Wednesday, February 10, 2010

Google Buzz lawan Facebook

Adakah aku yang ketinggalan zaman pasal ni?!..Google Buzz telah diperkenalkan oleh Google untuk memecah monopoli laman sosial Facebook. Mula-mula Friendster lepas tu Facebook. Khabar angin mengatakan yang Facebook akan mengenakan bayaran bermula Julai 2010. Betul ke?!..Kita nantikan bulan Julai nanti.

Antaramuka pengguna(User Interface) Facebook juga telah berubah baru-baru ni. Google sebelum ni sudah mempunyai jaringan sosial iaitu Orkut enam tahun lepas & pada masa yang sama Facebook masih lagi berada dalam rangkaian Harvard.



Persaingan antara Facebook & Google semakin hangat selepas Facebook menjual 1.6% pegangan kepada Microsoft. Selain itu Facebook juga cuba memancing executive pengiklanan Google. Mengikut kajian juga mengatakan yang Facebook mungkin akan mengatasi Google pada 2011.

Bagaimanapun, Facebook mungkin bersedia mengungguli Google dalam jumlah pengguna-pengguna unik, yang tidak bermaksud ia akan secara kewangan Google mencabar tidak lama lagi. Model perniagaan untuk mengerjakan rangkaian sosial adalah mencabar, dan Facebook dilihat masih used more money than they earn bak kata orang Jawa.

ps: bini aku kemaruk perabot..haha..kemaruk ke ngidam?!...hee..

No comments: