Monday, November 29, 2010

Jengkel

Aku memang tidak suka satu pelawat anak aku ni. Pelawat tetap should i say. Masa aku ada takde pulak pelawat tetap ni datang. Nak banding anak engkau dengan anak aku. Dari kepala aku takde gunung merapi boleh ada gunung merapi tumbuh kat umbun-umbun.

Apa masalahnya kalau anak kau tidur lena tidak bangun-bangun kalau tidur meniarap?! Tidak perlu praktikkan kat anak aku boleh tak sebab kau dah cuba dan tidak berjaya bukan?!.Kalau angkat anak aku tu tolong pegang tengkuk dia, apa kau ingat anak aku tu dah cukup kuat tengkuk dia.

Dah la hari ini dah tepu. Tambah lagi dengan cerita pelawat tetap ni. Tarik nafas...Hembussssss.Tarikkkk..Hembussss..sekian.

FIFA 2011


Game?! Dari ke Nintendo sampai ke XBox. Aku biasa bantai main game kat rumah bini aku kat Segamat. Adik bongsu bini aku yang selalu hasut aku main.haha..FIFA 11 memang lain dari yang lain. Dulu aku suspek kat PES tapi sekarang FIFA menjadi pilihan sebab lagi super real.

Cerita pasal game, aku pun dulu memiliki game yang guna tape tu. Masa tu UPSR, mak aku punya geram sampai sembunyikan game tu. Memang sedih la. Dalam-dalam sedih tu masih mencari tapi tidak pernah jumpa. Memang terer mak aku sembunyikan game tu.

Bila sudah abis UPSR, aku terus tanya mak aku mana game tu. Mak aku selamber cakap dalam periuk bawah para. Memang tidak tercapai dek akal aku sampai begitu kreatif "peti simpanan" game aku tu. Masa sudah sekolah menengah aruk main Play Station pulak. Macam biasa game yang akan aku main, Winning Eleven atau Pro Evolution Soccer. FIFA waktu ni ada juga tapi memang bodoh piang game dia.

Tapi sekarang FIFA pantas mendahului Winning Eleven dan PES. Mari layan FIFA 11 : Real Madrid vs Arsenal. Aku sokong team yang ada Mesut Ozil. Sekian.

Saturday, November 27, 2010

Jawatan kosong di TNB

Executive Trainee Program (PEP 37)

Syarat Kelayakan

•          Degree in Electrical Engineering (Majoring in Electrical Power is preferred)
•          Degree in Civil Engineering
•          Degree in Mechanical Engineering
•          Degree in Accountancy
•          Degree in Computer Science
•          Degree in Computer Engineering
•          Degree in Information Technology
•          Degree in Law / Legal Studies
•          Degree in Human Resource
•         CGPA 2.70 and above for Degree in Electrical Engineering
•         CGPA 3.00 and above or 2nd Class Upper for Degree in Civil Engineering, Mechanical Engineering, Accountancy, Computer Science, Computer Engineering, Information Technology Law / Legal Studies and Human Resource
•          All Degree must be recognized by Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA)
•          SPM/SPMV with credits in Bahasa Malaysia, English and Mathematics
•          Age 28 years old and below
•          Willing to be based at any TNB business units
•          For applicants with scholarship bond, written agreement from sponsor for the release of scholar for employment with TNB is mandatory and to be submitted during the interview session.

Technical Executive (Electrical) & IT Executive

Syarat Kelayakan

•          Diploma in Electrical Engineering (Majoring in Electrical Power is preferred)
•          Diploma in Computer Science
•          Diploma in Computer Engineering
•          Diploma in Information Technology
•           CGPA 3.00 and above or 2nd Class Upper
•          All Diploma must be recognized by Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA)
•          Relevant work experience
•          SPM/SPMV with credits in Bahasa Malaysia, English and Mathematics
•          Age 28 years old and below
•          Willing to be based at any TNB business units

For applicants with scholarship bond, written agreement from sponsor for the release of scholar for employment with TNB is mandatory and to be submitted during the interview session.

Interested candidates who meet the above requirements are invited to apply online. Please log on to www.tnb.com.my > Career > or http://emadis.tnb.com.my/  and fill in all the information needed. Incomplete applications or hard copy resumes will not be entertained. Applications must reach us before 5 December 2010. Only short listed candidates will be notified. Any enquiries or assistance, please contact 03-2296 6651 (Fariq Ali Ahmad) / 03-2296 6523 (Muzaleeza).

