Monday, April 29, 2013

Tabung Haji

Orang-orang macam aku ni mesti nak pergi ikut pakej tabung haji sebab murah sedikit. Tapi nak tunggu turn..Umur aku 60+ baru dapat pergi. Aku bercadang nak registerkan untuk Zaheen sekali memandangkan untuk register haji perlu ada at least RM1200 dalam akaun.


Aku buka akaun tabung haji dulu sebab mak bapak aku yang buka kan. Mak aku cakap dulu daftar haji super senang. Tahun tu daftar tahun tu jugak dapat pergi. Sekarang? Berkedut tunggu. Sekarang nak simpan tabung haji pun dah senang. Aku biasa guna cash deposit Maybank. Direct masuk tabung haji. So tiada alasan untuk tidak menyimpan tabung haji. Pergi umrah? Mak aku pernah nak payung tapi aku tolak sebab mentang-mentang anak bongsu kan..kan..kan..haha.

Apa!! belum daftar? Boleh pergi ke Bank Islam untuk mendaftar. Esok aku akan jaga hero dan heroin untuk beberapa jam. haha..Isteri terchenta ada sukan pagi dan tak sanggup hantar dieorang sehari suntuk dok pengasuh. Aku pun ada cuti so takde hal.

Ok sekian.

p/s: pasang niat je pun dapat pahala tahu?..

Thursday, April 25, 2013

Huk Aloh

Aku dapat rasakan pada masa akan datang banyak jenayah akan berlaku dalam Malaysia ni. Kenapa? Sekarang je kes ragut, culik dan rompak sangat berleluasa. Aku bukan nak cakap polis tak buat kerja tapi nak tekankan masalah dikalangan anak-anak muda sekarang.

Tidak semua tapi ia sudah cukup memberikan impak pada masyarakat. Sekarang punya sistem pendidikan sekolah menengah, exam hanya diambil ketika tingkatan 5. Mungkin sistem ini berkesan pada sesetengah pelajar tapi tidak untuk pelajar yang mindset nya 'no exam'. "Ala cikgu, mana ada exam." kata Ramli yang bercita-cita untuk menjadi pemain bolasepak professional di Manchester United.

Cikgu dipaksa rela untuk memberi gred 'cukup-cukup' makan. Kalau digagalkan budak tu mesti kena berhadapan dengan pihak atasan meminta penjelasan kenapa..why..why.. Hasilnya budak malas belajar. Aku kesian sebab masa depan budak-budak ini mungkin akan tergadai. Belajar malas, iq rendah. Lepas sekolah mintak kerja siapa nak hire?

Maka bermulalah mencari jalan mudah untuk dapatkan duit. RAGUT. MENCURI. MEROMPAK. Mula-mula buat memang rasa berdebar tapi once dah dapat dia punya 'tune'. Macam pernah buat je aku ek. Dulu masa 'fly' asrama untuk mencari makanan. 'Fly' ni term untuk budak asrama keluar tanpa pengetahuan warden. Dan waktu 'fly' adalah ketika hari masih gelap tak kira subuh atau tengah malam. Kalau ada rezeki jumpa la hantu.

Macam aku pulak yang cikgu, tapi aku suami cikgu so aku tahu. haha..Budak bergaduh guling-guling pastu langgar isteri aku. Kalau kau hangin? Aku harap kerajaan peka terhadap masalah ini. Jangan asik dok fikir nak meningkatkan prestasi akademik sahaja. Walau pandai tapi jiwa 'kosong' pun tak guna.

Sekian repekan untuk hari ini. Nak MC nak tengok Ironman 3.

Wednesday, April 24, 2013

Rabu Tanpa Perkataan #28

Saturday, April 20, 2013

Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) - BN ke PR?

Kadang-kadang politik ni boleh memutuskan silaturrahim. Nauzubillah. Tadi aku ada borak dengan seorang manager finance. Banyak input aku dapat dari dia ni. Contoh pasal harga minyak dan harga kereta. Kenapa minyak kita mahal walaupun kita pengeluar minyak. Apa yang aku difahamkan minyak kita mahal sebab penggunaan melebihi production. Semua soalan yang aku tanya dia jawab beserta penerangan.

Aku bukan nak bagitahu aku sokong BN atau PR(ecece padahal sokong PR..). Aku hanya nak shared point of view from other perspective. Kalau minyak turun, kita akan tertanya-tanya sustainability. Sampai bila minyak kita akan murah sebab production minyak kita tidak mampu menanggung penggunaan semasa. Ada tak bancian penggunaan petrol di Malaysia serta jadual pengeluaran minyak Malaysia.

