dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Monday, February 14, 2011
Maulidur Rasul
Ramai orang tahu bila Nabi Muhammad saw lahir tetapi tidak tahu bila Nabi Muhammad saw wafat. Aku petik dari ustaz Zaharuddin.
Soalan
Saya mendapat pelbagai tarikh berkenaan dengan lahir dan wafatnya baginda nabi SAW. Menurut ustaz, bilakah tarikh lahir dan wafat nabi SAW berdasarkan riwayat yang paling tepat ?
Jawapan
Menurut kemampuan, ilmu dan rujukan yang saya ada, Baginda SAW lahir pada hari Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) dan berdasarkan riwayat yang terkuat, ia adalah dalam tahun Gajah ( Al-Hakim dengan sanad yang terdapat unsur 'tadlis' pada Abi Ishak tetapi terdapat dua riwayat yang saling menguat antara satu sama lain sehingga naik ke taraf hasan Lighayrihi ; As-Sirah An-Nabawiyyah As-Sohihah, Dr Akram, 1/96)
Malah bukti-bukti sejarah yang disulami dengan pelbagai riwayat-riwayat juga membuktikan baginda lahir dalam tahun Gajah.
Para ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat lahirnya baginda SAW. Ibn Ishak menyatakannya pada 12 Rabiul Awwal (Sirah Ibn Hisham, 1/171 , tanpa sanad). Bagaimanapun, ini adalah pendapat yang paling kuat menurut Prof. Dr Akram Dhiya Al-'Umari.
Wafat
Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda geirng selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih .
Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. ( Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )
Nabi Anak Yatim - Raihan
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah
Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya
Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di ‘Abwa
Kembali ke alam baka
Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim
Shalallahu ‘alaa Muhammad
Shalallahu ‘alaaihi wassalam
Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum, mcm2 pndpt tp ada juga pndapat yg mngatakan riwayat yg mnyebutkan 12 Rabiulawwal adalah lemah kerana ibnu Ishaq seorang Syiah.. http://sukahadis.blogspot.com/2011/02/benarkah-12-rabiul-awwal-adalah-tarikh.html
Post a Comment