Thursday, September 22, 2011

Dapatkan voucher RM200 dan RM100 untuk peti sejuk dan air-con


Mari-mari..dapatkan panduan untuk mendapatkan voucher RM100 dan RM200 ini.Sebenarnya voucher untuk RM100 untuk air-con dan RM200 untuk peti sejuk. Program ini dinaungi oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Hanya perlukan nombor akaun bil elektrik sahaja. Lepas itu boleh check sama ada kita layak atau tidak. Walaupun anda penyewa rumah macam aku, masih boleh apply yang penting ada bil elektrik asal.


Langkah pertama sila ke sini. Untuk pilih Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd atau Syarikat Sesco Bhd. Kemudian untuk penyewa macam aku pilih option pengguna tidak berdaftar. Isi perkara yang perlu dan tunggu keputusan. Cetak voucher untuk peti sejuk dan air-con. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Yang bawah ni voucher aku. Air-con untuk rumah baru. Memang semangat waja terus berusaha..yakin boleh rakan muda..Peluang macam ini perlu di-grab wahai tuan-tuan dan puan-puan. Bukan senang KERAJAAN nak kasi peluang ini.


4 comments:

natriesha said...

soul, untuk soalan TNB's registered consumer tu, aku pilih not rgistered la kan.. sebab aku menyewa je kan..
pastu utk account no tu, aku isi yg tuan umah aku punya ek? sila bantu..hehehe

Syima Emi said...

soul, untuk soalan TNB's registered consumer tu, aku pilih not rgistered la kan.. sebab aku menyewa je kan..
pastu utk account no tu, aku isi yg tuan umah aku punya ek? sila bantu..hehehe

Syima Emi said...

weh td aku silap komen guna id org lain. ko delete la yerk...hahahaha

NuRuL AiN said...

yup..isi je tuan rumah pn no acc.cm aku;)

-soul mls sign in-