Manifesto orang politik ni kadang-kadang macam gampang jugak. Turun harga kereta pulak. PROTON dan PERODUA mungkin akan bangkrup dalam masa beberapa tahun sebab semua orang beli kereta import. Saga aku tu nak dapat spare part mana nanti? Sayang nak jual kereta tu sebab kereta pertama beb. haha.

Faham tidak? haha..kena faham sebab semua perkara connected antara satu sama lain. Jangan cakap tak kosa aku dengan politik. You should know because its all connected in this world. Things depend on each other. It's engineering..tiba-tiba..Lynas tidak merbahaya..bla..bla..kat China banyak kilang macam Lynas..bla..bla..

Tapi aku tak percaya Anwar sebab entah aku punya instinct kata he's not the one. Cakap pasal poltik ni kena ada yang pandai ulas especially yang pakar dengan kewangan di Malaysia ni. CAKAP memang senang. ACTION?

Lepas borak dengan manager tu terus aku tak tahu nak undi mana. haha. Nak undi Dayang macam yakin tak yakin je aku tengok dia ni. Nak undi Azalina..dapat laptop lagi kot..huahuahua..

Selamat mengundi.

p/s - calon Parlimen Pasir Gudang adalah bekas HR kilang aku.

Thursday, April 18, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, April 10, 2013

Marah dan Buli

Pernah tak korang tengah berangin dengan sesuatu benda. Tiba-tiba datang lagi satu benda yang lagi buat ko berangin? haha..Mesti jantung berdegup laju kan.

Tapi aku nak ulas pasal kes video ketua tingkatan kena belasah. Aku dulu masa darjah dua jadi ketua tingkatan dan budak kelas semua takut dengan aku sebab once aku tulis nama dia dalam buku kesalahan aku dan kasi kat guru disiplin. Lunyai kena libas. hehe.. Power tak? Power x?

Dan aku pun pernah jadi macam ketua tingkatan tu masa sekolah asrama sebab nak dapat 'lesen' merokok. Memang gampang bukan.  Tapi guru tetap dihormati. Ini adalah essences untuk menjadi pelajar berjaya. Tapi masalah-masalah macam ini berkait rapat dengan masalah kasih sayang dan perhatian.

"....Budak-budak samseng di sekolah seperti ini kemungkinan besar ANTARANYA disebabkan 1. Pendidikan yang lemah ibubapa di rumah, 2. Kekacauan rumahtangga yang kerap, 3. Kurang kasih sayang disebabkan ibubapa terpaksa bekerja tungkus lumus pada majoriti waktu. 4. Kemudian datangnya pengaruh kawan yang juga punyai masalah yang sama. Memang sedap membelasah orang tidak melawan namun nanti di kuburan, jika tiada maaf diberikan, nantikan saat menjadi MUFLIS akhirat..."- UZAR

Sekarang ni budak kelas yang belasah ketua tingkatan. Nampak tak Muhyiddin Yassin? Jangan buat tak nampak wahai menteri. Jangan asik dok gebang BN banyak jasa or whatever. Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang sangat berat sebab semua golongan belia dibentuk dari sekolah. Kalau sekolah punya pentadbiran macam kanasai. Kementerian lagi la super kanasai.

Pembelajaran budak sekarang sepatutnya lebih menarik dengan teknologi yang kita ada. Sistem rekod masalah disiplin, markah dan lain-lain aplikasi. Dari video klip belasah ketua tingkatan ni kita dah tahu how jahanamnya sistem pendidikan kita sekarang. Selagi pelajar tidak 'hormat' guru, selagi itu sistem pendidikan kita akan semakin jauh ketinggalan.

Sebagai seorang yang background IT, lepas aku run through aplikasi yang MoE sediakan untuk guru. Kalau buat assignment kat universiti confirm kena repeat. Bayangkan kalau lepas kau masuk data banyak-banyak tiba-tiba ada satu data salah. kau kena DELETE SEMUA dan masuk balik data tu. Kanasai apakah ini?

Tahap celik IT pihak atasan yang yang off komputer pun tak tahu still meraih APC(anugerah pengajar cemerlang). Guru sekarang lebih dibebankan dengan tugasan documentation yang tiada purpose dan tidak meningkatkan prestasi pelajar.