Friday, November 26, 2010

Lesen B2 - D

Pagi tadi macam biasa, sarapan air choc radix+oat+biskut. Hidupkan enjin motor dan berdesup. Sampai kat lampu trafik Taman Pasir Putih aku terfikir kalau ada roadblock. Terus aku teringat lesen aku expired sehari selepas hari lahir bini aku.
Demit. Lepas solat Jumaat kena lincah pergi pejabat pos. Aku lesen motor ambil sekali je sudah lepas. Lesen kereta yang gampang sikit. Itu jam aku test JPJ, itu jam ada construction dalam laluan test aku tu. Masa latihan memandu takde pulak. Aku bawa kereta punya la macam Vettel bagai. Jalan tu memang muat sebab test JPJ guna kancil, so aku cilok je la. Lepas kena basuh dengan pegawai JPJ muka ketat. Kena perlahankan kenderaan, turun gear kasi signal bagai.

Memang barua sistem perlesenan birokrasi kenderaan JPJ yang tidak masuk akal ni. Sepatutnya lulus je la kalau berjaya pandu keluar dan balik dari pusat latihan memandu dengan kereta dalam keadaan still in one pieces. Pandangan aku la, yang penting tahu undang-undang basic sudah cukup. Ini siap exam serta dengar ntah apa yang instructor tu membebel perabih beras.

p/s: emosi tidak stabil dek berjauhan dengan anak serta ISTERI TERCHENTA.

Thursday, November 25, 2010

hantu balut

Siapa pernah lihat setan yang menyamar jadi hantu angkat tangan. Aku pernah sekali tapi masa tu aku kanak-kanak belum baligh lagi. Masa tu malam Jumaat keliwon di rumah jiran aku selang serumah adakan tahlil dan yasin. Kanak-kanak macam aku ni lepak dan main bawah pokok jambu sebelah rumah yang adakan kenduri tu.

Sekali terpandang atas ada macam monyet dan ia mengeluarkan cahaya. Ala-ala super saiyan gitu. Masa tu tak takut sangat sebab ramai. Dari ambil kisah dengan makhluk tu baik aku dan kawan-kawan aku main.haha. Habis je tahlil dan yasin terus masuk dalam sebab masa untuk mentakedarah.

Masa kat belajar MRSM Muar, aku kena kacau dengan hantu balut. Aku memang jenis tidur awal. Tidak berapa suka nak huhahuha..ececece..alim mode. Nak di jadikan cerita, tengah syok-syok aku tidur tiba-tiba aku dengar..soul.....soul...soul...Aku buka je mata, ada wajah hitam gelap dan badan dibaluti kain putih. Boleh bayangkan tak perasaan aku waktu tu?!..haha..Sumpah tak takut sebab aku cam tu wajah Tobek, member aku. Terus si Tobek sumpah seranah Just for laugh dia tidak menjadi. Aku terus tiada mood nak kembali tidur.

Aku rampas cadar putih yang membaluti si Tobek. Mangsa aku budak bilik sebelah aku. Tapi kali ini plan mesti cantik. Majid baring bawah katil mangsa iaitu Nizam. Si Nizam ni sekarang sudah kerja dengan Petronas tidak silap aku. Semua sudah set, lampu coridor siap matikan untuk kasi real punya. Majid menjalankan tugas sebagai pengejut si Nizam ni. Aku pula berdiri di hujung katil Nizam.

Bila Nizam sedar je mata aku dan Nizam berpandangan..chewah..Lama juga Nizam tenung aku.Dalam hati aku, cilake..Just for Laugh aku tidak menjadi. Aku ambil keputusan melompat-lompat lalu cuba menghempap si Nizam. Hasil dia.......aku kena tendang balik sambil si Nizam tu jerit Allahuakbar.  Dalam tiga kali juga aku buat macam tu. Majid memang dah pecah perut kat bawah katil tu.

Aku apetah lagi, terus buka costume dan gelak memecah keheningan malam. Si Nizam sedar dia telah di Just for Laugh kan gelak-gelak ketakutan dalam keadaan bibir sudah pucat. Tapi aku minta maaf dengan si Nizam tu dan dia pun tak ambil hati sangat.hehe..Dalam gelak-gelak itu goyang jugak kalau aku pulak yang kena betul-betul. Mau tak cukup tanah aku lari. Malam tu memang macam-macam adegan lucu. Nak takutkan orang katil ni, katil sebelah yang gigil ketakutan.

Barua..baru aku ingat malam ini malam Jumaat. cibetttt....

Wednesday, November 24, 2010

pentadbiran sekolah yang gampang

Owh bini aku telah mendapat panggilan dari sekolah dan its not a good news. Kena jaga budak SPM, walaupun baru nak abis pantang. Wadehel. Dan bukan bini aku seorang sahaja ditimpa nasib sama. Ada kawan bini aku yang kat Kelantan yang baru lepas pantang..aku ulang Kelantan dapat panggilan juga untuk jaga SPM. Most kawan-kawan cikgu bini aku cakap tak pernah dibuat sekolah lain.

