Wednesday, August 24, 2011

Kerja Kilang

Ini adalah caca-marba pekerja kilang macam aku. Pagi tadi perlu update setiap komputer..ok aku ulang UPDATE SETIAP KOMPUTER dalam kilang. Update program serta mapping network drive. Pukul 1 pagi gerak ke kilang. Nasib la bukan puasa, tiada setan atau jin ganggu perjalanan aku ke kilang.

Sebenarnya ada cara lebih mudah tapi...aku ni hanya kuli batak. Idea kuli batak mana boleh pakai. Kerja yang boleh dilakukan secara automatik dilakukan secara manual. Nasib dapat OT tapi sekarang rasa tersenggut-senggut tahan ngantuk. Hari ini buka dengan tidur boleh tak?

Nasib aku dah prepare batch file untuk memudahkan kerja-kerja update ni. Batch file ini boleh letak dalam active directory dan run sebaik sahaja pengguna login. Aku memang cetek ilmu bab-bab server ni, kerja last minit baru dapat tahu.

OK. sekian. bye.

p/s: dulu lepas SPM berebut nak kerja kilang. sekarang Allah swt sudah makbulkan doa aku. Nak sangat kerja kilang. Hambek.

2 comments:

f a t i h a h said...

dah lama x singgah. kuning sungguh blog mu mr soul.

laila sanuri said...

itula resam & adat org yg makan gaji...