Tuesday, July 10, 2012

Pokok Mangga Nan Berbatang-batang

Ingatkan aku tidak akan menghadapi jiran yang tidak berbahasa..tapi ternyata aku silap. Sejak pindah rumah baru, jiran sebelah aku dah dua tiga kali kompelin. Orang muda kena lah mengalah, ye dok? Tehcik aku hantar balik Segamat.


Tapi kalau aku cerita cara si isteri jiran sebelah aku ni kompelin memang agak kasar. Cuba bayangkan kau tengah feeling-feeling sapu car porch...Tiba-tiba ada suara keluar dari tembok.."Kenapa keluarga awak suka bela kucing?"..Salam tarak..apa tarak..Mangsa pertama mak mertua aku.LOL. Aku pernah kena gak tapi masa tu aku tengah berlengging bersihkan kereta so dia macam kejap je cakap pasal kucing.

Suami dia ok sebab aku kadang-kadang borak dengan dia. Pernah dulu masa, dia nak pasang autogate dan mozek car porch. So takde tempat nak sidai dia punya coil mate kereta. Masa nak mintak izin dari aku untuk sidai kat gate aku langsung senyum tarak.

Kes terbaru pasal aku cabut pokok mangga. Mangsa adalah, mak buyung. Aku bukan ape, kalau dah besar pokok mangga tu. Daun dia..Aku bukan ada maid macam jiran aku tu. Tak kuasa aku nak sapu tiap-tiap hari. Depan seberang jalan rumah dia bukan takde pokok mangga, ada. Sebelum aku cabut pokok tu, aku dah tanya suami dia dan dia kata ok.

Lepas mak buyung cakap aku dah tanya suami dia, baru terdiam-sentap. Tapi macam biasa orang tua ni susah nak ngaku kalah. Macam-macam perumpamaan keluar. Pokok mangga tengah berbunga tu tanda ia bunting la. Setiap hari dia tengok pokok mangga tu lah. Lepas mak buyung mintak maaf baru la dia beredar.

Kesimpulannya, jiran aku mungkin mengalami middle-age crisis. Walaupun dia seorang nurse tapi dia tidak terkecuali untuk mengalami masalah ini. Sekian.

2 comments:

Madi @ Aed said...

sakit hatinye..sebab tu lah aku tak ramah sangat ngan jiran dari kecik sampai skarang..banyak songehhhh..

encik azuwan said...

haha..anggap je la manusia jenis ini sebagai ujian.LOL.