Monday, May 31, 2010

Saga : Snap & Win


Disebabkan aku merupakan golongan yang memakai Proton Saga. Secara tidak langsung aku eligible untuk masuk pertandingan Saga : Snap & Win.

Kepada pemilik Saga di luar sana sila masuk pertandingan Saga : Snap & Win ini. Semua keluaran kereta Proton Saga boleh sertai pertandingan ini termasuk yang model zaman 80-an.

Tips untuk menang pertandingan Saga : Snap & Win adalah:
  1. Sila cuci+polish+wax bagai.
  2. Guna kamera DSLR supaya gambar nampak lebih menarik
  3. Kepada yang tiada kamera telefon bimbit pun boleh yang 1.3 megapixel..haha..(ini digalakkan supaya chance untuk aku menang tinggi)
  4. Sila hantar sebelum 18 Jun 2010.(hantar selepas pun boleh & sangat digalakkan agar sekali lagi chance aku untuk menang tinggi)
Selamat mencuba pemilik Proton Saga di luar sana.

Analisis Nuffnang April 2010

Khas buat pasangan yang bakal bertunang pada 19 Jun 2010.
Wawa & Acop

Sunday, May 30, 2010

Pesta Bogel


Hajat di hati nak tengok Shrek Forever After 3D di Today's Mall Ulu Tiram tapi ada kejutan lain untuk aku serta mak buyung aku.

Pesta bogel?!..bogel 90% sahaja. Menarik bukan dapat tengok 18SX secara live & exclusive. Tapi sebelum tu nak review pasal Shrek Forever After ni. Jalan cerita memang menarik sebab ia berkaitan dengan keadaan mereka yang sudah berkahwin. Perkara yang akan senantiasa diulangi hari-hari sebagai seorang bapa.

Tapi Puss in boots memang comel walaupun gemuk.haha..3D ni memang nampak gambar dia seolah-olah timbul..Apa-apa hal pun 4 dari 5 bintang(dah macam Mentor la plak).

Apa yang pesta bogel?!..mari lihat gambar-gambar yang telah sempat aku snap.

Saturday, May 29, 2010

Gelak ketawa 3D di hujung minggu

Apa-apa hal pun sila load dulu video di atas. Lepas tu baru baca ok.


Wayang 3D pertama di Johor terletak di Today's Mall Ulu Tiram. Tahniah untuk semua warga Ulu Tiram. Aku tumpang gumbira sebab aku akan lalu Ulu Tiram kalau balik kampung Felda Air Tawar 5. Esok akan aku post kecanggihan yang tiba-tiba wujud di kawasan hulu di Ulu Tiram ni.

Jadual perjalanan aku adalah ke SC Proton di Plentong - Shrek Forever After 3D - padang Bomba Pasir Gudang. Selamat berhujung minggu.

Friday, May 28, 2010

Tiada lagi subsidi?


Bermula dengan isu pemberian lesen judi 'halal'. JAKIM sunyi sepi..PERKASA lagi la..PEKIDA lagi la hampas. Sekarang cadangan subsidi ingin dimansuhkan. Kalau penduduk Malaysia semua pendapatan satu keluarga lebih RM5000 aku rasa mungkin boleh dilaksanakan.

Merungut?!..Ya sebab permansuhan subsidi ini akan mewujudkan chain-reaction bak kata cikgu Kimia aku di MRSM.

-sekian-
 baru nak emo-emo di pagi hari yang tidak cuti..sekali ada kerja daa..mari kerja..kerja...

Thursday, May 27, 2010

Command net send


Sebelum nak ajar pasal command net send ni nak story dulu. Masa aku tahun pertama di UM, ada satu kursus luar fakulti yang perlu diikuti di perpustakaan UM. Semasa mengikuti kursus ini, aku serta beberapa rakan se'degree'an dicampur dengan budak degree lain. Kursus ni dijalankan dalam lab komputer dalam library tu. Macam biasa la pilih komputer yang nun jauh kat belakang.

Nampak la budak-budak course lain. Masa pengajar tu tengah sibuk membebel kat depan, ada yang sibuk main internet. Salah seorang kawan aku ni memang 'hustler' bab-bab komputer. Dia boleh buat dajal dengan menggunakan command prompt. Salah satunya menggunakan arahan net send ni. Arahan net send ni kira ok dari arahan shutdown(nanti aku cerita pasal arahan shutdown). Sambung balik pasal arahan net send ni. Mana awek-awek yang gatal main internet aku dan kawan-kawan aku akan hantar arahan net send kepada awek-awek yang gatal tu..

Contoh arahan: y5211695 adalah nama komputer.


Hasil arahan di mana ia akan muncul pada komputer penerima. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:
  • Servis Messenger perlu dipastikan aktif. Windows XP SP2 biasanya tidak mengaktifkan servis Messenger secara automatik.
  • Untuk mengaktifkan servis Messenger, Control Panel - Administrative Tools - Services - Messenger.

Ini adalah contoh. Ini aku hantar kepada diri sendiri sebab kalau aku hantar kepada awek lain..alamatnya takde dinner untuk aku..haha..

Wednesday, May 26, 2010

Kepada Salesman/women tidak beradab

Baru balik Tesco. Orang ramai namampus.

Lepas parking terus ada salesman cakap pasal immobilizer masa aku keluar kereta. Cakap nak beri kesedaran dan blah..blah pasal kecurian kereta. Sekali dia nak buat demonstrasi kat kuda puteh aku macam mana nak curi kuda puteh aku. Dia seluk bahagian atas tayar depan belah driver. Aku pulak macam blur-blur. Terus aku cakap "tak payah susah-susah, nak cepat ni".

Goyang jugak aku kot-kot kena pukau ke apa. Berputeh mata aku tengok kuda puteh aku lesap. Masa dalam Tesco tu singgah Cool Blog jumpa kak Masrina HR kilang aku..(ok ini takde kena mengena).

Sepanjang aku kat Pasir Gudang, salesman melayu yang aku jumpa semua kurang adab dan terdesak mahu dapatkan pelanggan. Pastu kalau approach pastu gagal(setelah bergelen air liur habis..kadang-kadang tak modal air liur pun), cuba provoke.Macam tadi, tiba-tiba ada saleswoman offer aku stiker suruh tampal kat bonet dan cermin depan. Aku pun pegang la stiker tu..dan..dan terus dia ajak duduk. Aku nak dah la nak cepat sebab takut ramai orang.

Terus aku cakap "takpe lah, nak cepat ni". Masa tu kebetulan bini aku tengah kepit aku. Masa nak beredar dari situ aku dengar suara sumbang salah seorang salesman kat situ. Lebih kurang camni la dia cakap.."Kena kepit dengan bini la". Ingat aku kena QC aka quality control queen control ke?!..heh..

dah la pelajar kelas bini aku jahanamkan kelas diaorang. Patahkan kerusi, koyakan jadual dan pendek kata menongkang pecahkan kelas setelah berjaya mengugut seorang pelajar untuk memberi kunci kelas. Lepas tu sekor-sekor tak nak mengaku dan salah seorang dari mereka anak orang sekilang dengan aku. Cuba korang bayangkan masa awal-awal dulu bukan main lagi mintak suruh cat kelas dan cantikkan. Yang pedajal kelas tu anak-anak bangsa aku. Bini aku cerita la punya luluh tengok keadaan kelas tu.

Dugaan...Nya...