Memang gampang pentadbiran sekolah bini aku ni. HELLO, jaga exam lagi-lagi SPM bukan duduk je makcik pentadbir oi. Aku hampir nak gegar(macam berani dengan muka budak-budak aku ni) sekolah bini aku. Nasib la bini aku ada alasan KUKUH untuk menolak. Cikgu-cikgu nak belum sah jawatan macam bini aku ni memang takut nak tolak SETIAP permintaan pihak pentadbiran ok. Pengetua serta GPK ada gila KUASA dalam proses mengesahan jawatan.

Kalau pengetua sekolah bini aku terbaca blog aku ni, bagus la. Harap-harap sedar. Kalau buat survey populariti mesti ranking tukang kebun sekolah pun lagi tinggi dari Pengetua dan GPK. Selepas bini aku cuti, Pengetua telah melakukan kejutan dengan mengarahkan sekolah mengadakan jamuan aidilfitri di mana masakan dimasak oleh guru. Cikgu-cikgu bujang yang tidak pernah masak lauk pauk raya ditugaskan untuk mengetuai salah satu jenis masakan raya itu. Dan yang paling tidak puas hati yang kena cikgu pagi SAHAJA.. Aku tak tahu apa jadi sebab malas nak tanya bini aku

Aku pernah pergi majlis berbuka puasa sekolah bini aku. Memang hampir semua cikgu pandang aku lain macam. Esok bini aku di TERJAH dengan pelbagai pujian mengatakan aku nampak macam budak-budak/adik bini aku/bermacam-macam lagi. Sambung balik pasal buka puasa di sekolah bini aku. Boleh tak bayangkan macam dalam keadaan agak gelap sebab ada lampu yang rosak di kantin sekolah bini aku tu. Kebetulan aku dapat seat di mana lampu di atas tidak menyala. Pengetua serta GPK di mana?!..Apa class buka dengan cikgu-cikgu di bahagian luar kantin, mesti la pentadbir ni berbuka dengan limpahan cahaya bilik ala-ala VIP.

Aku memang dah naik jelek dengan pe'el Pengetua dan GPK sekolah bini aku. Apa hal aku nak cerita kepada umum?! Untuk membuktikan yang membebankan cikgu selama ini adalah PENTADBIR PENDIDIK ditambah lagi dengan budak-budak sekarang yang mostly tidak respect terhadap cikgu. Aku pun pernah terjal-terjal jugak tapi cikgu datang terus lemah lutut beb walaupun masa buat 'kerja' memang hero habis.

Dan banyak lagi 'kegampangan' yang telah dilakukan oleh pentadbir bajet bagus. Habis matlamat aku nak penuhkan blog ni dengan bahan ilmiah.sekian...

Tuesday, November 23, 2010

YES : Internet Bergerak Berkelajuan 4G

Seperti yang telah dijanjikan aku akan cerita pasal Yes ni. Seperti gambar di atas, itu adalah bayaran yang dikenakan. Harga pengaktifan adalah RM50 dan minimum kredit adalah RM10. Nampak macam murah?

Seperti awal-awal keluaran broadband Celcom, Maxis atau DiGi alatan penerimaan signal memerlukan device. Ada dua jenis alat penerimaan signal 4G oleh Yes iaitu Huddle dan Go. Huddle yang bermula dengan harga RM399 manakala Go pada harga RM99. Mungkin tidak lama lagi akan dapat free ketika baru mendaftar. Kita tunggu dan lihat.
Spesifikasi Go
- USB yang fleksibel boleh dilipat sehingga 270°
- 2 penunjuk LED

Spesifikasi Huddle
- saiz sebesar tapak tangan
- bateri lebih tahan lebih 25% berbanding portable router lain. Di caj ketika bersambung dengan komputer
- plug & play
- boleh berkongsi sehingga empat orang dalam sesuatu masa.

Kredit Yes boleh di 'topup' secara online so tidak perlu bersusah payah mencari ejen 'topup'. Promosi sekarang adalah RM99 (Go percuma + RM100 Yes kredit (RM10 x 10 months) + YESLife percuma + YESMail percuma). RM1199 (Huddle percuma + RM1199 YES kredit, jimat RM400 YESLife percuma + YESMail percuma). Semakin banyak bandwidth diguna, semakin kurang anda bayar. Jangan sesekali terfikir sampai boleh jadi percuma. Ada faham?!.

Percuma semua?!..Percuma tu nak sedapkan promosi. Tandas pun bayar tau 20sen. Sekarang trafik dalam sesawang Yes ni sangat la jem jadi anda dinasihatkan  supaya tengok di Facebook je. Sebelum daftar pastikan kawasan anda ada coverage. Kawasan aku sudah pasti tiada sebab aku duduk kat bandar dinosaur. Mana tidaknya, masuk je perumahan aku korang akan disambut replika dinosaur.

Aku rasa ini sahaja. Chief programmer ada kerja mahu buat. kahkahkah..