah, agak sukar untuk mengawal emosi. Alasan bini aku bersabar adalah sebab belum sah jawatan. Dan bukan bini aku sahaja mengalami nasib sama malah ada yang lebih teruk. Aku sudah malas cerita pasal sekolah bini aku. Life is too short to waste time hating anyone. Biar tuhan sahaja yang balas. Aku menyalak dalam blog ni pun belum tentu si Markom buat tindakan, apatah lagi PPD.

Sejak ada Zaheen, cukup bertentang mata mampu menghilangkan segala penat lelah aku. Biasa balik kerja peluk bini, sekarang cuci tangan,muka dan kaki terus peluk Zaheen.haha..

7 comments:

tHE aRaf LiLa said...

ayat last aku tahan dengar..peluk bini???hhahah..ade ank,peluk anak ea...abis tuk bini da xde da??ayyaa...

jiwa sifar said...

haha..of cos mesti ada lagi untuk bini.tu ayat nak kasi jeles.jeles tu tanda sayang=)

laila sanuri said...

oo..kalau bini takyah cuci..kalau ank semua kasi cuci hahahha

ainazliena said...

seksisnyer bibir zaheen...nnti mintak mama lipstik k..

Halmey @ Berg said...

bukan ko balik terus tido ke?

#cdmHA said...

perbualan bini ko ngan ko pasal sek tu, watkan aku terngiang2 mak ngan ayah aku zaman2 diorg dulu.. sama je... dulu dan sekarang... masa aku jd GSTT dulu, pun gitu... huhuhu...

jiwa sifar said...

LS: ngan anak mesti kena bersih2..suci murni.

nana: pkai lipbalm je.

berg: aku bkn mcm ko blk trus tido.

umi: tp sekolah bini aku mmg gampang giler.especially pihak paling atas.semoga 'aman' la hidup dieorg.