dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Thursday, February 11, 2010
Kenapa & Mengapa II
Telan pisau cukur sedap tak?!..Kenapa PDRM tidak minta tolong INTERPOL untuk menjejaki Raja Petra?!..Kenapa BERNAMA siarkan berita anak Raja Petra masuk penjara kerana kesalahan mencuri menelan pisau cukur?Bukan ke anak Raja Petra tu masuk perjara sebab tidak dapat diikat jamin?Anak Raja Petra telah mengaku bersalah kerana beliau dipukul untuk mengaku bersalah ketika dalam penjara.Kenapa Mencari Raja Petra bagai nak rak tapi Ayah Pin sedang senang lenang di kerajaan Langit beliau?
Kenapa kapal selam yang baru dibeli tidak dapat menyelam?!..Baru baru sudah rosak. Kenapa memakai barangan jenama "Tuhan Perempuan" aka Nike(dalam Greek).
Kenapa peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan tetapi RM1billion diguna untuk masuk F1. Kenapa nak kecoh-kecoh pasal Hari Valentine ni terutamanya melayu-lupa-diri-kat-IC-sahaja-tulis-Islam?!..Kan kita Islam Hadhari eh..1Malaysia..eh..mana satu daa..Banyak persoalan dalam Malaysia ni. Itu baru dalam Malaysia..Belum luar negara lagi.Kenapa aku busy-body sangat pasal benda ni?!.Bak kata Karam Singh Walia," Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tangan juga"(sambil tangan terangkat-angkat ke depan). Aku percaya suatu hari nanti kebenaran akan menjelma.
Ada baca pasal Daniel Streich tak?!..Mamat ni antara penentang hebat pembinaan masjid di Switzerland. Mahu tahu apa jadi terhadap mamat ni?
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.
Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.
kredit: budakbalun.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment