Wednesday, June 23, 2010

Astro Oh Astro - RTM borak lebih


Kecoh dengan RTM yang mendapat hak penyiaran Piala Dunia 2010 tidak menyiarkan beberapa perlawanan menarik. Korek-punya korek HANYA untuk 35 perlawanan(24 live & 11 ulangan). Stesen televisyen Indonesia lagi banyak siarkan LIVE dari RTM. Semiskin-miskin rakyat Indonesia, mereka masih dapat melihat siaran langsung Piala Dunia 2010 setiap hari.

Piala Dunia kali ini agak aneh bagi aku. Tak seperti edisi-edisi sebelum ini, siarang langsung piala dunia tahun ni memang ekslusif ditayangkan di ASTRO. Kalau memori aku tak sengal lagi, masa EURO 2008 hari tu ada la jugak tayang semua perlawanan di TV3, 8TV dan TV9. Mediaprima cukup channel untuk tayangkan kesemuanya. Entah kenapa bila Piala Dunia menjelma hak penyiaran televisyen terrestrial diberi kepada RTM yang sememangnya tak berkemampuan. Politik? Mungkin. Cable dalam? Mungkin juga. Apa yang pasti di akhir hari generasi muda dari kalangan tidak berkemampuan jugalah yang menjadi mangsa “exlusive broadcast rights” kepunyaan ASTRO. Tak dapat layan bola dari rumah seperti zaman aku kecik-kecik dulu. Maka tidak anehlah bila aku ke kedai mamak pagi tadi nampak budak-budak sekolah rendah disana. Pukul 2 pagi di kedai mamak! Apa nak jadi? Lepas kes Aminurasyid kena tembak lepas balik tengok bola, masih ada mak bapak yang benarkan anak tidak mumayyiz melepak kedai mamak di dinihari? It's the sad case of suam suam kuku. Bila kes dah cool down mak bapak let down their guard dan kembali tak peduli apa anak derang buat luar rumah. Parenting for the new millenium!

Agak kurang sihat budak belasan tahun dibiarkan tengok bola sampai pagi buta. Aku masa umur derang dulu jangan haraplah keluar rumah lepas maghrib. Kalau balik rumah lepas maghrib memang kena tidur atas buaian luar rumah la aku jawabnya. Banyak kali juga aku terpaksa berembun pasal balik rumah lewat. Walaupun bukan salah aku bas dari Singapura kandas di tambak Johor akibat kesesakan lalu lintas. Tapi itulah house rules kedua orang tua aku. Their house ergo their rules. Ke aku yang dah tua kutuk tak boleh menerima yang budak zaman skang boleh keluar rumah sesuka hati regardless of how late (or is it early) it is in the day?

Nak salahkan siapa? Salahkan TV terrestrial kerana tak mampu nak beli hak penyiaran? Salahkan TV berbayar yang ada uwang dan kemudian letakkan bayaran tinggu untuk menikmati The People’s Sport. Kalau di UK hak penyiaran tidak ekslusif kepada SKYSPORTS. Piala Dunia masih boleh dinikmati rakyat kelas pekerja UK dengan menonton BBC dan ITV. Ini bersamaan menonton bola di RTM dan TV3.

“Tapi Obefiend gua tengok PUB penuh je ngan orang tengok bola kat sana. Apa bezanya ngan mamak Malaysia?”

Bezanya yang pergi pub tu semuanya legal age. 18 tahun keatas. Tak ada budak bawah umur tidak mumayyiz tengok bola disana. Itu bezanya. Orang rami ada option nak tengok bola dirumah secara percuma. Di Malaysia limited sangat matches yang ditayangkan di RTM. Bagi aku tagline “penyiar bolasepak rasmi piala dunia” yang diguna pakai oleh RTM adalah tagline lucu. Macam mana orang Malaysia boleh tak kisah dengan fenomenan TV berbayar? Ke kita as a nation are now used to the fact that you have to pay for everything. I call this the TOLL BOOTH mentality. Nak jalan elok? Bayar lah kalau nak pakai. Walhal sepatutnya jalan yang elok adalah hak asasi seorang rakyat. Why pay when it’s suppose to be yours? We are now accepting the fact that even the game for the people by the people can only be truly enjoyed by paying Ananda Krishnan. Huzzah kepada kapitalis.

Apa nak jadi?

Ada orang kata tak luak pun bagi kepada ASTRO. Siaran bolasepak dari penyiar tempatan tak bagus kata derang. Ye ke tak bagus? Aku rasa Shauki Kahar, Jalil Mat Dom dan Zainal Abidin Rauf lebih dalam knowledge bola derang dari Paul Masefield, Abbas Saad dan Tony Cottee. Ke yang bising ini datang dari orang yang CAUCASIOPHILIC dan BROWNOPHOBIC? Tak boleh terima show bola yang menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris selanga Malaysia? Kena ada accent dari Lahndahn dan Mersey. Kurap sangat ke analisis si Zainal Abidin jika dibandingkan dengan analisis Abbas Saad? Honestly speaking aku rasa analisis Abbas dan Tony Cottee semuanya macam sampah. Bukan analisis tapi lebih kepada pointing out the bloody obvious. Macam nak tampar kepala botak si Abbas “aku kaki rasuah” Saad bila dia muncul di TV.

Oh yes. Abbas Saad. Macamana si perasuah bola ini dibenarkan muncul di kaca TV Malaysia selepas penglibatan dia dalam skandal bola 1994 dulu? Kalau korang baca blog aku ,sudah aku tuliskan dalil-dali kenapa si Abbas ini tak sepatutnya diambil sebagai pundit. Macam mana match fixer par excellence macam dia boleh digaji oleh ASTRO?Adakah warga bola ASTRO semuanya buta sejarah? Lupa dosa besar si Abbas kepada bolasepak negara?

I reckon the last bit is the answer. None of you remember his sins so we let it slide. Either that or kerana dia Mat Salleh maka kita assume dia lebih tahu tentang bola dari orang kulit coklat, kuning dan hitam. Bloody hell. Maxis bangga dengan iklan COMITTED TO THE GAME derang. Tunjuk legenda bola Malaysia punya cukup. Sekali bila tengok telecast bola yang ditaja TAK ADA SORANG pun local pundit!

Committed to the game my arse!  
Jari tengah untuk mereka! ini aku tambah.
kredit : obefiend.blogspot.com

3 comments:

ainazliena said...

layanzzzzzzzz........

fajridil adha said...

rajin ko ulas pjg lebar dlm entry kali ni.. hehe.. tp mmg tul la, malaysia ni dah jd negara TOL. semua benda yg sepatutnya percuma tapi kena bayar juga. pastu pandai plak PM suruh rakyat berjimat sedangkan semua benda harus berbayar. bingai tul pemerintah kat sini..

jiwa sifar said...

nana - jgn baca mata kanan, keluar mata kiri.

fajridil - semakin panjang+lebar, semakin panas hati dengan laki minah jambul tu.