Tuesday, February 23, 2010

Kahwin Sepupu


Tujuan post kali ini adalah bukan aku tidak faham pasal kahwin sepupu tapi ingin mintak pendapat pengunjung blog ni yang tidak seberapa ni untuk memberikan pendapat.

Aku ada seorang kawan, AF(bukan nama sebenar). AF bercinta dengan sepupu sendiri, RL. Mak AF kakak kepada ayah RL. Setelah sekian lama menyemai cinta akhirnya AF ingin memberitahu perkara sebenar kepada mak dia.

Hubungan cinta ini hanya diketahui oleh kakak AF ni. Suatu hari, kakak AF terlepas cakap kepada mak AF hubungan AF & RL ni. Terus mak AF ni marah-marah & naik darah tinggi. Selepas mengetahui akan anaknya bercinta dengan anak kepada adik dia, mak AF terus termenung.

Aku cadangkan kat AF ni supaya menulis surat kepada mak dia. Tidak salah kahwin sepupu, lagi pun RL ni tinggal di Sabah.

Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri.

memang dalam Islam tidak digalakkan...tapi tidak bermakna diharamkan..

dulu semasa disekolah ada disebut juga effect perkahwinan saudara terdekat dari
aspek JIKA berlaku perceraian (dan saya stresskan JIKA-jangan argue pasal ketentuan)

perceraian boleh sebabkan perpecahan...dan jika sepupu yg bercerai berai,
DITAKUTI akan menyebabkan perpecahan keluarga yg lebih besar ...

ini dari aspek preventive... utk mengelakkan perpecahan.

Anda..Ya anda di luar sana jika ada pendapat jangan segan-segan. Kesian jugak aku tengok AF ni. Baru nak bawa RL jumpa mak dia. Tapi keluarga RL pulak aku tidak berapa pasti tentang kahwin sepupu ni..Panas lagi maa cerita ni.

Bagaimana untuk memenangi hati keluarga kedua-dua pihak?!..Sila bagi pendapat..TQ.

p/s: ini adalah kisah benar

8 comments:

Melissa Mazlan said...

kalau dah jodoh, apo nak dikato=)

farah fadhil said...

ohh.. aku ade blajar pasal ni.
aku paste ape aku baca dlm buku ok.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Jgnlah kamu berkahwin (dgn) 'saudara mara yg dekat' (kerana) sesungguhnya, anak (dari perkahwinan tersebut akan menjadi) daif (anak menjd kecil & kurus)"

Islam menganjurkan supaya tidak memilih lelaki/ppuan dr kalangan kerabat yg dekat kerana akan melahirkan anak yg fizikal kurg sihat.

tp takde la hukumnya haram.
so atas pilihan diorg la cmne kn.

jiwa sifar said...

mel,sebab tentangan mak kire takde jodoh ke ek?

dilla, yup..kahwin sepupu memang tidak digalakkan.kesian member aku tu.

farah fadhil said...

try berbincang elok2.
kot2 family akan faham.

tp kalo dh family x restu, mcm xde jodoh je?
sbb restu mak bapak tu yg paling penting kn..

Melissa Mazlan said...

betul, restu dtg dulu.
yang lain kemudian.
*cewah senangnye cakap*
tapi tu la realitinya kan=)

jiwa sifar said...

tak payah bincang pun dah tahu ape hasil die..

restu itu teramat penting.lagi pulak mak AF ni balu same cam mak aku.lagi la sedih..

laila said...

apa kes kawan ko ni?..jadi kawin ke?..
masuk
http://lailasanuri.blogspot.com/2010/06/selamat-pengantin-baru.html

ni kawin sepupu...ank adek kawin ng ank kakak..eh lebih kurang je ng cite ko.hehe
mak dia baru je mninggal time dia bertunang.kira bole la menumpang kasih makcik..hmm..dah jodoh tak kemana..

jiwa sifar said...

tunang pn belum..nak kawin ape nya..kawan aku ni byk dugaan menimpa..mmg kalo jodoh tak ke mana..restu mak penting tu lg2 bapak die dah meninggal.

tawakal je la.