Monday, June 28, 2010

Lanjutan Mesut Özil


Setelah aku jangka(baca post ini). Kelibat bekas-bekas U21 Jerman berjaya memukau dengan permainan santek berbanding Generasi Emas England. Thomas Müller, Mesut Özil dan juga Sami Khedira memperkotak-katik pertahanan dengan hantaran dan counter attack.

Menjerit-jerit jiran bujang depan rumah aku. Aku hanya menjerit dalam hati sebab tidak mahu mengganggu mak buyung aku tidur. Nasib Lampard agak malang apabila sepakannya berjaya melepasi garisan gawang Neuer tetapi penjaga garisan tidak melihatnya. Seperti biasa ini dijadikan isu oleh Capello untuk baking pasukan England.

Mesut Özil adalah pemain pertama menguji James, lariannya melepasi si curang Ashley tetapi James berjaya menepis bola dari masuk dari kelengkangnya. Gol pertama Jerman melalui Klose dilihat si curang Terry gagal mengagak bola walaupun cuba di cover Upson tapi penyudah Klose memang kritikal. Apa-apa hal pun lepas ini Argentina pulak. Dengan Maradonna yang langsung tiada coaching skill yang mantap tetapi mengharapkan skil individu serta tuah. Tengok sampai mana hand-of-god ni mampu bertahan.

Nah video kehancurang England. bak kata komentator.."Germany is toying England"..

4 comments:

shauqi said...

German terbaek! kalah la argentina.

jiwa sifar said...

aku tak sabo nak tengok muka primaradona tu kalah.status legend belum tentu boleh coach team bola.

Sieg Heil!!!.

fajridil adha said...

Englang memalukang.. sakik ati ambo nengok englang main.. ambo kecewo dgn formasi yang faBiol guno.. langsung x sesuai. rooney langsung tak bersinar sepanjang world cup ni. kalau faBiol guno formasi 4-2-3-1 yg meletakkan rooney sorg di hadapan, pasti keputusan akan jadi lain.. apapun, tahniah utk Jermang.. kpd englang, pocat ajolah si faBiol tu.. dah Biol sejak jd coach Englang.

jiwa sifar said...

kehancurang englang akibat kecurangan terry & ashley cole.haha.