Wednesday, April 10, 2013

Marah dan Buli

Pernah tak korang tengah berangin dengan sesuatu benda. Tiba-tiba datang lagi satu benda yang lagi buat ko berangin? haha..Mesti jantung berdegup laju kan.

Tapi aku nak ulas pasal kes video ketua tingkatan kena belasah. Aku dulu masa darjah dua jadi ketua tingkatan dan budak kelas semua takut dengan aku sebab once aku tulis nama dia dalam buku kesalahan aku dan kasi kat guru disiplin. Lunyai kena libas. hehe.. Power tak? Power x?

Dan aku pun pernah jadi macam ketua tingkatan tu masa sekolah asrama sebab nak dapat 'lesen' merokok. Memang gampang bukan.  Tapi guru tetap dihormati. Ini adalah essences untuk menjadi pelajar berjaya. Tapi masalah-masalah macam ini berkait rapat dengan masalah kasih sayang dan perhatian.

"....Budak-budak samseng di sekolah seperti ini kemungkinan besar ANTARANYA disebabkan 1. Pendidikan yang lemah ibubapa di rumah, 2. Kekacauan rumahtangga yang kerap, 3. Kurang kasih sayang disebabkan ibubapa terpaksa bekerja tungkus lumus pada majoriti waktu. 4. Kemudian datangnya pengaruh kawan yang juga punyai masalah yang sama. Memang sedap membelasah orang tidak melawan namun nanti di kuburan, jika tiada maaf diberikan, nantikan saat menjadi MUFLIS akhirat..."- UZAR

Sekarang ni budak kelas yang belasah ketua tingkatan. Nampak tak Muhyiddin Yassin? Jangan buat tak nampak wahai menteri. Jangan asik dok gebang BN banyak jasa or whatever. Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang sangat berat sebab semua golongan belia dibentuk dari sekolah. Kalau sekolah punya pentadbiran macam kanasai. Kementerian lagi la super kanasai.

Pembelajaran budak sekarang sepatutnya lebih menarik dengan teknologi yang kita ada. Sistem rekod masalah disiplin, markah dan lain-lain aplikasi. Dari video klip belasah ketua tingkatan ni kita dah tahu how jahanamnya sistem pendidikan kita sekarang. Selagi pelajar tidak 'hormat' guru, selagi itu sistem pendidikan kita akan semakin jauh ketinggalan.

Sebagai seorang yang background IT, lepas aku run through aplikasi yang MoE sediakan untuk guru. Kalau buat assignment kat universiti confirm kena repeat. Bayangkan kalau lepas kau masuk data banyak-banyak tiba-tiba ada satu data salah. kau kena DELETE SEMUA dan masuk balik data tu. Kanasai apakah ini?

Tahap celik IT pihak atasan yang yang off komputer pun tak tahu still meraih APC(anugerah pengajar cemerlang). Guru sekarang lebih dibebankan dengan tugasan documentation yang tiada purpose dan tidak meningkatkan prestasi pelajar.

2 comments:

Amizz said...

Ia bukan masalah sistem pendidikan. Lihat sahaja negara barat, jepun, korea selatan dan lain2 negara maju. Sistem pendidikan mereka agak terbaik tetapi mereka tetap tidak boleh membendung masalah buli. Malah lebih teruk hingga ada yang mati (dibunuh/bunuh diri). Jangan asyik menuding jari ke orang lain. Berpaksikan bumi yang nyata. Manusia ini biarpun sehebat mana sistem pendidikan jika sudah nafsu/masalah dsb menguasai diri maka pasti terlupa.

encik azuwan said...

not getting the bigger picture there.