Thursday, July 26, 2012

Ramadhan dan Bujang

Aku bukan nak cerita pasal seseorang yang bernama Bujang!Tapi Pasal puasa di zaman bujang. Masa belajar kat menara gading di kawasan Lembah Klang, tempat wajib untuk berbuka adalah di masjid TNB di Bangsar serta Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.


Masjib TNB Bangsar memang confirm budak UM conquer masa buka tapi masa solat maghrib....errr..ramai cabut. Tapi yang masih menerima Nur macam aku terus solat selepas berbuka. Tapi kalau buka di masjid Bangsar memang high-class sebab suasana dia dengan dok dalam air-con. Terbaik. Kadang-kadang ada tazkirah sebelum berbuka oleh ustaz yang pernah masuk Al-Kuliyyah.

Memang super jimat kalau puasa. Pagi aku akan sahur roti 60 sen dengan milo oat. Buka dekat masjid. Tapi sempat bujang+bekerja tak sampai dua tahun. Maklum la, dah ada calon. hehe. Masa dah kahwin lagi best sebab boleh order je nak makan apa.

p/s: tak tahu nak cerita apa.

Tuesday, July 24, 2012

Dugaan Ramadhan #1 : Troli Kipmart

Semalam pergi 'shopping' barang dapur kat Kipmart balik dari kilang. Mula-mula amik troli dan menuju ke bahagian ikan. Beli ikan bawal 2 ekor dan ikan kembung sekilo serta ayam seekor. Terus lincah ke bahagian sayuran. Tinggal troli depan kedai jap.


Keluar kedai...tu dia..troli ghaib!!..Mangkuk tandas. Tengok keadaan sekeliling, nasib kedai sebelah ada CCTV. Mintak dia tolong. Alhamdulillah, barua yang amek troli aku tu bukan pencuri tapi salah angkut troli.

Hangin aku satu badan. Main letak je barang tanpa check whether tu betul ke tak troli dia. Mesti bini dia dah mengamuk lambat sangat beli barang dapur.LOL. Lepas ni mata kena juling, satu pilih barang satu tengok troli.


p/s: redha je la troli hilang.

Saturday, July 21, 2012

Harga Buffet Berbuka Hotel Johor 2012

Untuk mereka yang nk merasa makan kat hotel.

Friday, July 20, 2012

Entri Ramadhan: Windows [Active Directory] dan Samba

Pertamanya ini bukan soal bolasepak samba Brazil. Ini Samba itu application itu running dalam itu open source punya operating system. Ini application untuk guna file sharing. Pening tak ayat aku? Baru-baru ini aku ada liase dengan vendor, dieorang guna Endian. Dalam Endian running Samba, dalam Samba ada pasukan bolasepak Brazil. Ok tipu.

Nak di pendekkan cerita, enviroment kilang aku guna AD tapi masalah di sini bila aku cuba access Samba pada Endian ni. Jap..jap..Faham tak ni?.............Yang pelik adalah vendor boleh access Samba dari office dieorang. Yang jauh sana ke main boleh masuk yang dekat ni punya susah.

Macam biasa GOOGLE. Buat itu tak boleh..buat ini tak boleh. Sekali yang problem adalah anda perlu tambah line pada smb.conf untuk allow subnet ip network aku untuk masuk Samba. Hangin betul aku. Tapi kalau korang yang duduk area JB, nak tahu vendor-vendor yang macam celaka meh sini boleh tanya aku...Tiba-tiba plak citer pasal vendor plak ni.

haha..Mana taknya, Dalam website company bukan main TM Elite Partner..bla..bla..Sekali pergi office...Empat lima orang je staff. Dan the best thing adalah tiada seorang pun yang boleh buat kerja IT. Dieorang ni buta-buta untung atas angin.


Selamat Menyambut Ramadhan. Malam ni confirm tarawih penuh sampai parking masjid/surau.

