Monday, February 13, 2012

Luluh hati rock ini

Sejak jadi abah-abah ni kalau tengok berita pasal bayi tidak sihat atau yang sewaktu dengannya, memang rasa sayu dan nak berderai je air mata. Macam pagi tadi, aku tak dapat tengok dari awal. Tapi yang aku ingat TV3 ada siarkan pasal dua beradik yang sakit tapi tak pasti aku sakit apa.

Sehari lepas penggambaran, salah seorang dari mereka meninggal dunia. Masa aku tengok tu TV3 tengah temubual bapanya. Aku nyaris ingat bapa mereka seekor panda tapi aku silap..OK tidak lawak. Abaikan ayat tadi. Aku tengok keliling mata bapa budak-budak tu sangat 'panda'. Dalam hati aku terfikir, mesti tidur tak lena dan rehat tak cukup dia ni. Panda aku belum boleh kalahkan panda bapa budak ni......(Google jap...)..

Moral dari cerita tadi, marilah kita membantu insan yang kurang upaya walaupun sumbangan kita tidak seberapa yang penting ikhlas.


Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan, mereka boleh menyalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli (1561 1400 1424) atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi (14-229-02-001975-2).

Pesanan ini ditaja oleh  Troy kucing yang bekerja sebagai mekanik.



1 comment:

AJ The Mommy said...

Ayat kau "sejak aku jadi abah-abah ni" aku terus tergelak. haha comel pulak ayat terbabit

tapi ayat Panda tu memang macem hareeeemmm. kbye