Flash back 15 Oktober 2010 ketika Najib membuat pembentangan Bajet 2011.[sini]dan[sini]
1. Pendahuluan
YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:
(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas 
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.  
(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran 
Televisyen Berbayar.
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
2. Peruntukan Undang-Undang
2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar 
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 
[P.U.(A)52/1975] telah  dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam 
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:
“(b) Penyediaan –
(i)
 perkhidmatan  telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail,
 alat keloi, telefon selular,  teleks, perkhidmatan lebar jalur atau 
perkhidmatan nilai ditambah; dan
(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”
Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].
3. Pelaksanaan
3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%
Dengan
 pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti 
di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai 
sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai 
Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan  pada kadar
  6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad
 caj.
Fahamkan. Harap jadi panduan bersama dan faedah 
untuk semua dari dimomok oleh media yang tidak jujur dan berkepentingan.
 
 
No comments:
Post a Comment