Thursday, July 12, 2012

Kesultanan Johor vs Uncle Seekers

Lepas satu kontroversi..datang lagi satu kontroversi. Tapi pada pendapat aku. Memang dari dulu lagi aku tidak suka perangai Pakcik Seekers ni. Tidak kisah lah engkau terer bab jin dan setan ni atau ada skandal dengan bekas isteri agung dan tauh selok-belok rahsia Sultan Johor sekarang ni, perangai Pakcik Seekers ni macam gila popel.

Kesultanan Johor pulak mengambil langkah berdiam diri dan tidak cuba menangkis tuduhan yang dilemparkan. TMJ pulak menggelarkan Pakcik Seekers ni anjing. Kan lebih baik TMJ menunjukkan sikap lebih matang instead of menggelarkan Pakcik Seekers tu anjing.

Kesimpulannya..Allah swt sahaja yang tahu kebenarannya.

p/s: sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.

Tuesday, July 10, 2012

Pokok Mangga Nan Berbatang-batang

Ingatkan aku tidak akan menghadapi jiran yang tidak berbahasa..tapi ternyata aku silap. Sejak pindah rumah baru, jiran sebelah aku dah dua tiga kali kompelin. Orang muda kena lah mengalah, ye dok? Tehcik aku hantar balik Segamat.


Tapi kalau aku cerita cara si isteri jiran sebelah aku ni kompelin memang agak kasar. Cuba bayangkan kau tengah feeling-feeling sapu car porch...Tiba-tiba ada suara keluar dari tembok.."Kenapa keluarga awak suka bela kucing?"..Salam tarak..apa tarak..Mangsa pertama mak mertua aku.LOL. Aku pernah kena gak tapi masa tu aku tengah berlengging bersihkan kereta so dia macam kejap je cakap pasal kucing.

Suami dia ok sebab aku kadang-kadang borak dengan dia. Pernah dulu masa, dia nak pasang autogate dan mozek car porch. So takde tempat nak sidai dia punya coil mate kereta. Masa nak mintak izin dari aku untuk sidai kat gate aku langsung senyum tarak.

Kes terbaru pasal aku cabut pokok mangga. Mangsa adalah, mak buyung. Aku bukan ape, kalau dah besar pokok mangga tu. Daun dia..Aku bukan ada maid macam jiran aku tu. Tak kuasa aku nak sapu tiap-tiap hari. Depan seberang jalan rumah dia bukan takde pokok mangga, ada. Sebelum aku cabut pokok tu, aku dah tanya suami dia dan dia kata ok.

Lepas mak buyung cakap aku dah tanya suami dia, baru terdiam-sentap. Tapi macam biasa orang tua ni susah nak ngaku kalah. Macam-macam perumpamaan keluar. Pokok mangga tengah berbunga tu tanda ia bunting la. Setiap hari dia tengok pokok mangga tu lah. Lepas mak buyung mintak maaf baru la dia beredar.

Kesimpulannya, jiran aku mungkin mengalami middle-age crisis. Walaupun dia seorang nurse tapi dia tidak terkecuali untuk mengalami masalah ini. Sekian.

Tuesday, July 3, 2012

Ikan Kembung Masak Tiga Rasa + Telur Bungkus

Sejak isteri terchenta mengandung anak kedua, masak boleh kira guna jari.haha..Sampai lah suatu hari aku terngidam nak makan ikan kembung masak tiga rasa. Ada kedai makan 'Thailand' kat area rumah aku. Order kat situ.


Sekali sampai rumah dan buka plastik...ada seekor ikan kembung terbaring kaku serta kuah tiga rasa. Ikan memang out dan tiga rasa dia..Memang out la kebanyakkan restoran kat area sini. Mahal tu sebab semua sekali dalam RM17.50(nak murah masak sendiri la).

Takde-takde..ini hak pengguna..eh hak tukang lantak. Jadi hari ini decide untuk cari resepi tiga rasa dalam blog isteri terchenta. Malam nak pergi Taman Sentosa untuk cari raket sebab dah lama main badminton tapi tiada raket. Asik pinjam finance manager kilang aku.LOL.


p/s: jaga-jaga la kedai makan area pasir gudang. aku nak jadi food critics.