Thursday, February 16, 2012

Orientasi UM part 1

Setiap kali masuk tempat belajar baru mesti ada minggu orientasi. Tapi kenangan manis adalah masa di orientasi di UM dulu. Kebetulan aku dapat satu course dengan laki wawa yang satu SMKABP dengan aku. Ada juga member yang kenal. Kalau tak mati kutu.

Kenangan yang aku ingat masa orientasi di UM:
  1. Lawan sorak dengan kolej kediaman lain. Ini lawan sampai nak bergaduh. hehe..xdela, sebenarnya orang yang nak gaduh dengan aku tu member aku juga. So macam drama, fasilitator macam dah cuak sebab aku dah nak bergaduh dengan pelajar kolej lain padahal berlakon je. (nanti aku letak lagu sorak, salah satu lagu sorak dah jadi lagu rasmi rumah sukan bini aku..kewl bukan?)
  2. Pelajar masuk lubang dan langgar tiang lampu. Kolej kediaman aku memang antara yang paling jauh dengan DTC. Bukan naik bas macam budak sekarang, jalan kaki. Itu yang macam-macam peristiwa terjadi. Dengan yang pengsan, masuk lubang dan juga langgar tiang. Nasib la budak kolej lain yang langgar tiang tu di seberang jalan, kalau tak mau nangis kena gelak dengan aku.
  3. Member aku lari kolej kediaman. Lari pergi kolej aku je pun, sebab kolej dieorang kena mintak sain senior seekor-seekor. Kolej aku malam memang rehat sampai lebam.
  4. Sembunyi dalam bilik. Malas nak pergi DTC sebab aktiviti yang entah apa-apa..hehe. 


4 comments:

Syima Emi said...

aku pon mls gila nak jln g dtc.. jauh weh.. aku pon penah ponteng tido dlm bilik lagi best.. hahahaha...

encik azuwan said...

wahh..bagus2.haha..

wawa pucca said...

ooo korang tdo dlm bilik ye?
aku la fasilitator batch lepas korang
diperbodohkan rupanya sbb aku yang kena jalan g dtc, students tdo dlm blik? pffft!
hahaha

btw, aku fasilitator kpd imam muda pertama ashraf tu ehem hem
aku la paksa dia cheers bodo2 tu haha

encik azuwan said...

pergh..fasi tu..*salute.